Followers

Khamis, 31 Julai 2008

Saiful hadir pemeriksaan tetapi bukan untuk liwat

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Hospital Pusrawi menjelaskan Mohd Saiful Bukhari Azlan datang mendapatkan pemeriksaan dengan Pegawai Perubatan Dr Muhamad Osman Abdul Hamid di hospital berkenaan kerana sakit perut bukannya liwat.Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan, hospital itu juga tidak mengaku mereka mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak mengenai laporan perubatan Mohd Saiful sebagaimana yang disebar meluas di internet. Pusrawi juga menjelaskan Dr Muhamad hanya merupakan seorang Pegawai Perubatan (General Practitioner) yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital berkenaan dan bukannya seorang doktor pakar. Menurut Pusrawi Dr Muhamad juga menasihatkan pesakit Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.
"Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi," sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.

Dalam sidang media itu, Pengurus Besar Pusrawi Wan Mahmood Wan Yaacob berkata laporan pemeriksaan Mohd Saiful tersebut kelihatan 'genuine' tetapi yang asli ada padanya.
Dr Muhamad Osman yang mula berkhidmat di Pusrawi pada Januari 2008 dan kini beliau dikatakan bercuti dan akan mula bertugas semula pada Isnin ini. Wan Mahmood hairan bagaimana laporan pemeriksaan Mohd Saiful boleh bocor dan memberi jaminan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.Dalam pada itu, Pengarah Perubatan Dr Kamaruddin Ahmad yang turut serta dalam sidang media itu, tidak menolak ada pihak tertentu yang diupah untuk membocorkan maklumat pemeriksaan Mohd Saiful.

Wan Mahmood berkata, terdapat dua orang doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada hari berkenaan salah seorangnya adalah perempuan.Oleh sebab itu, terdapat jenis tulisan tangan yang berbeza pada laporan tersebut bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung identiti doktor wanita tersebut

Selasa, 29 Julai 2008

Udah ler ..

Tiga hari tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia, terasa seperti 3 tahun lamanya. Apapun, terima kasih kepada semua yang sentiasa mengunjungi blog ini. Siapalah saya tanpa anda … :-)
Kalau ikutkan hati ini, memang banyak isu ‘PANAS’ yang ingin saya tuliskan hari ini. Terutamanya bab muzakarah atau apa-apa perkataan yang dikaitkan dengannya. Tapi, disebabkan kesuntukan masa dan banyak pula kerja-kerja yang belum lagi diselesaikan, maka saya hanya ingin memberikan komen ringkas mengenai isu muzakarah yang kian hebat didendangkan oleh media arus perdana dan juga ‘bukan perdana’.Sebelum ini, saya dan rakan-rakan lain telah beberapa kali menyentuh dan berbincang tentang isu ini.
PENGIKUT PAS JANGAN MUDAH DIPERBODOHKAN
Kali ini, saya cuma ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana beliau sanggup mengutamakan Islam daripada kepentingan politik. Beliau sanggup membubarkan PAS jika itu adalah langkah terbaik untuk memertabatkan Islam di negara ini. Kesanggupan itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau lebih sayangkan Islam daripada PAS. Kenyataan yang keluar dari mulut Tuan Guru itu ternyata menguji iman umat Islam di negara ini.
Sejauhmana umat Islam di Malaysia ini sanggup mengorbankan parti mereka untuk kepentingan Islam? Sanggupkah ahli PAS dan UMNO mengorbankan parti kesayangan mereka untuk mendaulahkan Islam?Tepuk dada, tanya selera !Sejarah perjuangan Tuan Guru Nik Aziz dalam PAS bukannya singkat.
Sudah berpuluh-puluh tahun beliau berjuang memertabatkan Islam. Banyak kenangan pahit dan manis yang beliau lalui bersama PAS. Malah, sudah berlori-lori fitnah yang dilemparkan terhadap diri dan juga perjuangannya. Pernahkah anda terfikir, kenapa beliau sanggup membubarkan PAS?Dapatkah anda bezakan, antara PAS dan Islam?Dan, adakah anda faham maksud ‘ikhlas’ dalam perjuangan?Apapun, renungkanlah maksud ayat di bawah :

“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Al-Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu, Maka Dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong”
Surah Al-Mukminun, ayat 78
Nur Aflah : Kepada semua media perdana dan alternatif yang sibuk mensensasikan cerita muzakarah ini,

Muzakarah : Umno hidung tak mancung pipi tersorong-sorong


TG KUDIN
Isu Muzakarah kembali bergema diwar-warkan oleh Umno-BN diseluruh pelusuk negara membingitkan lagi suasana negara yang sudah sedia kucar-kacir dek onar yang dibuat oleh beberapa pemimpin rakus, tamak haloba, gila kuasa dan hipokrit.Mereka yang mulanya mengajak PAS untuk duduk sama berbincang kononnya atas dasar ingin menjaga hak dan kepentingan Islam serta orang Melayu, kini melakonkan kembali adegan terlampau menjijikkan malah begitu memualkan.Digambarkan seolah-olah PAS terlalu terdesak ingin menjalinkan kerjasama perkongsian kuasa dengan golongan yang mereka tentang selama ini, PAS sudah keluar daripada fahaman politik sempit danPAS sudah tidak sabar untuk memegang tampuk pemerintahan di Malaysia ini.
Tetapi hakikat sebenarnya ialah Umno-BN sudah mula sedar akan kemerosotannya dan betapa tidak relevannya lagi parti itu dalam suasana negara pada hari ini lalu cuba melakukan pendekatan lunak untuk meraih kembali simpati daripada rakyat yang kebanyakkannya bersikap tunggu dan lihat memerhatikan reaksi kedua-dua belah pihak yang selama ini ibarat anjing dan kucing.Mereka sudah begitu tertekan dan tersepit dengan kebangkitan rakyat secara keseluruhannya menolak Umno-BN pada PRU 12 baru-baru ini di mana kesannya menyebabkan ramai pemimpin Umno sakit jiwa, tidak dapat menerima kekalahan sehinggakan ada yang meninggal dunia.
Maka timbullah isu perkongsian kuasa di antara Pas dan Umno di dalam membentuk kerajaan melalui pelbagai formula pembahagian yang dikira menguntungkan ke dua-dua belah pihak atau 'win-win situation' seperti yang terjadi ke atas pertikaian Pulau Batu Puteh yang kini menyebabkan Malaysia putih mata.Ketika mereka dalam keadaan kritikal ini, mereka cuba menggunakan talian hayat yang terakhir kerana bagi mereka jika sekiranya PAS berjaya dijinakkan maka jangka hayat Umno-BN akanberjaya disambung kembali bagi mengekalkan 'survival' kuasa mereka yang diwarisi daripada penjajah.
Tetapi mereka hanya bermimpi kerana PAS tidak pernah melupakan peristiwa pahit ditendang oleh Umno sedikit masa dahulu bahkan ianya dijadikan sempadan bagi PAS agar tidak dipatuk oleh ular yang sama dan dari lubang yang sama.Sebenarnya Umno-BN sudah hilang maruah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, muka tembok sanggup menjilat kembali ludah mereka, mengapa mereka menolak Muzakarah yang dipelawa oleh Pemuda PAS selepas pilihan raya 2004 ?Pada masa itu Pemuda PAS mengajak Umno duduk semeja berbincang mengenai nasib Islam dan orang Melayu di negara ini tetapi apa yang berlaku ialah pelbagai tohmahan buruk dilemparkan ke atas usaha murni tersebut. Bahkan dengan sombong mereka mengatakan ianya tidak perlu.Hakikatnya kini PAS telah diakui sebagai 'kuasa penentu' dalam politik tanahair bagi kawan mahupun lawan maka tidak hairanlah Umno cuba bermain mata dan KeADILan serta DAP mula melahirkan keresahannya terhadap perkembangan tersebut.
Penyelesaiannya ialah sekiranya pemimpin dan ahli Umno ikhlas ingin mengangkat kembali maruah Islam dan bangsa Melayu mereka mesti sanggup membuang keegoan mereka itu dengan menguburkan Umno yang sudah luput tarikh itu, Umno kini bolehlah diibaratkan seperti pesakit Aids yang sedang menunggu saat kematian di atas katil hospital dan cuma bergantung kepada bantuan pernafasan.
Kasihannya...Seterusnya masuk ke dalam PAS untuk bersama-sama berjuang mengangkat kembali maruah Islam dan bangsa Melayu, meningkatkan ekonomi orang Melayu, meringankan kesempitan hidup rakyat Malaysia dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.Atau seperti cadangan yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdu Aziz Nik Mat iaitu supaya Umno dan PAS sama-sama membubarkan parti kemudiannya menubuhkan parti baru yang berlandaskan Islam bagi menjamin keadilan bagi umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Menara Taming Sari satu pembaziran

TG KUDIN
Ramai orang merungut kepada saya dengan mengatakan bahawa pembinaan Menara Taming Sari bernilai RM 24 juta oleh kerajaan negeri Melaka langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini khususnya kepada penduduk tempatan.Bayaran yang dikenakan kepada orang ramai yang ingin menaikinya tidak munasabah iaitu berharga RM 20 untuk dewasa dan RM 10 bagi kanak-kanak malahan tempohnya cukup singkat iaitu selama 7 minit.
Cuba kita bayangkan kalau kita ingin membawa keluarga menikmati panorama indah yang dikatakan dapat dinikmati dari atas menara tersebut di mana sepasang suami-isteri berharga RM 40 dan bersama seorang anak berharga RM 10, maknanya untuk 7 minit kita telah menghabiskan sebanyak RM 50. Bagaimana pula kalau kita mempunyai keluarga yang besar sebagai contoh dua, tiga atau empat orang anak bukankah untuk perkara tidak mendatangkan faedah kepada kita dan keluarga, kita telah menghabiskan RM 100 untuk 7 minit.
Ini berbeza sekali dengan kos ketika kita menaiki Menara Kuala Lumpur, di mana dengan harga tiket yang lebih kurang sama kita boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas menara tersebut sampai berapa lama yang kita suka pun tidak menjadi masalah atau sampai kita rasa jemu dan takut. Di atasnya ada disediakan teropong untuk kita melihat dengan lebih jelas dan terang serta ada disediakan tandas atau pelbagai kemudahan kepada pengunjung.
Saya syorkan kepada orang ramai supaya tak payahlah naik Menara Taming Sari ini kerana hanya membazirkan duit kita sahaja bahkan dalam masa yang sama hanya menguntungkan kroni Ali Rustam.Menara Taming Sari itu sebenarnya bukanlah satu menara ianya adalah keris Taming Sari dalam versi baru atau bentuk moden yang muncul kembali bukan bertujuan untuk membela menegakkan keadilan rakyat tetapi digunakan untuk menikam dan menyula rakyat dari belakang tanpa kita sedari.
TG KUDIN - Kerajaan BN liwat kita lagi...

SIAPA LIWAT SIAPA ??

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis. Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar". Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Komen saya :
Beruk Mak Yeh yang sekor nie aku ingat memang gatal bontot dia kot tu pasal dia tuduh orang liwat dia lah .. orang nak perkosa dia lah .. dei tambi kalau bontot tu berkurap pegi berubatlah bukan gi ngadu ngan pakar bom semalaya .. kalau nak populariti tak yah lah buat kes yang te elok buat malu nama Melayu jer. Aku saspek mamat nie memang dah dibayar oleh malaun todi ngan tokei judi untuk buat kerja nie tapi .. aku serah kat Allah jer. kalau dah Geng Beruk tu Beruk jugak lah .. KJ tentu sokong aku pasal dia badut sarkes.. jangan mare ..

Shabery bakal tewas dengan Saifuddin Nasution

PASIR PUTEH, 28 Julai (Hrkh) - Mungkinkah debat pusingan kedua diadakan lagi selepas ini, biar pun Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan gagal menggalas harapan Umno pada debat pertama. Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak penganjur debat ada menghubunginya mempelawa tampil dalam agenda debat pusingan kedua. "Saya telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan siapa sahaja dari kalangan pemimpin Umno termasuk juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin," katanya pada satu ceramah di Kampung Air Tawar, Semerak, baru-baru ini.

Hadir sama pada program itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, Adun Limbongan, Zainudin Awang Hamat dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.? Baru-baru ini debat yang membahaskan topik 'Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak' menyaksikan pertemuan antara Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Malaysia. Pada debat itu rata-rata orang ramai yang menonton melalui siaran lansung di TV9 memuji kemantapan hujah bekas timbalan perdana menteri berbanding Shabery yang lebih emosi.

Sehubungan itu Saifuddin mengulangi beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat. "Saya sanggup, tidak ada masalah. Sekarang saya tunggu kad jemputan secara rasmi," kata beliau. Saifudin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, kesanggupan berdebat bukan kerana mahu publisiti, sebaliknya mahu memartabatkan falsafah keadilan dan kebenaran selepas kehidupan rakyat terbeban setelah harga minyak dinaikkan Jun lalu. Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menegur sikap sesetengah pihak khususnya pemimpin politik yang membeza-bezakan di antara politik dan agama. "Keadaan sebegini memisahkan politik dari agama menyebabkan mudahnya berlaku perkara negatif dalam pentadbiran seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.

ULASAN SAYA :
saya ingin mengucapkan tahniah buat Datuk Shabery cheek kerana tidak jemu-jemu mengadakan debat. Kalau boleh debat kali nie lebih panas dan lebih ilmiah dan jangan macam yang lepas -lepas tiada pemenang dan tiada penghakiman. Satu lagi jangan banyak sentuh hal peribadi. sebab yang saya nampak hanya Datuk Shabery saja yang berani buat berani tanggung tapi pimpinan yang lain seolah-olah dah mati pucuk agaknya. Masa kuat tak ingat kaum sendiri duk penuhkan temolok sendiri saja tapi bila dah tersepit sendiri baru sibuk bincang pasal perkauman (Asobiyah) kemelayuan.

Ahad, 27 Julai 2008

BUAT PENGGUNA TALIPON BIMBIT

WASHINGTON: Pegawai kanan satu institut penyelidikan barah terkemuka Amerika Syarikat memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit supaya mengambil langkah segera, termasuk tidak meletakkan alat itu berhampiran kepala bagi mengelak risiko seperti menghidap barah. Malah, Pengarah Institut Penyelidikan Barah Universiti Pittsburgh, Dr Ronald Herberman juga bertindak menghantar memo kepada kira-kira 3,000 pekerjanya mengenai risiko bahaya penggunaan alat komunikasi itu. "Pengguna tidak harus menunggu sehingga wujudnya hasil kajian khusus dan sebaliknya perlu bertindak sekarang," katanya.



Kanak-kanak hanya perlu menggunakan telefon bimbit ketika waktu kecemasan saja manakala golongan dewasa perlu menjauhkan alat itu daripada kepala," katanya dalam memo yang dipetik Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. Cara lain bagi meminimumkan risiko penggunaan telefon bimbit itu adalah sentiasa menukar tempat telefon itu diletakkan pada kepala. Setakat ini tiada sebarang kajian akademik besar-besaran yang mengaitkan risiko barah dengan telefon bimbit.
Bagaimanapun Dr Herberman menegaskan yang amarannya itu dibuat berdasarkan kajian awal data yang tidak dihebahkan. "Kita tidak harus menunggu sehingga keadaan sudah terlambat. Hakikatnya, semakin banyak kajian serta tinjauan kecil mengaitkan penggunaan berpanjangan telefon bimbit dengan risiko kesihatan termasuk barah. "Saya sendiri yakin sememangnya ada data mencukupi dan layak untuk dijadikan alasan mengeluarkan amaran berhubung pentingnya mengamalkan sikap berhati-hati apabila menggunakan telefon bimbit." Satu kajian besar-besaran di Britain tahun lalu berkata tiada sebarang kesan jangka pendek penggunaan telefon berkenaan pada otak dan fungsi sel dalam badan.


Bagaimanapun program penyelidikan UK Mobile Telecommunications mengemukakan 'wujudnya petanda' risiko barah bagi penggunaan jangka panjang dan kajian itu akan melihat kesannya bagi tempoh 10 tahun. - Agensi

Selasa, 22 Julai 2008

KENYATAANMU MELEGAKAN KAMI

Walaupun PAS tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu, tetapi tidak benar sama sekali, ada rundingan ke arah 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Mazlan Aliman.Sehubungan itu, beliau yang juga ketua penerangan PAS Johor dukacaita dengan pemberitaan media mengenai isu muzakaran PAS-Umno yang 'seolah-olah ada agenda memecahbelahkan perpaduan di kalangan pimpinan tertinggi PAS'.Menurutnya, isu tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 8 Jun lalu dan mesyuarat khas pada 25 Jun, kedua-duanya di pejabat agung PAS di ibunegara.Dalam mesyuarat tersebut, katanya, keputusan yang dicapai ialah:
PAS kekal dan mendepani Pakatan Rakyat.

PAS proaktif dalam Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan Islam.

PAS mesti proaktif di peringkat negeri yang menjadi kerajaan.

Kelab Penyokong PAS perlu dipertingkatkan.
PAS, katanya, tidak menolak kepentingan muzakarah dengan Umno, demi kebaikan Islam dan survival orang Melayu.Bagaimanapun, tegasnya, adalah tidak benar sama sekali, ada rundingan yang mempunyai kecenderungan 'perkongsian kuasa' dengan Umno/Barisan Nasional."Bahkan dokongan PAS menerusi mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu, untuk memperkukuhkan persefahaman dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berubah," tegasnya dalam satu kenyataan."Selaku ketua penerangan badan perhubungan PAS Johor, saya ingin memaklumkan keputusan mesyuarat PAS negeri Johor pada 20 Julai lalu, mempertegaskan komitmen yang sama."Bahkan konvensyen PAS Johor pada 3 Ogos ini yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang pasti menjadi medan perwakilan untuk membahaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak sebarang rundingan politik dengan Umno."Saya menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pimpinan PAS mesti bersatu untuk mengelak perpecahan daripada permainan golongan oportunis."Umno mesti selamatkan rumahtangga mereka dulu sebelum sibuk mencampuri urusan PAS!" tambahnya.

INGAT TAK KITA PADA MAJLIS TAHKIM ???


Tulang Besi
Saya membaca kenyataan Dewan Ulama berkaitan temuramah presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Harakahdaily.net (11 Julai 2008). Kami ahli-ahli PAS sememangnya sudah lama menunggu suara dari Dewan Ulama yang selama ini cukup senyap dan sunyi.Antara kandungan kenyataan tersebut adalah sokongan kepada usaha presiden untuk berjumpa dengan Umno bagi menyampaikan dakwah Islam. Saya bukan hendak kata apa, cumanya apakah lagi dakwah yang perlu kita sampaikan kepada Umno?Tidakkah Umno mempunyai barisan “ulama” lulusan universiti Islam dari seluruh dunia? Mungkinkah Umno tidak mengerti kewajiban melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh? Saya rasa amatlah dangkal alasan yang mengatakan perjumpaan PAS dengan Umno adalah atas tujuan dakwah. Alasan ini jelas alasan dangkal dan tidak dapat diterima oleh akal yang matang. PAS sudahpun berdakwah kepada Umno sejak sebelum merdeka lagi. Sekiranya mereka mahu menerima dakwah PAS, nescaya sudah diterima oleh mereka lama dahulu.PAS bukan sahaja pernah berdakwah dengan Umno, PAS juga pernah bersama Umno dalam satu barisan dan mentarbiyyah Umno. Apa balasan Umno kepada PAS? Lepas manis madu hilang, habis sepah dibuang. Segala usaha dakwah PAS dibalas dengan kurang ajar dan kebiadapan yang amat tinggi.Adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak peka sehingga tidak sedar bahawa seluruh ulama dalam Umno tidak dapat menghalang Abdullah Ahmad Badawi daripada mengangguhkan pelaksanaan Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 2005 hanya kerana akta tersebut tidak disukai oleh anak Abdullah, Nori dan Sisters in Islam?Maklumat yang saya perolehi, Zainah Anwar amat takut akan kenaikan Anwar Ibrahim kerana beliau yakin penasihat PKR itu akan mengizinkan pelaksanaan syariat Islam berbanding Abdullah.Juga, adakah Dewan Ulama PAS begitu tidak sedar bahawa kalaupun Najib Razak menjadi perdana menteri, mahukah beliau melaksanakan syariat Islam memandangkan beliau sendiri tidak bebas daripada tuduhan skandal?Inilah sindrom “katak bawah tempurung” yang melanda PAS sehingga tidak sedar bahawa tindakan mereka akan menguntungkan Umno dan musuh Islam. Sikap Dewan Ulama PAS ini amat disukai oleh Umno dan musuh-musuh Islam di Malaysia kerana ia menguntungkan mereka.Dan kita harus bertanya, kenapa pula tiba-tiba Umno berminat untuk berjumpa dengan kita? Setelah mereka kalah terduduk dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk berjumpa dengan PAS.Selama ini, sewaktu mereka gagah perkasa dan sewaktu Umno dijulang ke langit, mengapa tidak mahu berjumpa dengan PAS? Mengapa PAS dinista, difitnah, dicaci, dimaki, dizalimi dan sebagainya.Saya kagum dengan kematangan Ahmad Awang apabila wakil Umno datang menawarkan kerajaan campuran kepada beliau. Beliau lantas menjawab, antara orang zalim dengan orang bukan Islam, lebih aula orang bukan Islam.Tetapi Dewan Ulama PAS buta akan fakta ini. Mereka lupa bahawa Umno bukan sahaja menolak Islam, tetapi Umno adalah parti yang zalim dan lagi menzalimi. Bagaimana mungkin PAS bekerja sama dengan Umno dan pada waktu yang sama harus berhadapan dengan doa beribu-ribu orang yang telah dizalimi Umno?Saya nampak Dewan Ulama PAS tidak nampak sasaran dakwah yang sebenar - yakni orang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada dewan itu, di mana modul untuk berdakwan kepada orang bukan Islam?Dewan Ulama senyap sunyi tentang bagaimana hendak menarik sokongan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.Tiba-tiba boleh keluar dengan bangga menyokong usaha “dakwah” kepada Umno? Wahai Dewan Ulama, siapakah mad’u dakwah yang lebih aula sekarang? Orang bukan Islam yang semakin ramai mendekati PAS atau Umno yang sejak dahulu menentang dan menzalimi pejuang-pejuang Islam.Lupakah Dewan Ulama bahawa ada lebih kurang 60 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak bersalah meringkuk dalam kem Kamunting hanya kerana mereka pernah berjihad di Afghanistan atau pernah menolong mangsa kezaliman Barat terhadap Islam?Lupakah Dewan Ulama, Umno yang telah menghapuskan sekolah agama rakyat, sedangkan orang bukan Islam di Malaysia tidak pernah menyentuh sekolah-sekolah agama ini?Sekiranya dapat kita hilangkan ketakutan orang bukan Islam kepada syariat Islam, jalan ke arah pelaksanaan syariat Islam di peringkat negeri-negeri terbuka luas seluas-luasnya. Tidak ada lagi batu penghalang kepada pelaksanaan syariat Islam.Suka saya ingatkan kepada Dewan Ulama, tiada gunanya kita berdakwah kepada orang-orang yang sudah sememangnya jauh daripada kita dan tidak pernah mahu berdampingan dengan kita.Mereka hanya mahu menggunakan PAS sebagai batu loncatan supaya mereka dapat berkuasa kembali. Apabila tercapai sahaja objektif mereka, kita akan disepak dan diterajang keluar dengan secepat mungkin.Dan perkara ini pernah berlaku kepada PAS satu masa dahulu. Tidakkah Dewan Ulama mengetahui akan hadis Nabi SAW yang menghalang umatnya dipatuk dua kali pada satu lubang?Saya sangat bersedih atas sikap tidak matang dan tidak pandang kehadapan yang ditunjukkan oleh Dewan Ulama PAS.Pada hemat saya, Islam tidak mengajar umatnya ditipu dan dipermain-mainkan musuh Islam hanya atas nama berdakwah. Kerana itulah, Nabi SAW - walaupun baginda pendakwah tersohor - baginda tidak pernah dapat ditipu oleh musuh-musuh Islam. Tidakkah ini satu sunnah Nabi yang sepatutnya menjadi ikutan kita?Semoga Allah memberikan Dewan Ulama PAS taufik dan hidayat-Nya bagi membolehkan mereka melihat ke jalan yang benar.
ulasan pendekar serkam terhadap komen tulang besi :
nampak sangat umno nie dah takda modal lagi. ingat tak kawan2 pada peristiwa peperangan siffin yang berlaku antara tentera muawiyah bin abi sufian dengan tentera saidina Ali R.A? dalam peperangan tersebut dikala tentera muawiyah bin abi sufian merasakan mereka bakal mengalami kekalahan, ada diantara mereka yang mengangkat lembing dan menggantung alquran diatas lembing-lembing dan tombak-tombak mereka menyebabkan tentera Saidina Ali terpaksa mengalah dan Tentera Muawiyah mencadangkan supaya diadakan Majlis Tahkim (muzakarah) dan ada diantara tentera saidina Ali yang tidak bersetuju dan akhirnya tentera saidina ali berpecah kepada dua satu kumpulan yang menyokong satu kumpulan yang tidak bersetuju bertindak keluar parti. semasa majlis muzakarah (tahkim) dijalankan, pihak muawiyah telah menggunakan tipu muslihat dengan membuat pelbagai tawaran seperti yang berlaku sekarang. akhirnya pihak muawiyah berjaya menjatuhkan khalifah Ali bin Abi Talib dan menjadi pemerintah bagi kerajaan yang baru.so sekarang nie apa komen korang pulak ???

Muzakarah saat mula kejatuhan PAS


Irwanis Johan
Atas kepentingan generasi berbilang kaum di tanah air, saya cuba mengulas isu pertemuan PAS-Umno supaya pemimpin-pemimpin yang tergila-gila dengan muzakarah (ibarat amok Tok Nading) melihat secara rasional dan profesional isu ini. Apa yang perlu pemimpin kedua-dua parti Melayu ini, sama ada muat atau tidaknya baju dan seluar yang hendak dipakai mengikut falsafah dan kandungan jiwa dan citarasa rakyat Malaysia terkini. Takut-takut muzakarah ini nanti menjadi mangsa jenama PAS dan Umno, kerana rakyat Malaysia kini hanya inginkan keadilan, bukannya fanatik sesuatu kaum dan parti.Kalau dilihat PAS, ideologi parti tersebut berteraskan Islam dan penghuninya Melayu. Manakala Umno berteraskan ideologi kebangsaan dan penghuninya juga Melayu. Paling dikhuatiri nanti keputusan terakhir pada muzakarah itu akan jadi begini, "nan bo ti nan, kui bo ti kui", "wal hasil balik asal" atau kawan-kawan saya di utara Semenanjung selalu sebut "padan muka hangpa, puas hati aku." Apa tidaknya, kerana dua pihak yang mewakili parti ini akan menjadi otak yang terlalu Melayu dan bukannya kenegaraan. Oleh itu ikutilah fakta dan data yang akan dibentang oleh penulis ini.Kemasukan PAS dalam Perikatan selepas peristiwa 13 Mei disebabkan betapa terdesaknya Melayu Umno memerlukan Melayu PAS. Akhirnya termetrinya perjanjian persefahaman pada ketika itu dan pemimpin PAS diberi sedikit kuota kabinet yang bertaraf menteri dan timbalan Menteri. Oleh kerana kependekaran sepak terajang Umno, PAS akhirnya seperti melukut di tepi gantang dan teresak-esak menangis di belakang tempayan angan-angan dan momokan Umno.Keputusannya Datuk Asri Muda pada pilihanraya berikutnya hilang kerajaan Kelantan yang diterajuinya dan akhirnya keluar daripada PAS. Jadi jika diberikan markah - PAS mendapat 0 dan Umno pula 2. Kenapa Umno mendapat dua markah - PAS hilang kerajaan, Asri sendiri keluar PAS. Sebab-sebabnya sila rujuk orang lama dalam PAS.Dalam era 1980-an, PAS kembali ke zaman kegemilangannya apabila peralihan kuasa daripada kepimpinan nasionalis Islam kepada kepimpinan ulama dan Umno bawah kelesuan pentadbiran Tun Hussein Onn digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Maka tikam-menikam dan fitnah-menfitnah mejadi alat pada kedua-dua parti. Maka lahirlah generasi perubahan - golongan profesional dan kelas menengah - yang pada sebelum ini hanya menjadi pengundi di saluran ketiga kini menjadi mastermind menyusun arah dan hala tuju rakyat ketika ini. Buktinya perpecahan Umno dan kewujudan kumpulan 11 yang akhirnya mencetuskan pengharaman Umno sedangkan PAS hanya menjadi minoriti pembangkang dan DAP menjadi kuasa majoriti pembangkang. Tatkala Melayu Umno bergaduh, Melayu PAS pula ibarat katak di bawah tempurung - berbincang hal kafir-mengkafir, lemparan hujah- hujah murahan daripada Umno, lalu dikupas dan diolah serta dijadikan modal oleh PAS. Maka terbitlah ketika itu 'Amanat Haji Hadi'. Jangan ketinggalan membacanya. Dari segi markahnya waktu ini, PAS (1) Umno (2). PAS mendapat 1 (kepimpinan ulama), Umno memperolehi dua (The Malay Dilema dan Umno Baru).Jika diamati, fahaman kebangsaaan memonopoli segalanya dalam aspek pemerintahan negara dan tidak mungkin atas kehebatan BN. Mungkin akan wujud pula parti seperti parti kebangsaan Cina atau parti kebangsaan India. Faktornya generasi sekarang hanya mementingkan kehidupan daripada memikirkan negara. Beginilah hasil pemerintahan BN apabila rakyat (Melayu) tidak ada patriotisme, budaya dan jiwa timur hilang sedikit demi sedikit di atas bumi yang dipijak dan langit juga yang selalu mendung.Hasilnya pada piliharaya umum pada 1990, PAS memperolehi kembali Kelantan, bukan atas tiket "perpaduan ummah" yang digembar- gemburkan tetapi atas slogan "kepimpinan ulama" dan ia hanya mampu menyelesaikan mimpi-mimpi orang Kelantan, dan tidak pada negeri-negeri lain di Semenanjung. Maka jika dikira markah, PAS mendapat 0.99 dan Umno pula 2 iaitu PAS mendapat Kelantan dan Umno memperolehi perpaduan baru Umno dan tersingkirnya terus musuh-musuh Dr Mahathir daripada parti.Jangan sekali-kali pembaca lupa bahawa isu muzakarah pernah terjadi pada era akhir 1970-an dan sebelumnya tragedi Memali (pertengahan 1980-an) semasa isu kafir-mengkafir tengah hangat diratah lumat oleh kepimpinan ulama PAS dalam era awal 1980-an. Untuk menarik undi popular kaum Cina, maka PAS mewujudkan Majlis Perundingan Cina (CCC). Pada masa yang sama kepimpinan PAS bertukar tangan kepada Fadzil Noor dan keluar pula Nakhaei Ahmad daripada PAS. Penulis hanya sekadar mengingati kesinambungan kepimpinan ulama dan kemasukkan Anwar Ibrahim dalam Umno sebagai memerangi kebangkitan Islam dalam PAS kerana popularnya peranan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam masyarakat Melayu ketika itu dan sebahagian besar ahli-ahli Abim mengikut jejak Anwar pada 1982.Hasilnya, bawah kepimpinan baru Umno dan PAS, isu muzakarah tidak kedengaran lagi. Hanya berkisar siapa lebih Islamik - Umno atau PAS? Jadi pengaruh kefahaman Islam mula menular di hati generasi muda apabila Umno terpaksa mengatasi PAS dengan program Islamnya sendiri.Apa tidaknya, jika sebut sahaja Islam, maka terpacullah penceramah PAS dengan sebutan Umno Islamiah sedangkan ideologinya masih fanatik nasionalis. Di sini markah untuk PAS (1) dan Umno (0). Mungkin gaya kepimpinan Fadzil sebagai presiden PAS ketika itu lebih menonjol dan pengaruh Abim dalam Umno mula mengambil tempat di posisi penting pentadbiran Umno dan agensi kerajaan. Adakah ini satu strategi mengislamkan Umno, siapalah tahu?Maka dalam era 1990-an, Umno mempunyai musuh dalam selimut kerana budaya Islam telah mula menular dan meresapi tubuh badan parti fanatik nasionalis ini, maka Dr Mahathir terpaksa mengadakan usaha memburukkan kehebatan Anwar sehingga tercetusnya peristiwa reformasi pada 1998. Dan pada piliharaya umum 1999, PAS dapat menawan Terengganu, meluaskan penguasaan PAS di beberapa negeri, di samping mengekalkan Kelantan.Ingin diingatkan, hasil kemenangan pilihanraya umum 1999, dalam satu persidangan tahunan PAS di Terengganu, PAS telah mengakui bahawa kemenangan menerajui Kelantan dan Terengganu atas faktor Anwar, bukti sejarah mengakui kebenarannya. Penulis ingin melanjutkan kegemilangan PAS dalam menerajui jiwa rakyat atas platform Barisan Alternatif tetapi kerana nafsu besar PAS dalam mengiakan negara Islam, DAP dan PAS mula tidak sehaluan. Ada cendekiawan beranggapan PAS terlalu gopoh mengetengahkan isu negara Islam dan jika tidak salah penulis, kepimpinan ulama PAS ketika itu diterajui oleh feudal bermentalkan Islam bawah Harun Taib dari Terengganu, maka tinggallah PAS, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM dalam pakatan BA. Bagi DAP, ia hanya boleh minum semeja dengan Keadilan dan PRM. Dalam keadaan anti kemuncak ini, yang menjunam adalah PAS. bKeadaan bertambah buruk apabila PAS pula kehilangan pakar politiknya yang terbaik iaitu Fadzil yang bersemadi pada 2002.Hala tuju PAS terumbang-ambing kerana tiada haluan politik yang teguh seperti yang ditonjolkan oleh Fadzil apabila penggantinya Abdul Hadi Awang tidak selincah Fadzil. Maka PAS tidak mendapat tempat di hati rakyat pada pilihanraya umum 2004. Hanya tinggal Kelantan sahaja - itu pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Jadi, markahnya PAS (0) dan Umno (1) - PAS hilang Fadzil, Umno (1) apabila BA berpecah.Kembalinya Anwar dalam kancah politik Malaysia setelah ditahan selama enam tahun mengembalikan kegemilangan arena politik Malaysia. Tiada Fadzil, tiada Dr Mahathir dan tiada Anwar, politik negara dikuasai oleh ahli-ahli politik yang suka terloncat-loncat.Balik-balik siapa lebih Islam dan siapa lebih kafir, dan Abdul Hadi bukanlah seorang ahli politik yang hebat - beliau lebih berkaliber sebagai pendakwah sepenuh masa. Tambahan lagi, semua penasihat utama beliau dari Terengganu, maka pemikiran Abdul Hadi lebih keterengganuan" berbanding sebagai presiden PAS. Mungkin PAS menafikannya, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Akibat perangai "keterengganuan" Abdul Hadi, maka dunia politiknya sekadar berkeliaran sesama orang PAS Terengganu yang keras kepala. Peranan Anwar dalam mewarnakan kembali wajah politik Malaysia amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat yang berbilang kaum. Kelincahan beliau melontar isu menyebabkan BN sendiri terkapai-kapai hendak menangkisnya. Rakyat sudah gian dalam gerakan pembaharuan (reformasi) dan senantiasa hendak membalas dendam terhadap BN, menanti saat masanya saja, disusuli pula perdana menteri kini Abdullah Ahmad Badawi selalu tidur dan silap dalam tindakan politiknya.Peluang ini memberi PAS, PKR dan DAP mengatur strategi untuk meletakkan calon-calonnya yang berpontensi dalam pilihanraya umum ke-12 bagi kerusi-kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang difikirkan akan memperolehi kemenangan. Perbincangan pakatan pembangkang hanya bertumpu untuk menaikkan tingkat sokongan rakyat terhadap pembangkang bukan ke arah pembentukan sebuah kerajaan baru atau "kerajaan dalam penantian". Cuma bagi PKR, PAS dan Umno perebutan pengundi dari kalangan pengundi Melayu masih belum dapat 100 peratus, hanya sekadar 35-42 peratus. Hujahnya, Melayu itu mudah lupa, ibarat kata Dr Mahathir. Bekas perdana menteri ini umpama hilang regu apabila ketiadaan Fadzil. Kepada Anwar, Dr Mahathir menganggap bekas timbalannya ini bukan tandingannya dalam pentas perdana politik Malaysia, begitu juga tanggapannya terhadap Abdul Hadi. Maka untuk menyelesaikan ketagihannya berpolitik, sasarannya berpindah kepada Abdullah dan kegilaan Dr Mahathir ini memberi sedikit keuntungan pada pakatan pembangkang.Akhirnya pada penghujung 2007, kebangkitan rakyat mula menampakkan hasil apabila muncul gerakan demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), isu rakaman video perbualan VK Lingam dan demonstrasi Hindraf. Reaksi rakyat ditambah pula dengan konsep Islam hadhari keagungan Abdullah yang tercemar apabila gambar beliau memegang bahu pelakon Michelle Yeoh semasa program Piala Monson di Trengganu. Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi isu skandal seks menteri MCA. Jadi keputusan pilihanraya umum lalu telah membuahkan hasil apabila Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur jatuh ke tangan pakatan pembangkang tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan di Terengganu? "Kenapa" menjadi satu gema persoalan yang perlu dijawab oleh PAS dan sehingga kini PAS tidak terjawab, kenapa?Ada orang memaklumkan pada penulis, perkara ini kena tanya sendiri pada feudal bermentalkan Islam dalam PAS Terengganu. Untuk makluman pembaca, statistik seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia, dalam kajiannya, menunjukkan bahawa pada pilihanraya umum Mac lalu, peralihan pengundi Cina dan India kepada pembangkang begitu menonjol tetapi tidak berlaku perubahan pada pengundi Melayu. Ertinya pengundi Melayu tidak berubah, yang berubah hanyalah pengundi Cina dan India.Hasil kajian ini, penulis ingin memberikan peringatan kepada barisan kepimpinan PAS bahawa kebangkitan rakyat bukan atas gelombang PAS tetapi hasil cetusan politik Anwar dan kelemahan BN sendiri. Bukanlah kelemahan Umno tetapi tepatnya pada BN dan Umno sekali lagi tersepit di celah-celah tekanan kompenan BN, seperti kedudukan Umno dalam Perikatan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jadi nyata dan jelas di sini bahawa PAS senantiasa beruntung bersama gelombang ciptaan orang lain dan bukannya gelombangnya sendiri. Jelasnya di sini, PAS dan Umno adalah parti-parti ortodoks Melayu - ibarat batu lesung, menumbuk cili bersama belacan, yang menjadi mangsanya sang tekak yang menilai kesedapannya. Maksud saya, tekak itu suara rakyat, jadi PAS perlu melihat bahawa isu muzakarah adalah program lapuk untuk pemimpin lampau antara PAS dan Umno sedangkan rakyat sekarang menaiki kapal baru yang dinamakan "kebajikan" yang lebih besar untuk destinasi pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika PAS hanya melayan pemikiran ahli politik ortodoksnya, jangan salahkan rakyat yang berbilang kaum menolaknya pada pilihanraya umum nanti. Jika isu muzakarah diteruskan, maka tunggu dan lihatlah kejatuhan PAS.

Ahad, 20 Julai 2008

DIA DaH Tak Ade KerJe Laien

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pihak polis sengaja menimbulkan suasana ketegangan sebagai provokasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dalam kehangatan isu liwat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ura-ura usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar tindakan pihak polis yang disifatkan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak perlu dan tidak menitik beratkan kesan dan masalah yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya akibat sekatan tersebut. "Ini semua kerja gila, dan sengaja diada-adakan atau mungkin polis sudah tiada kerja lain yang hendak dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Mengulas mengenai dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan suatu perhimpunan akan dianjurkan dalam masa terdekat, beliau dengan tegas menafikannya.


"Kita (PAS) tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan perhimpunan buat masa ini.
"Bahkan sekiranya hendak diadakan perhimpunan pun, polis buat sekatanpun perhimpunan tetap boleh dijalankan," ujarnya. Mantan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu turut menjelaskan perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November tahun lalu membuktikan sekatan jalan raya tidak memberikan apa-apa kesan kepada 'kekuatan suara hati dan kehendak' rakyat untuk menyampaikan hasrat mereka. Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula menyifatkan tindakan polis mengadakan sekatan yang masih berterusan itu sebagai tidak bertanggung jawab serta menyusahkan rakyat. "Ini satu perkara yang tidak masuk akal dan tidak bertanggung jawab," tegasnya. Ahli Parlimen Batu itu melahirkan kehairanan terhadap pendirian dan tindakan pihak polis yang kelihatan sudah mula tersasar daripada peranan dan tanggung jawab mereka yang sebenar. "Kerja polis bukan buat sekatan kerana ia tidak akan membantu apa-apa malah operasi tersebut akan melibatkan anggota polis yang ramai," ujarnya. Dalam suasana indeks jenayah negara kian meningkat khususnya di Lembah Klang, beliau juga melahirkan kekesalan dengan sekatan tersebut yang telah memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.


"Apa yang berlaku menyebabkan orang ramai marah kerana ia menyusahkan. "Mereka tidak mempertimbangkan kesan apabila para peniaga terjejas pendapatannya, selain pengguna jalan raya yang mengejar urusan kerja masing-masing," katanya lagi. Memburukkan lagi keadaan, pihak polis katanya mengambil keputusan menjalankan sekatan jalan raya dengan menggunakan khabar angin semata-mata.
"Itulah lambang tahap profesional dan integriti polis kita," ujarnya. Semalam, menurut Khalid, sekatan jalan raya di 22 lokasi di seluruh negeri dibuat bagi membendung kecenderungan pihak tertentu mengadakan perhimpunan tanpa permit. Selain mencegah jenayah, beliau berkata, sekatan jalan yang sentiasa berubah lokasi itu perlu bagi memastikan tidak ada elemen tidak sihat yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat khususnya di Selangor.


"Saya sedar sekatan jalan ini menimbulkan ketidakselesaan tetapi saya mohon maaf. Ini membabitkan keselamatan, jadi kita perlu beri perhatian," katanya ketika ditemui pemberita semalam. Beliau ditanya mengenai sekatan jalan raya menghala ibu negara yang menyebabkan kesesakan teruk sejak Isnin lalu. Dilaporkan lebih 1,600 pegawai dan anggota membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Anjing Pengesan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Berkuda dan Unit Udara dikerah mengawal semua pintu masuk ke ibu kota. Khalid berkata, walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan semalam, polis tidak menolak kemungkinan penyokongnya mungkin mengadakan perhimpunan dalam tempoh terdekat.

PERGH .. PANAS GILER

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kali ke-48 akan berlangsung di Dewan Hotel Hill City Ipoh, Perak pada 14 Ogos bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang.Pengerusi Muktamar, Wan Hasrina Wan Hassan menjelaskan Muktamar akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau berkata, setiap negeri akan menghantar perwakilan seramai 17 orang termasuk Ketua dan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri. "Kita menjangkakan kehadiran perwakilan dan pemerhati lebih ramai ekoran gelombang tsunami politik yang berlaku dalam pilihan raya ke-12," katanya. Menurut beliau, DMPP turut menjemput pimpinan Wanita Pakatan Rakyat dan wakil wanita NGO yang telah bersetuju untuk hadir ke Muktamar.

Berhubung dengan usul katanya, beberapa buah negeri telah menghantar usul dan dijangkakan panas untuk dibincangkan dalam Muktamar nanti. "Antara usul yang panas mendesak hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkemaskan," tegasnya. Beliau yang juga Timbalan DMPP berkata, ada usul lain yang mendesak supaya jentera muslimat diperkuat daripada sekarang bagi memastikan negeri dan kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dapat ditawan dalam pilihan raya akan datang.

BERTEMU PM : PAS KELUAR KENYATAAN ESOK

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Para pemimpin PAS dijangka akan membuat kenyataan besok berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau pernah bertemu dengan beberapa pemimpin PAS beberapa kali.Menurut sumber, besar kemungkinan satu sidang akhbar akan dibuat bagi menjelaskan perkara itu.Menurut Andullah, beliau bertemu dengan pemimpin tertinggi PAS yang digolongkan dalam mereka yang boleh membuat keputusan untuk parti Islam itu.Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak termasuk dalam pertemuan dengan Abdullah itu.Abdullah berkata demikian kepada media selepas majlis pelacaran hari koperasi di Putrajaya hari ini.

PROJEK MEMBAZIR JKKK SERKAM DARAT

bangunan bekas kilang kicap

sekitar bangunan bekas Sekolah Rendah Agama Kampung Serkam Darat
kalau takat nak masuk tv 9 lepas tu terbiar balik baik dirobohkan saja sebab menyemakkan pandangan.cadangan daripada PAS Cawangan Serkam Darat, Kalau dah tak nak sangat bangunan nie boleh jer serah pada kami.Taulah kami nak menguruskannya cammana. dulu ada perancangan nak bukak kelas tusyen kat tempat nie tapi habok pun tarak .. yang atas sekali tu kilang terbengkalai yang kini digunakan sebagai tempat letak kereta sahaja. terbiar memang cukup terbiar. Agak JKKK Serkam Darat nie bute kayu ker ??

Khamis, 17 Julai 2008

Tukar Segera Kerajaan Untuk Selamatkan Negara

tok janggut
Hujah Shabery sampah! Itu jawapan penulis kepada seorang kawan yang bertanya debat antara DSAI dan Menteri Penerangan malam Rabu lalu. Kalau itulah hujah yang dibuat oleh menteri itu terhadap DSAI, rasanya tak payah beliau yang jadi lawan DSAI, biar penulis pun tak apa. Sikit-sikit dia menyalahkan DSAI semasa jadi TPM dan Menteri kewangan dulu. Alasanya DSAI dulu jadi alat IMF, naikan bunga pinjaman dan berbagai lagi yang kononya telah membebankan rakyat ketika itu. Soalan saya, apakah pada masa itu DSAI mempunyai kuasa VETO yang PM dan semua menteri-menteri kabinet hanya mengangguk dan bersetuju sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau ketika itu? Apakah tidak ada bantahan atau cadangan lain dari PM atau dari menteri-menteri ketika itu sekiranya apa yang beliau buat itu merugikan Negara dan rakyat?
Shabery mempertikaikan cadangan DSAI jika wang sebanyak RM5 billion digunakan untuk menurunkan harga minyak, Negara akan jatuh miskin, tapi dia lupa bagaimana wang petronas telah digunakan oleh mantan PM untuk bail out atau membayar hutang syarikat perkapalan milik Mirzan Mahathir yang berjumlah RM2 billion ketika itu? Apabila DSAI ketika itu enggan membayar, maka beliau di fitnah dan dipecat dan diambil semula Tun Daim dan akhirnya wang petronas digunakan untuk menyelamatakan anak mantan PM itu. Itu belum dibongkar wang petronas yang digunakan untuk membayar hutang-hutang syarikat-syarikat besar yang pemimpin UMNO mempunyai kepentingan dalamnya, apa yang rakyat dapat?
Tiada hujah menteri penerangan itu melainkan mencari salah DSAI semasa dalam kabinet dulu. Kalau nak dicari salah, semua menteri-menteri punya banyak salah dan salah guna kuasa sehinggakan Negara rugi dan rakyat merana. Ini hujah untuk kerajaan bagi tahun 2008 dan seterusnya. Apa dia lupa mengapa DSAI dipecat dan diaibkan dengan fitnah liwat dulu, itu tak lain hanya untuk menyekat kemaraan DSAI naik menjadi PM. Mahathir dan kumpulan menterinya yang banyak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa tahu jika DSAI naik, mereka akan susah,s emua akan dibongkar untuk pengetahuan rakyat. Jadi rekacipta liwat untuk haling DSAI dari naik menjadi PM dan ini juga yang dilkukan oleh goloangan “fasik” sekarang ini ialah untuk menghalang DSAI dari menerajui kerajaan, maka direkacipta lagi tuduha liwat. Orang yang bunuh orang, yang letupkan orang, yang sapu duit rakyat dan ebrbagai kemungkaran lagi dibiarkan rehat dan bebas kesana kemari.
Tujuan debat ialah mengenai kenaikan harga minyak, tetapi Shabery Nampak merapu kepada topic yang tidak ada kena mengena dengan tajuk debat, kerana mungkin panic berdepan dengan DSAI, maka diungkit kembali cerita-cerita lama yang mana jika nak diungkit juga kena ungkit juga apa yang dibuat oleh PM dan menteri-menteri lain ketika itu. Bagi golongan FASIK, membuat tuduhan dan fitnah apatah lagi yang berkaitan dengan zina atau liwat adalah memang kerja mereka. Menggunakan polis untuk melindungi kerja-kerja kotor dan haram mereka adalah sudah menjadi kebiasaan.
Haram menyokong pemimpin atau kerajaan yang sebegini, jika tidak tunggulah bala dari Allah. Dulu semasa UMNO berpecah menjadi satu kumpulan lain iatu Semangat 46, maka ada usaha-usaha untuk membawa PAS duduk semeja dengan UMNO kononya demi masa depan Melayu. Usaha ini dilakukan semata-mata kerana melihat UMNO ketika itu goyah dan lemah. Kini timbul semula isu ini yang ketika UMNO tunggu masa untuk di talqinkan. Apakah PAS akan menyambut cadangan ini lagi? Tujuanya untuk bincang masa depan Melayu dan Islam konon. PAS kena ingat, jangan sekali-kali ada rasa simpati dengan UMNO ini. Jangan termakan kata-kata manis golongan fasik lagi munafik ini. Mereka hanya perlukan bantuan dan simpati ketika sedang nazak saja, bila mereka kuat, mereka akan tending sapa saja yang ada bersama mereka. Mereka takut nak sepak MCA.
Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen kerana nyawa UMNO bergantung dengan parti-parti ini, jika tidak UMNO sudah lama tinggal nama saja. Perjuangan PAS adalah Islam sebagai penyambung perjuangan Nabi, buka perjuangan bangsa. Nabi diutuskan oleh Allah untuk memperjuangkan Islam dan penganutnya bukan berjuang untuk bangsa Arab. UMNO berjuang hanya untuk perut dan kocek, bukan kerana Melayu. PAS mesti istiqomah dengan perjuangan ini. Berjuang untuk menjaga iman dan menjadi hamba yang taqwa. Iman dan taqwa hanya boleh dicapi melalui Islam. Tiada iman dan taqwa denagn melalui jalan lain melainkan asasnya ialah Islam. Dan Islam itu tidak semestinya dari bangsa Melayu, tapi juga dari kaum Cina, India, Jepun, Kemboja atau mana juga bangsa yang menganut Islam.
Identiti bangsa tidak boleh dipisahkan dari diri seseorang tetapi islam boleh dipisahkan jika mereka murtad atau keluar Islam dan menganut agama lain. Oleh itu perjuangan PAS yang berpaksikan islam untuk memantapkan iman dan menjadi hamba yang taqwa. Perjuangan untuk Islam wajib akan menghadapi cabaran dan halangan, tidak kiralah dari golongan kafir harbi, kafir zimmi atau kafir hadhari. Oleh itu PAS tidak perlu melayan UMNO untuk duduk semeja kononya untuk membincangkan masa depan orang melayu dan agama islam.
Bukankah UMNO yang selama ini mengkhianati amanah orang melayu? Bukankah selama ini UMNO yang menghina hokum dan syariakt Allah, mempersendakn sunnah Nabi dan memaki hamun golongan ulama? Jadi nak bincang apa dengan UMNO? Jangan buang masa dan masuk perangkap UMNO yang tunggu masa untuk hancur ini. Bukankah Allah telah janjikan bahawa golongan zalim, sesat, fasik dan ingkar akan Allah hancurkan? Nah! Masanya hampir tiba untuk Allah hancur kan UMNO ini dan PAS lebih baik tumpukan perjuangan Islam demi memperkuatkan iman dan aqidah umat islam yang telah dihancurkan dan disesatkan oleh UMNO selama ini. Selamatkan Negara dan rakyat dari terus ditipu oleh UMNO. Segera ambilalih kerajaan sebelum terlambat. Wallahualam.

Seminar Bloggers PAS Negeri Melaka

Seminar Bloggers PAS Negeri Melaka
Tarikh : 3 Ogos 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka
Penglibatan : Semua yang berminat termasuk bloggers PAS Melaka

TAHNIAH DSAI KERANA BERANI

Saya memuji ketegasan Anwar yang enggan memberikan sampel DNA. Polis dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA.Sudah tentu Polis ingin menggunakan DNA Anwar untuk tujuan tertentu yang disangsikan oleh Anwar. Mungkin beliau bimbang sampel DNA itu akan disalahgunakan untuk tujuan memerangkap beliau. Ini bukan cerita baru sebab kes liwat 1998 menjadi bukti bahawa manusia-manusia terkutuk memang tidak takut kepada hukum Allah dan balasan dari Allah. Yang penting yes bosss ...............kami akan buat.

Anwar ditangkap pada kira-kira jam 12.55 tengahari semalam dan terus disoalsiasat di IPK KL. Pada sebelah malamnya beliau dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dan pengambilan sampel DNA. Namun beliau berkeras tidak mahu memberikan darahnya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar berkata bahawa tangkapan terhadap Anwar yang dilakukan oleh Polis bertopeng dan memakai jaket semalam adalah prosedur biasa. Hal ini amat disangsikan oleh orang ramai kerana biasanya pasukan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah berat sahaja. Apakah Anwar penjahat yang amat ditakuti yang boleh membahayakan semua orang?

Ismail berkata, kehadiran polis bertopeng dalam pasukan yang menangkap Anwar semalam "perkara biasa" kerana banyak faktor telah diambil kira. Ismail juga menjelaskan, tidak semua anggota polis yang hadir di situ memakai topeng.Lepas ini mungkin agaknya semua Polis yang hendak menangkap yang dituduh melakukan kesalahan tak kira kesalahan berat atau kecil, semuanya akan memakai topeng. Ayuh kontraktor dan pengeluar topeng bersedialah dengan stok topeng anda untuk dijual kepada Polis. Masuk tender jual topeng ................

TAK PROFESIONAL LANGSUNG

Inilah 'Double Standard' namanya apabila Anwar dan Raja Petra ditangkap secara biadap untuk disoalsiasat. Lambat sikit je terus tangkap. Namun Rosmah Mansor yang dikaitkan oleh Raja Petra dengan kes bunuh Altantuya ditatang bagai minyak yang penuh untuk datang memberi keterangan di Balai Polis.
Inilah Polis negara kita. Takut benar kepada pemimpin negara atau orang kesayangan pemimpin negara. Bila laporan Polis dibuat terhadap pemimpin pembangkang atau penyokongnya secepat kilat Polis bertindak. Namun jika laporan dibuat kepada pemimpin kerajaan dan orang kesayangan mereka belum tentu ianya akan disiasat, kalau disiasat pun bagaikan melepaskan batuk di tangga. Sudah ber'koyan-koyan' laporan dibuat terhadap Khir Toyo, Rafidah Aziz, Pak Lah, Najib, Rosmah Mansor, Samy Vellu dan lain-lainnya namun tidak pernah mereka ini didakwa dan ada antaranya tidak dipanggil untuk disoalsiasat.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pun tidak pernah dipanggil sebagai saksi dalam kes-kes melibatkan beliau umpamanya kes Anwar dan lain-lain.Begitulah hebatnya dan 'imune'nya pemimpin BN.Hari ini satu lagi tangkapan di buat iaitu keatas Raja Petra Kamaruddin Penulis Blog yang berani mendedahkan bahawa Rosmah dituduh berada di tempat kejadian semasa wanita Mongolia Altantuya di bunuh denga n bom C4. Cepat betul Polis bertindak. Syabas Polis.
Laporan Malaysiakini seperti di bawah :-
Blogger Raja Petra Kamaruddin ditahan dan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk didakwa.
Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung dakwaannya dalam akuan berkanunnya yang mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor - isteri timbalan perdana menteri - dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.Raja Petra dan peguamnnya tiba di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.Isterinya, Marina Lee Abdullah, bimbang Raja Petra sekali lagi enggan diikatjamin dan berada tahanan seperti sebelum ini."Ini adalah kesalahan yang boleh diikatjamin.
Saya harap dia tidak akan mengejutkan saya lagi dan enggan diikatjamin," katanya.Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.Dia bagaimanapun bersetuju diikatjamin tiga hari kemudiannya

FREE ANWAR OR ANWAR FREE ??

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi dengan jaminan Polis. Anwar dilihat meninggalkan IPK KL bersama keluarga beliau dan menuju pulang ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.Sankara ketika ditemui diluar Pejabat IPK Kuala Lumpur tempat di mana Anwar ditahan semalam memberitahu bahawa beliau bercakap dengan pegawai yang mengendalikan kes ini di mana pegawai tersebut membeeritahu bahawa Anwar akan dibebaskan hari ini jam 1 petang.

"Saya menerima panggilan dari salah seorang dari Pegawai Penyiasat dan mereka bersetuju untuk Anwar dijamin" kata Sankara yang tiba di IPK KL jam 9 pagi tadi.Anwar dijadualkan memberikan kenyataan akhbar jam 2 petang ini. Anwar tidak didakwa tetapi mesti melaporkan diri semula kepada Polis pada 18 Ogos nanti.Awal pagi ini, Peguamnya Sankara Nair memberitahu diluar IPK KL, bahawa Anwar akan dibebaskan pada jam 1 petang ini.Anwar ditahan jam 12.55 tengahari semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari Ibupejabat BPR kerana memberi keterangan tentang dakwaan beliau terhadap Musa Hassan dan Gani Patail.

Sumber : Malaysiakini

ALAHAI SUNGAI SERKAM

GAMBAR-GAMBAR BERIKUT DIAMBIL DIKAWASAN JALAN RACIK KAMPUNG TERSUSUN TAMAN KOPERASI RISDA SERKAM DARAT UNTUK TATAPAN SEMUA DAN PERHATIAN YB YANG BERKENAAN. APA PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH YB UNTUK KAWASAN INI ?TAKKAN NAK BERSIH SUNGAI MELAKA SAJA.. SUNGAI NIE ??


KeNa PasTiKan BetuL-BeTuL

SA: Kerajaan Selangor akan memastikan perlawanan bola sepak persahabatan antara kelab Chelsea dan pasukan negara di Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini tidak membabitkan pengambilan minuman keras walaupun kehadiran kelab Inggeris terkemuka itu ditaja oleh sebuah syarikat minuman keras. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah memaklumkan kepada penganjur perlawanan itu untuk memastikan bahawa perlawanan dijalankan dalam keadaan yang tertib dan tidak melanggar tatasusila."Kita tidak halang kerana Heineken adalah penaja Chelsea tapi kita juga beritahu kepada pengurus yang menjaga Stadium Shah Alam supaya permainan dan penonton berada dalam keadaan tertib dan tak akan langgar tatasusila.

"Kita juga dah beri arahan supaya tiada minumamn alkohol di dalam stadium. Kalau ada berlaku, maklumkan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini petang ini.Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas bantahan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub semalam terhadap kehadiran kelab bola sepak itu ke negara ini selepas mendakwa kunjungan mereka ditaja oleh sebuah syarikat arak. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong berkata beliau telah menghubungi penganjur perlawanan persahabatan itu yang memaklumkan bahawa minuman keras tidak akan dijual atau diberikan di dalam stadium."Mereka ikut semua peraturan yang ditetapkan kerajaan persekutuan. Ini bukan kali pertama mereka masuk ke Malaysia kerana sebelum ini Manchester United pun pernah datang tapi kenapa sekarang mereka bangkitkan hal ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar pula berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana Heineken bukan sahaja mengeluarkan minuman keras tetapi juga produk lain.

NIE KELUAR TERUS KE NAK BERLAKON JER ??

Oleh Utusan

KL: Bekas Naib Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew mengumumkan keluar daripada parti itu kerana kecewa dengan MCA dan hilang kepercayaan terhadap parti.Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu membayangkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi faksimile ke Ibu Pejabat MCA hari ini.

Selasa, 15 Julai 2008

Selesaikan Dulu Masalah


MELAKA, 9 Jul (Sinar Harian) - Kerajaan negeri diminta menyelesaikan segera pelbagai masalah yang dihadapi oleh para nelayan di negeri Melaka disebabkan projek pembangunan yang tidak dirancang dengan baik dan tanpa mengambilkira pandangan daripada para nelayan.
Menurut Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Melaka, Zaili Muhamad Imbiah,bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang dihadapi oleh nelayan di negeri ini kerana ianya disebabkan oleh polisi pembangunan kerajaan yang meminggirkan nelayan.
"Hampir semua nelayan di sepanjang pantai Melaka menghadapi pelbagai masalah yang mengancam penghidupan mereka seperti sukar memperolehi minyak subsidi dan penambakan laut di pantai Klebang menyebabkan mereka seolah diberhentikan kerja dan terpaksa bergantung hidup dengan mencari tin dan botol kosong."Kerajaan negeri juga perlu menyelesaikan masalah nelayan di muara sungai Duyung yang sukar untuk turun keluar ke laut kerana muaranya yang cetek disebabkan pemendapan lumpur yang berlaku," kata Zaili


Jelasnya, ini merupakan tanggunjawab kerajaan negeri kerana mereka yang memindah dan menempatkan para nelayan tersebut ke situ bagi memberi laluan kepada projek Sungai Melaka dan projek penambakan laut di pantai Melaka atas nama pembangunan."Nelayan Melaka Barat juga bakal kehilangan punca pendapatan apabila projek perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan penangkapan mereka dan sehingga kini masih belum ada jawapan daripada kerajaan negeri berhubung pampasan yang diminta oleh nelayan."Sebelum ini, para nelayan tidak menghadapi apa-apa masalah untuk turun ke laut dan berjaya memperolehi pendapatan yang boleh dikira agak lumayan, sesuai dengan pengorbanan yang mereka lakukan dengan menyabung-nyawa di tengah lautan," tambah beliau.


Beliau juga menyatakan bahawa cadangan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hasan supaya nelayan lebih kreatif berkongsi bot untuk turun ke laut adalah tidak praktikal dan mengarut kerana ianya bukan membantu bahkan menyusahkan nelayan."Saya cabar beliau supaya turun ke laut berkongsi bot bersama nelayan sekali saja, supaya beliau dapat merasai dan mengetahui betapa tidak pratikal serta kreatifnya cadangan tersebut," ujarnya.Seterusnya, beliau mengulangi cadangan supaya kerajaan negeri mewujudkan pampasan seperti 'Skim Perberhentian Pekerja' kepada nelayan yang kehilangan punca pendapatan dan menyediakan satu 'Dana Khas' bagi membantu nelayan untuk memulakan kehidupan yang baru."Dana itu nanti boleh digunakan oleh nelayan bagi memulakan perniagaan,membiayai pendidikan anak-anak nelayan, mencari pekerjaan baru dan sebagainya kerana ianya mampu meringankan kesusahan yang dialami setelah pendapatan mereka terjejas teruk," katanya.

Rancangan Sirah TV3 gugat aqidah ??

Program sejarah nabi yang disiarkan TV3 "dibaluti kekarutan", dakwa mufti Perlis hari ini - meneruskan sikap beraninya menegur secara terbuka pihak-pihak yang dianggapnya tidak menepati ajaran Islam.Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau telah menerima beberapa aduan berhubung kandungan program Al-Hidayah di stesen televisyen swasta itu tetapi enggan mengulas kerana belum pernah menontonnya."Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang nabi Isa tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih. "Bahkan kisah itu dibaluti dengan kekarutan yang amat sangat," katanya, mengulas slot sirah dalam program itu yang ditontonnya semalam.Program itu disiarkan semalam selama setengah jam mulai 6.30 pagi.
Sumber yang dekat dengan rancangan TV3 itu berkata, tayangan setiap pagi Sabtu dan Ahad itu merupakan siaran ulangan dan program asalnya "mungkin telah disiarkan dua atau tiga tahun lalu". Siri terkini rancangan itu boleh ditonton pada setiap Jumaat dari jam 1 hingga 1.30 tengah hari, sumber itu memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi tadi. Rancangan itu, menurutnya lagi, sudah lebih 10 tahun disiarkan. Slot sirah juga, menurut sumber, sudah tidak lagi dikekalkan dalam siri terbaru.Mengulas sama ada TV3 menerima bantahan rasmi atau tidak, sumber menyatakan: "Rancangan itu dipantau oleh Jakim (Jabatan Kebajikan Islam Malaysia). Biasanya kalau ada apa-apa, Jakim akan beritahu (TV3). Setakat ini, saya tidak dengarlah."
Menurut Mohd Asri di blognya hari ini, penceramah menyatakan bahawa ibu baginda rasul Maryam wafat sebelum nabi itu dan "mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih." "Bahkan (kisah itu) bertentangan juga dengan Bible," katanya. "Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena perayaan 'mengingati kewafatan Maryam' yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah," kata mufti muda itu, seorang lulusan dalam bidang pengajian hadis.
"Kecenderungan penceramah-penceramah sebegini mengambil sumber-sumber yang tidak sahih tentang agama - termasuk hadis palsu dan riwayat Israiliyyat – boleh mengelirukan orang awam mengenai Islam yang sebenar." Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai rancangan-rancangan agama di televisyen melalui emel sejak beberapa bulan lalu. Beliau bagaimapun enggan mendedahkan rancangan-rancangan lain kerana belum menontonnya sendiri.
Mufti Perlis mencadangkan kepada TV3 agar menyemak latar belakang penceramah dan isi kandungan yang bakal disampaikan untuk mengelak berulang kesilapan fakta."Kalau rancangan itu (mengenai) sirah, semak dengan orang (yang mahir) sirah. Kalau syariah, semak dengan orang yang berkelayakan dalam syariah, semak dengan orang yang betul-betul ahli," katanya."Kena hati-hati, (ceramah) motivasi boleh, (kalau melibatkan) fakta, kena hati-hati," katanya.Slot sirah yang disiarkan semalam disampaikan oleh seorang penceramah motivasi berunsur agama yang terkenal.

Sabtu, 12 Julai 2008

NAJIB KATA TAK KENAL .. BALA KATA KENAL

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu. Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis. Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.

Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib. Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.
Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat. “Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka. Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.
Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak. Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

APA TINDAKAN KITA ??

TBILISI: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice, semalam memberi amaran kepada Iran bahawa Washington telah meningkatkan kawalan keselamatan di rantau Teluk dan tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan Israel dan sekutunya di rantau itu.'Kami akan mempertahankan kepentingan Amerika dan sekutu kami,' kata Rice di Tbilisi semalam.'Di rantau Teluk, Amerika telah meningkatkan kawalan keselamatan dan sedang bekerjasama dengan sekutu kami untuk memastikan mereka dapat mempertahankan diri masing-masing,' tegas beliau.Rice berkata begitu semasa mengulas kenyataan Ali Shirazi, seorang penasihat kepada pemimpin tertinggi agama Iran, Ayatollah Ali Khamenei, Selasa lalu bahawa Iran akan 'membakar' Israel dan tentera laut Amerika di rantau Teluk sebagai tindak balas terhadap sebarang serangan Israel atau Amerika ke atas kemudahan nuklearnya.

Iran semalam menolak gesaan Amerika agar ia menghentikan ujian peluru berpandu. Malah, Pasukan Pengawal Revolusi Iran mengumumkan telah melancarkan beberapa lagi ujian peluru berpandu di Teluk Parsi, lapor Press TV.'Pada hari ketiga latihan Nabi Agung di Teluk Parsi, acara paling penting ialah ujian peluru berpandu darat ke laut, darat ke darat dan laut ke peluru berpandu,' kata satu kenyataan Pasukan Pengawal Revolusi Iran.China semalam menyatakan rasa bimbang dengan situasi di Timur Tengah yang boleh mencetus peperangan.

PAK LAH BUAT SILAP BESAR

KB: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 dan bertanding sebagai Presiden UMNO merupakan satu langkah yang silap.Katanya jawatan Presiden UMNO itu ditentukan oleh ahli UMNO dari peringkat akar umbi dan tidak wajar bagi Abdullah untuk serahkan kuasa kepada sesiapa pun."Banyak pihak tidak menyedari bahawa Perdana Menteri perlu mendapatkan restu pelbagai pihak terutamanya dari Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan ketua-ketua cawangan UMNO di jajahan Bachok di sini Khamis malam.

Beliau berkata selama ini Abdullah merupakan "caretaker" (penjaga) kepada UMNO kerana pemilihan parti itu sepatutnya berlaku tahun lepas namun ianya ditunda berikutan pilihan raya umum ke-12.Tengku Razaleigh berkata keputusan Abdullah itu tidak akan mengubah pendirian beliau untuk bertanding bagi jawatan presiden pada pemilihan parti yang dijangka Disember ini.

Unit Amal / Pemuda PAS Adalah Bijak.

aduka taruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Secara peribadi, hamba mengalu-alukan kritikan kepada Pemuda PAS dan Unit Amal. Profesional. Dan ini pula adalah balasan secara profesional terhadap kritikan-kritikan itu.Ramai yang menggunakan perkataan hikmah.Tetapi tiada siapa yang berhak memberikan definasi tepat kepada istilah hikmah itu (termasuk hamba). Adakah hikmah itu lembut? Sejauh mana keupayaan kalian dalam menguasai kefahaman suasana ketika itu untuk diambil tindakan hikmah tersebut? Mari lihat :
1. Pemuda PAS telah menyuarakan pendirian bahawa tidak mahu bersubahat sekiranya persembahan satu-satu kumpulan yang belum ditentukan budayanya itu, corak persembahannya itu, liriknya itu, motif aliran muziknya itu mengikut syarak atau tidak. Ketika peringkat mesyuarat lagi, Pemuda PAS telah memberitahu tidak akan hadir sekiranya persembahan berkenaan dimasukkan. Ini bukan soal meminggirkan golongan terbabit, tetapi masa yang suntuk untuk menyemak.

2. Pemuda PAS telah memegang kepada janji dan jaminan yang diberikan Hishamudin Rais sebagai AJK persembahan. Jadi, secara profesionalnya, sekiranya janji itu dimungkiri, pendirian pertama tadi perlu diambil lah. Kembali semula kepada permulaan jalan. Jelas?
Mengapa hanya berundur ketika lagu ketiga?

Hikmah (definasi peribadi). Tidak terburu-buru. Masih merendahkan diri untuk berunding. Masih merendahkan diri menuntut penjelasan. Masih bersedia mengingatkan janji itu.
Apabila tidak diendahkan, ego terhadap golongan yang berlemah-lembut, maka, kembali semula kepada permulaan jalan tadi. Yakni, pendirian untuk tidak hadir. Ini bukan soal jihad. Ini bukan soal melarikan diri dari peperangan.Ini soal prinsip dan maruah sebuah perjanjian. Kedaulatan jemaah yang tidak boleh diperlekehkan, ditipu.

Hikmah erti peribadi.
1. Tanpa amarah, tanpa sabotaj, tanpa seruan terbuka kepada yang lain (bukan Pemuda PAS), Pemuda PAS telah meninggalkan program itu bagi tajuk kembali kepada perjanjian di jalan mula tadi.

2. Bayangkan imej yang menimpa Pemuda PAS (malah PAS sendiri secara keseluruhan) sekiranya kejadian ketika waktu syaitan kuat itu (selepas Asar membawa ke Magrib) berlaku, di mana Pemuda PAS dan Unit Amal masih di situ.Utusan sendiri melaporkan Pemuda PAS-Unit Amal telah meninggalkan majlis sebelum itu. Jika tidak, imej cemerlang Unit Amal sedikit hitam. Pemuda PAS pula akan diperli dengan teruk.

3. Semua kini melihat atau menyedari mengapa Pemuda PAS membantah konsert yang belum disemak tarafnya itu. Dan apakah padahnya sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, dan perlunya mengikut acuan agama bagi menjamin kelelamatan secara keseluruhan.Jika mendengar nasihat ulama, provokator / SB akan makan hati kerana tiada peluang beraksi (dalam kes ini). Dah memang tugas mereka di bawah pemerintahan BN, yang kita dedahkan peluang kepada mereka siapa suruh? Alasan primitif.

4. Semua melihat bahana ketiadaan Unit Amal / Pemuda PAS. Jentera PAS memang paling power berbanding kesemua parti politik termasuk UMNO-BN sendiri, walaupun dibantu agensi kerajaan. (malangnya Presiden menumpulkan keadaan. Liabiliti sungguh.)Unit Amal kawal 100 000 di tempat terbuka (BERSIH), unit lain, 10 000 di stadium pun tidak terkawal.

5. Kini, dengan sikap berani, bijak dan pantas, Pemuda PAS telah meletakkan PAS di satu ruang menjadi tonggak. Tidak perlu keluarkan kenyataan rasmi kepada media perdana untuk menjadi tonggak. Sendiri faham sudah. Asalkan ada sifat penakluk, seorang boleh mendominasi sekelompok.Semua pihak Barisan Rakyat telah menerima padah. Telah mendapat satu pengajaran berguna akibat memperlekehkan PAS. Semua menyaksikan dan membandingkan pengurusan PAS dan pengurusan bercampur (bukan PAS).

Selepas ini, Pemuda PAS mempunyai satu pengaruh yang lebih dalam menetapkan keputusan. Hanya perlu sentiasa hantar wakil dalam setiap mesyuarat program bersama.
Inilah keuntungan sebuah keberanian dan kepantasan membuat keputusan. Tidak perlu tunduk atau segan dalam mempertahankan prinsip, tidak perlu ugut ala bengap seperti Pemuda PAS Pulau Pinang akan kestabilan Barisan Rakyat. Hanya perlu bergerak mengikut perlembagaan, pakatan Barisan Rakyat itu tetap kekal di tajuk yang eksklusif.
Kita akan berjumpa lagi dalam satu perbincangan sekiranya PAS memiliki Presiden yang bijak mendominasi tanpa meleraikan BR.
Wallahualam.

JAKUN PERALAT KHUTBAH JUMAAT HINA DSAI

Khutbah Jumaat semalam khabarnya telah membincangkan isu fitnah dan liwat yang sedang hangat melanda negara kita sekarang.Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertarikh 11 Julai itu bertajuk "Budaya memfitnah mengundang bala bencana" telah mengundang berbagai reaksi dari umat Islam.Beberapa SMS dan panggilan diterima melahirkan kebimbangan dan rata-rata tidak senang isi khutbah pada hari ini seolah-olah memihak kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi dakwaan isu liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Antara yang melahirkan kebimbangan ini adalah seorang ahli akademik yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi memantau perkembangan terbaru ini.

"Saya sangsi tujuan JAKIM mengeluarkan isi khutbah yang berbunyi begitu. Sedangkan sebelum ini, kita ada dengar 'orang Anwar' ada dalam JAKIM. Katanya lagi, dakwaan liwat itu baru saja di failkan di Mahkamah Syariah di bawah undang-undang 'qazaf' kelmarin," katanya.
Kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim difailkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut undang-undang peruntukan 'qazaf' dibawah Seksyen 41 ‘Qazaf’ Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 oleh peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzzaman.
'Qazaf' ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful mungkin menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh."Belum tahu lagi biji butirnya, kesahihan kedua-dua pihak tetapi di dalam khutbah Jumaat sudah menceritakan hukum 'qazaf'. Kenapa tidak dibincangkan isu bermubahalah yang pernah dibuat Nabi SAW dulu. Adakah kerana JAKIM tidak setuju maka isu itu tidak diberi tumpuan?," katanya lagi.Antara petikan khutbah yang dilihat 'pro Anwar' itu dakwanya lagi, apabila isinya menjurus menyentuh hukum qazaf dan hukuman tegas untuk orang yang terlibat dalam aktiviti memfitnah dalam Islam.

Petikan khutbah Jummat hari ini antara lain menyebut, "Dalam fitnah kes liwat atau zina misalnya, Islam memperuntukkan hukum qazaf iaitu dikenakan 80 kali sebatan dikhalayak ramai. Hukum qazaf dikenakan jika penuduh-penuduh perbuatan keji itu gagal mengemukakan empat orang saksi yang adil iaitu tidak fasik. Pada prinsipnya hukuman di dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan, mendidik manusia dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya." Sebelum ini Ketua Pengarah JAKIM Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan "membenarkan bermubahalah dan tidak diperbesarkan dakwaan isu liwat Anwar ini kerana dikhuatiri bakal membuka ruang kepada pihak lain untuk campur tangan, sekali gus akan menimbulkan kesulitan kepada negara dan masyarakat.”

Khutbah Jumaat pada hari ini ditutup dengan peringatan agar tidak memfitnah, tambahan "jika mangsa fitnah itu adalah orang yang beriman dan bukan kaki maksiat dan jangan begitu mudah memfitnah orang lain sekiranya kita tidak mahu dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat kelak."