Followers

Selasa, 17 Mac 2009

Tanda-tanda Kejatuhan Datuk Seri Mohd Ali Rustam- Malaysiakini

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam terus membisu mengenai laporan bahawa beliau kemungkinan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno petang ini dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, hujung bulan ini. Beliau yang ditemui pemberita di kediaman rasminya di Sri Bendahara, pagi tadi selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua bahagian Umno negeri, berkata: "Anda tanyalah sendiri dengan Lembaga Disiplin (Umno)." Mesyuarat itu berlangsung selama 20 minit bermula jam 10.10 pagi. Sebelum itu, beliau dilaporkan mengadap Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Khalil Yaakob, di Istana Melaka.
betah pendekar serkam :
dah kena dah tu. Tanda-tanda kejatuhan Daruk Seri Mohd Ali Rustam daripada tahta pemerintahan kerajaan Negeri Melaka.

Tiada ulasan: