Followers

Sabtu, 17 Mei 2008

Siapa Penakut dan siapa berani ??


SEREMBAN 16 Mei - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menyarankan agar kerajaan mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat untuk sama ada diteruskan atau tidak dalam jangka masa panjang.Beliau berkata, ini kerana tidak semua penonton dapat mengikutinya secara berterusan memandangkan siarannya berlangsung pada waktu bekerja."Saya mendapat maklumat balas, siaran secara langsung persidangan Parlimen mulai menurun memandangkan tidak semua orang ramai yang menyaksikan perbahasan di kaca televisyen setiap hari kerana waktu persidangan berlangsung pada waktu bekerja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau menyifatkan mutu perbahasan mengenai isu-isu yang dibentangkan sepanjang dua minggu lepas sebagai positif walaupun ada kalanya berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pakatan pembangkang."Saya berpendapat isu-isu yang yang diketengahkan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang mencapai penanda aras positif. Walaupun ada pelbagai kekecohan yang berlaku sepanjang persidangan, namun itu adalah perkara biasa kerana sebelum ini pun berlaku perkara berkenaan," katanya.

Tiada ulasan: