Followers

Sabtu, 17 Mei 2008

KELUAR GERAKAN MASUKLAH PAKATAN

PULAU PINANG 16 Mei - Bekas Naib Presiden dan Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan, Datuk Rhina Bar, 59, mengumumkan keluar dari parti tersebut berikutan dakwaan berlakunya diskriminasi dalam Gerakan.Beliau yang memegang jawatan terakhirnya sebagai Ketua Wanita Gerakan Bahagian Bukit Bendera menyerahkan surat keluar parti tersebut kepada Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye di Kuala Lumpur, Isnin lalu.Rhina ketika dihubungi berkata, walaupun berasa sedih kerana telah berkhidmat dengan Gerakan selama lebih 30 tahun, namun beliau tetap berpegang teguh dengan keputusannya itu.''Saya mendapati pucuk pimpinan parti tidak menghormati dan mengamalkan dasar pilih kasih terhadap kaum lain.''Malah saya terguris dengan kenyataan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon bahawa tiada pemimpin India yang layak untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu," katanya.Menurut beliau, sebagai satu parti yang memegang kepada dasar Satu Hati, Satu Negara dan Satu Wawasan, kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana terdapat ramai profesional di kalangan kaum India dalam Gerakan yang boleh menjadi wakil rakyat.Sementara itu Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Chia Kwang Chye memberitahu Gerakan menerima peletakan jawatan Ketua Wanita parti itu Bahagian Bukit Bendera, Datuk Rhina Bar tetapi menolak dakwaannya bahawa komponen Barisan Nasional itu tidak menghargai ahlinya dari kalangan kaum India. Beliau menegaskan, pihaknya juga menafikan dakwaan Rhina bahawa bekas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik dan Pemangku Presiden, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kerap mengeluarkan komen berbau perkauman.Rhina dipercayai mengambil langkah drastik itu selepas tidak dilantik sebagai Senator dan tidak dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru in, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Kwang Chye berkata, Rhina juga pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Pusat parti itu sehingga dicadangkan untuk menerima gelaran Datuk atas perkhidmatannya itu.

Tiada ulasan: