Followers

Khamis, 20 Mac 2008

PAS Melaka : Cabaran Pasca PRU 12, siapa yang perlu berubah ?

Oleh su_dut
"PRU 12 mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan, PAS mengekalkan kerajaan Kelantan, berkongsi kuasa dengan PKR di Kedah, dan bersama-sama DAP dan PKR memimpin Kerajaan Perak dan Selangor. Malah PAS mencatatkan kejayaan memperolehi 2 kerusi di DUN Johor dan satu di Negeri Sembilan. Kejayaan PRU 12 adalah kejayaan terbesar PAS dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Walaupun seluruh petugas dan pendokong PAS di seluruh negara bergembira dan terubat rasa kepenatan mengharungi PRU 12 yang memakan masa selama 13 hari, apabila kita berjaya mencatatkan kemenangan manis seperti ini, namun saya selaku salah seorang petugas PAS di Melaka masih merasa sedih dan banyak menghitung apakah salah dan silap atau kekurangan yang berlaku terhadap segala perancangan, perjalanan gerakerja PRU PAS di Melaka. PAS sekali lagi gagal memenangi sebarang kerusi di Melaka. Walaupun majoriti kemenangan BN agak menurun kali ini, tetapi itu bukanlah target yang diharapkan oleh PAS Melaka. PAS Melaka seawal perancangan pilihanraya telah meletakkan target untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di DUN Melaka dalam PRU 12. Maknanya dalam pru 12 PAS Melaka gagal mencapai target yang diharapkan. Beberapa blog yang dikendalikan oleh orang-orang PAS Melaka, menyalahkan orang Melayu yang tidak mahu berubah dan masih pekat BN, yang menjadi punca PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi. Soalnya apakah punca kekalahan ini telah dianalisis sebaiknya. Apakah benar orang Melayu Melaka tidak mahu berubah atau PAS Melaka yang terlalu sukar untuk berubah ? Pasca PRU 12 sebenarnya mengandung mesej yang amat penting untuk PAS Melaka mengorak langkah lebih agresif, berstruktur dan realistik bagi menghadapi masa depan yang lebih baik dan memberangsangkan. Kepimpinan PAS Melaka mestilah bersedia untuk membedah siasat setelus mungkin sebarang permasalahan yang boleh membantutkan perancangan. Permudahkan perancangan agak lebih bersifat praktikal dan elakkan perancangan yang terlalu idealistik, sehingga ianya hanya cantik diatas kertas tetapi gagal dilaksanakan.
Note:
PAS sudah mempunyai wakil di negeri-negeri lain di Semenanjong kecuali Melaka.
komen pendekarserkam :
nak berubah memang kita selalu nakkan perubahan. tapi mampukah kita berubah jika tiada kesatuan dan perpaduan dalam segala gerak kerja yang ingin dilaksanakan?? beranikah ahli-ahli kita yang menyokong dan terlibat dalam Harakah ini untuk keluar masuk markaz dan buat gerak kerja perancangan untuk masa akan datang ?? kalau takat datang @ diminta hadir mesyuarat agung @mesyuarat ajk kecil pun payah .. susah bagi kita nak meramalkan yang kita mampu untuk menakluki SERI NEGERI di Ayer Keroh. Yang penting kerjasama yang kita harapkan daripada semua ahli PAS untuk berani berdepan dengan segala cabaran dan dugaan . Bak kata salah seorang sahabat saya yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kalau sekali kita dipindahkan ke tempat lain .. satu lagi markaz pas akan wujud ditempat kita itu . Jadi .. pegang kata-kataku ini:
Raja Adil Raja Ku sembah
Raja Zalim Raja Ku Sanggah
Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
alang alang berdakwat biar hitam
Membujur lalu melintang patah ..
Salam Perjuangan Dariku Untuk Semua
Wassalam ..

Tiada ulasan: