Laluan SMART ditutup
KUALA LUMPUR 30 Mei - Laluan air Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) mula ditutup pada pukul 4.15 petang hari ini berikutan hujan lebat yang melanda ibu negara.Pengurus Perhubungan Awam Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd., Wan Azhar Wan Yeop berkata proses penutupan terowong tersebut dilakukan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).''Terowong SMART ditutup bagi membolehkan air limpahan dari kolam tadahan Kampung Berembang disalurkan ke kolam tadahan Taman Desa,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, selepas menerima arahan daripada JPS, pihak pengurusan operasi SMART telah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh supaya semua sistem berada dalam keadaan bersedia sebelum air dapat disalurkan ke dalam terowong tersebut.Katanya, proses penutupan SMART bermula dengan pagar berkembar ditutup diikuti pintu kedap udara sebelum proses penutupan pintu jalan bagi menghalang kenderaan masuk ke dalam terowong tersebut.Pada waktu yang sama, jelasnya, semua kenderaan dalam terowong itu juga diarahkan keluar mengikut tempoh ditetapkan.Azhar menambah, buat masa kini pihaknya tidak dapat memberikan jangka masa yang sebenar sebelum terowong SMART dapat dibuka bagi tujuan lalu lintas.''Ini kerana selepas keadaan pulih, pihak kami akan membuat proses penyelenggaraan dan pembersihan sebelum terowong tersebut dibuka kembali kepada orang ramai,'' ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan