Followers

Isnin, 2 Mac 2009

Kaji Unsur Ganas di Sekolah -Malaysiakini

Masalah disiplin di sekolah perlu dikaji dengan matlamat bagi mengenal pasti kelemahan pihak yang berkaitan, di samping mencari langkah sesuai bagi menangani masalah disiplin yang dikenal pasti, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye.Beliau berkata, insiden keganasan membabitkan pelajar sekolah didedahkan media sejak kebelakangan ini amat merunsingkan kerana ia menggambarkan betapa seriusnya masalah disiplin di kalangan pelajar kini.“Bagi saya apa yang paling membimbangkan ialah budaya ganas yang saya lihat semakin menyusup masuk dalam institusi pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.Kes terbaru yang ditampilkan media membabitkan pelajar sekolah ialah pengedaran paparan video menunjukkan pelajar tingkatan tiga dibuli 10 pelajar senior di Sekolah Menengah Oya Dalat di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

sourse :
Bernama

1 ulasan:

Stream6552 berkata...

20 tahun yang lalu budaya ini telah dilalui oleh saya Tan Sri.