KEKEJAMAN tentera Israel menyerang dan mengebom Tanah Gaza menyebabkan kematian dan kehancuran yang teruk benar-benar menunjukkan mereka tidak berperikemanusiaan.Israel seolah-olah menganggap penduduk Gaza sebagai sasaran melepaskan geram semata-mata. Dalam diri Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert tidak ada langsung perasaan kasih sayang dan simpati.
Oleh yang demikian, selaku suara mahasiswa di Malaysia, Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Sesi 2008/2009, Sarfarizmal Md Saad, mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan kerajaan Malaysia membantu mangsa keganasan Israel.Menurutnya, selain mengutip derma, kita juga boleh mengambil sejumlah rakyat Palestin sebagai 'rakyat angkat' dengan memberi kehidupan baru kepada mereka di Malaysia."Langkah ini dapat meringankan kesengsaraan rakyat Palestin kerana nyawa manusia bukan sesuatu yang dapat dicari ganti."Selain itu, kita juga boleh membantu dengan mengambil pelajar Palestin belajar di sini," katanya.
Sarfarizmal berkata, selepas menamatkan pengajian dan mahir dalam bidang masing-masing, mereka perlu dihantar kembali ke Palestin bagi memajukan negara mereka dan melawan kekejaman Israel."Negara kita juga dapat membantu mereka dengan menyediakan platform terbaik untuk pihak yang berminat untuk membantu dalam mencari penyelesaian kepada kekejaman ini."Kita boleh menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa dan mesyuarat penyelesaian isu Palestin-Israel.
"Dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC), perlu negara kita bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya.Saya mewakili mahasiswa mengharapkan isu Palestin-Israel ini dapat segera dipulihkan sebelum lebih ramai lagi kehilangan nyawa, bangunan diletupkan dan cendekiawan Palestin terbunuh begitu saja."Kami berharap Malaysia memandang serius dan mengambil isu ini sebagai tanggungjawab kemanusiaan dan bukan tanggungjawab keagamaan semata-mata," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan