Followers

Sabtu, 14 Mac 2009

Arab yang Bodoh dan Tak De Otak -Malaysiakini

Arab Saudi kelmarin menjadi hos kepada pemimpin-pemimpin Mesir dan Syria bagi memujuk Damsyik agar menjauhkan diri dari Iran dan menyertai negara-negara Arab sekutu Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengurangkan pengaruh Teheran. Riyadh berharap sesi selama satu hari itu akan dapat meningkatkan hubungannya dengan Syria sempena persidangan Arab di Qatar pada hujung bulan ini. Selain Mesir, Syria dan Arab Saudi, rundingan berkenaan turut disertai Kuwait.
Selepas pertemuan itu, sumber rasmi Arab Saudi memaklumkan ia bakal menjadi satu permulaan baru kepada hubungan keempat-empat negara berkenaan. Dalam perbincangan penting itu, Raja Abdullah dari Arab Saudi meminta semua negara yang terlibat melupakan persengketaan lalu dan membina hubungan lebih kukuh. Syria dan Arab Saudi sebelum ini berdepan dengan kemelut diplomatik dalam beberapa isu termasuk kekuatan hubungan dengan Iran, Hamas dan Hezbollah. Presiden Mesir, Hosni Mubarak agak ragu-ragu dengan pertemuan itu dan tidak yakin sebarang persetujuan dapat dicapai. Mesir pula sebelum ini sering menuduh Syria bersepakat dengan Iran melindungi Hamas.

Tiada ulasan: