PADANG SERAI, 8 Mei (Hrkh) - Pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-12 telah berjaya memecahkan khurafat yang mengatakan bahawa hanya Umno sahaja yang boleh memerintah negara ini. "Selama ini, rakyat dimomokkan dengan khurafat hanya Umno sahaja yang mampu memerintah dan memberikan pembangunan kapada rakyat, tapi selepas pilihan raya umum lalu terbukti dakwaan tersebut meleset," kata Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Padang Serai kali ke-50 di Dewan Tuan Haji Ismail, Kilang Lama, di sini baru-baru ini. Phahrolrazi juga menyeru semua aktivis parti supaya dapat meneruskan kerja-kerja jemaah agar lebih mantap dengan kempen ahli baru, pentarbiyahan ahli, meneruskan program kuliah dan motivasi secara konsisten. Beliau juga menyarankan agar medan dakwah diperluaskan khususnya melibatkan para penceramah agama, ustaz ustazah dan para ulama di setiap institusi agar tidak lagi takut untuk mengatakan kebenaran untuk sama-sama membantu kerajaan 'membasmi kejahilan umat'. Katanya, apa yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat secara terus ialah, umat selama ini dimomokkan dengan fahaman yang menyimpang daripada landasan sebenar menurut perspektif Islam . Justru katanya, semua pihak perlu berperanan membantu merealisasikan matlamat dan tujuan kerajaan terutamanya dalam tempoh percubaan empat tahun dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan