Followers

Sabtu, 14 Mac 2009

Sepatutnya dah lama dah buat -Malaysiakini

Pengetua dan guru besar boleh menurunkan kuasa merotan pelajar yang terbabit dengan masalah salah laku atau disiplin, bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata kuasa merotan itu terkandung dalam peraturan sekolah dan ia hanya boleh dilakukan pengetua dan guru besar, tetapi mereka boleh menurunkan kuasa itu kepada guru lain.“Bagaimanapun, hukuman rotan hanya boleh dilakukan selepas amaran bertulis dikeluarkan kepada pelajar.“Malah, tindakan itu juga perlu dilakukan mengikut prosedur ditetapkan iaitu tidak boleh dilakukan di tempat terbuka, mesti merekodkan kesalahan pelajar dan ada saksi ketika hukuman merotan dijalankan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat menangani masalah disiplin pelajar di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Timbalan Pengerusi, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin berkata, mesyuarat kira-kira dua jam yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Ketua Polis Negeri itu membentangkan satu kertas kerja untuk melaksanakan aktiviti atau program bersesuaian dilakukan di negeri masing-masing bagi menangani masalah disiplin pelajar.“Kementerian memperuntukkan RM206,500 untuk biaya pelaksanaan pelbagai program mengatasi pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah. Jadi, kita beri kebebasan kepada jabatan pelajaran negeri dan polis negeri membincangkan aktiviti atau program bersesuaian di negeri masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan: