Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.
betah pendekarserkam:
nie macam cakap tak serupa bikinla.belit sana beit sini. nielah padah kaau tak abih ngaji
betah pendekarserkam:
nie macam cakap tak serupa bikinla.belit sana beit sini. nielah padah kaau tak abih ngaji
Tiada ulasan:
Catat Ulasan