Followers

Isnin, 2 Mac 2009

Siapa yang salah ??? siapa yang ajar ??-Malaysiakini

Polis menahan tujuh pelajar berusia antara 15 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana dekat sini, yang mendakwa dibelasah 30 pelajar lain, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid, berkata siasatan awal mendapati seorang daripada pelajar terbabit dan mangsa dipercayai berselisih faham sebelum kejadian itu. “Siasatan awal mendapati pelajar berkenaan bukannya tersilap sasaran apabila bertindak membelasah mangsa. “Polis turut tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada perselisihan faham dan seorang daripada mereka kemudian mendapatkan bantuan rakan lain untuk menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tiada ulasan: