Followers

Khamis, 17 Julai 2008

Tukar Segera Kerajaan Untuk Selamatkan Negara

tok janggut
Hujah Shabery sampah! Itu jawapan penulis kepada seorang kawan yang bertanya debat antara DSAI dan Menteri Penerangan malam Rabu lalu. Kalau itulah hujah yang dibuat oleh menteri itu terhadap DSAI, rasanya tak payah beliau yang jadi lawan DSAI, biar penulis pun tak apa. Sikit-sikit dia menyalahkan DSAI semasa jadi TPM dan Menteri kewangan dulu. Alasanya DSAI dulu jadi alat IMF, naikan bunga pinjaman dan berbagai lagi yang kononya telah membebankan rakyat ketika itu. Soalan saya, apakah pada masa itu DSAI mempunyai kuasa VETO yang PM dan semua menteri-menteri kabinet hanya mengangguk dan bersetuju sahaja apa yang dicadangkan oleh beliau ketika itu? Apakah tidak ada bantahan atau cadangan lain dari PM atau dari menteri-menteri ketika itu sekiranya apa yang beliau buat itu merugikan Negara dan rakyat?
Shabery mempertikaikan cadangan DSAI jika wang sebanyak RM5 billion digunakan untuk menurunkan harga minyak, Negara akan jatuh miskin, tapi dia lupa bagaimana wang petronas telah digunakan oleh mantan PM untuk bail out atau membayar hutang syarikat perkapalan milik Mirzan Mahathir yang berjumlah RM2 billion ketika itu? Apabila DSAI ketika itu enggan membayar, maka beliau di fitnah dan dipecat dan diambil semula Tun Daim dan akhirnya wang petronas digunakan untuk menyelamatakan anak mantan PM itu. Itu belum dibongkar wang petronas yang digunakan untuk membayar hutang-hutang syarikat-syarikat besar yang pemimpin UMNO mempunyai kepentingan dalamnya, apa yang rakyat dapat?
Tiada hujah menteri penerangan itu melainkan mencari salah DSAI semasa dalam kabinet dulu. Kalau nak dicari salah, semua menteri-menteri punya banyak salah dan salah guna kuasa sehinggakan Negara rugi dan rakyat merana. Ini hujah untuk kerajaan bagi tahun 2008 dan seterusnya. Apa dia lupa mengapa DSAI dipecat dan diaibkan dengan fitnah liwat dulu, itu tak lain hanya untuk menyekat kemaraan DSAI naik menjadi PM. Mahathir dan kumpulan menterinya yang banyak terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa tahu jika DSAI naik, mereka akan susah,s emua akan dibongkar untuk pengetahuan rakyat. Jadi rekacipta liwat untuk haling DSAI dari naik menjadi PM dan ini juga yang dilkukan oleh goloangan “fasik” sekarang ini ialah untuk menghalang DSAI dari menerajui kerajaan, maka direkacipta lagi tuduha liwat. Orang yang bunuh orang, yang letupkan orang, yang sapu duit rakyat dan ebrbagai kemungkaran lagi dibiarkan rehat dan bebas kesana kemari.
Tujuan debat ialah mengenai kenaikan harga minyak, tetapi Shabery Nampak merapu kepada topic yang tidak ada kena mengena dengan tajuk debat, kerana mungkin panic berdepan dengan DSAI, maka diungkit kembali cerita-cerita lama yang mana jika nak diungkit juga kena ungkit juga apa yang dibuat oleh PM dan menteri-menteri lain ketika itu. Bagi golongan FASIK, membuat tuduhan dan fitnah apatah lagi yang berkaitan dengan zina atau liwat adalah memang kerja mereka. Menggunakan polis untuk melindungi kerja-kerja kotor dan haram mereka adalah sudah menjadi kebiasaan.
Haram menyokong pemimpin atau kerajaan yang sebegini, jika tidak tunggulah bala dari Allah. Dulu semasa UMNO berpecah menjadi satu kumpulan lain iatu Semangat 46, maka ada usaha-usaha untuk membawa PAS duduk semeja dengan UMNO kononya demi masa depan Melayu. Usaha ini dilakukan semata-mata kerana melihat UMNO ketika itu goyah dan lemah. Kini timbul semula isu ini yang ketika UMNO tunggu masa untuk di talqinkan. Apakah PAS akan menyambut cadangan ini lagi? Tujuanya untuk bincang masa depan Melayu dan Islam konon. PAS kena ingat, jangan sekali-kali ada rasa simpati dengan UMNO ini. Jangan termakan kata-kata manis golongan fasik lagi munafik ini. Mereka hanya perlukan bantuan dan simpati ketika sedang nazak saja, bila mereka kuat, mereka akan tending sapa saja yang ada bersama mereka. Mereka takut nak sepak MCA.
Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen kerana nyawa UMNO bergantung dengan parti-parti ini, jika tidak UMNO sudah lama tinggal nama saja. Perjuangan PAS adalah Islam sebagai penyambung perjuangan Nabi, buka perjuangan bangsa. Nabi diutuskan oleh Allah untuk memperjuangkan Islam dan penganutnya bukan berjuang untuk bangsa Arab. UMNO berjuang hanya untuk perut dan kocek, bukan kerana Melayu. PAS mesti istiqomah dengan perjuangan ini. Berjuang untuk menjaga iman dan menjadi hamba yang taqwa. Iman dan taqwa hanya boleh dicapi melalui Islam. Tiada iman dan taqwa denagn melalui jalan lain melainkan asasnya ialah Islam. Dan Islam itu tidak semestinya dari bangsa Melayu, tapi juga dari kaum Cina, India, Jepun, Kemboja atau mana juga bangsa yang menganut Islam.
Identiti bangsa tidak boleh dipisahkan dari diri seseorang tetapi islam boleh dipisahkan jika mereka murtad atau keluar Islam dan menganut agama lain. Oleh itu perjuangan PAS yang berpaksikan islam untuk memantapkan iman dan menjadi hamba yang taqwa. Perjuangan untuk Islam wajib akan menghadapi cabaran dan halangan, tidak kiralah dari golongan kafir harbi, kafir zimmi atau kafir hadhari. Oleh itu PAS tidak perlu melayan UMNO untuk duduk semeja kononya untuk membincangkan masa depan orang melayu dan agama islam.
Bukankah UMNO yang selama ini mengkhianati amanah orang melayu? Bukankah selama ini UMNO yang menghina hokum dan syariakt Allah, mempersendakn sunnah Nabi dan memaki hamun golongan ulama? Jadi nak bincang apa dengan UMNO? Jangan buang masa dan masuk perangkap UMNO yang tunggu masa untuk hancur ini. Bukankah Allah telah janjikan bahawa golongan zalim, sesat, fasik dan ingkar akan Allah hancurkan? Nah! Masanya hampir tiba untuk Allah hancur kan UMNO ini dan PAS lebih baik tumpukan perjuangan Islam demi memperkuatkan iman dan aqidah umat islam yang telah dihancurkan dan disesatkan oleh UMNO selama ini. Selamatkan Negara dan rakyat dari terus ditipu oleh UMNO. Segera ambilalih kerajaan sebelum terlambat. Wallahualam.

Tiada ulasan: