Assalamualaikum .. salam perjuangan
Alhamdulillah marilah kita sama-sama panjatkan rasa syukur kita yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT yang masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk menikmati nikmat iman dan islam serta pelbagai lagi nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT khususnya dalam bulan Ramadhan Almubarak ; bulan yang penuh dengan rahmat serta keberkatan dimana segala amalan kebajikan yang kita lakukan akan dilipatkali gandakan oleh Allah SWT sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW berkenaan dengan bulan ramadhan, Sabda Nabi yang bermaksud "Ramadhan Awalnya terdapat Rahmat Allah, Dipertengahnya terdapat keampunan dan diakhirnya pula pelepasan daripada azab api neraka".
Ikhwah wal Akhawat yang dimuliakan,
Sepertimana yang kita ketahui, apabila datangnya ramadhan segala pintu langit akan dibukakan seluas-luasnya oleh Allah SWT mengampunkan segala serta mengkabulkan segala permintaan hamba-hambanya yang memohon sesuatu permintaan. Maka dengan yang demikian, alangkah ruginya kita jika kita melepaskan peluang untuk berada dalam bulan yang penuh dengan rahmat ini dan kita gagal untuk memanfaatkan keberadaan kita dalam bulan yang penuh barakah ini dengan melaksanakan amalan-amalan yang sangat-sangat dituntut untuk kita melaksanakannya. Sepertimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud " Barangsiapa yang berpuasa didalam bulan ramadhan dengan penuh rasa keimanan yang tinggi serta melaksananya dengan sebaiknya, maka akan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sebelum pada bulan ramadhan" dan menurut riwayat yang lain turut diampunkan dosa sesudah daripada bulan ramadhan.
Oleh yang demikian, memandangkan kita kini berada diseparuh akhir dalam bulan ramadhan, sayugianya kita sama sama bermuhasabah keatas diri kita masing-masing adakah kita telah benar-benar mencukupkan amalan kita dan memperbetul segala akhlak dan sahsiah kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Moga-moga kita dianugerahkan oleh Allah dengan keampunan serta dianugerahkan kepada kita malam lailatulqadar yang mana kita tahu malam ini adalah malam yang cukup diimpikan oleh semua orang untuk mendapatkannya. Moga-moga kita tergolong dikalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa dan dianugerahkan ganjaran dan syafaat syurga diakhirat nanti
Salam Ramadhan.Wassalam
Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Serkam Darat
Merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
PAS Cawangan Serkam Darat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan