Followers

Isnin, 2 Mac 2009

Mesyuarat Agong Pas Cawangan Serkam Darat

Mesyuarat Agung Pas Cawangan Serkam Darat telah selamat diadakan di Balai Islam Serkam Darat yang dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan. Mesyuarat pada kali ini dikira istimewa sedikit jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu. Ini kerana inilah mesyuarat agung yang diadakan oleh Pas Cawangan Serkam Darat dipermis sendiri kerana sebelum ini mesyuarat agung banyak diadakan di rumah-rumah ahli sahaja dan tak banyak program yang dapat disenaraikan sebelum ini.
kini pas cawangan serkam darat boleh berbangga dengan kejayaan menganjurkan mesyuarat agung ditempat sendiri. Menurut salah seorang daripada AJK PCSD yang turut hadir dalam majlis tersebut, majlis ini sewajarnya diadakan saban tahun bagi menilai prestasi kepimpinan yang dilantik serta sebagai medan muahasabah diatas segala gerak kerja yang telah dilaksanakan sebelum ini. semoga PCSD akan terus berjaya selepas ini dengan merapatkan segala jurang dengan masyarakat.

Tiada ulasan: