Followers

Khamis, 20 Mac 2008

DAP komen DEB je, tapi Gerakan cadang UMNO dibubar ?

Apabila DAP komen mengenai DEB, ianya menjadi tajuk utama akhbar , sehinggakan ada golongan yang mengamalkan “Ini Bukan Budaya Kita” iaitu mengadakan demonstrasi. Sekarang Gerakan pula mencadang supaya BN menjadi parti tunggal mewakili semua kaum (sepertimana PKR). Ini secara tidak langsung membubarkan UMNO, MIC dan MCA serta lain-lain parti yang berasaskan perkauman, atau pun mengubah perlembagaan parti supaya semua parti berasaskan perkauman dibuka untuk semua kaum.Mana lebih besar impaknya pada orang Melayu, bubar DEB atau bubar UMNO ?BN satu parti tunggal?Utusan Malaysia 17 Mac 2008. IPOH 16 Mac - Parti Gerakan Perak hari ini mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN.Sehubungan itu katanya, UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain perlu membuat keputusan untuk meminda perlembagaan parti bagi membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan tidak mengehadkan kepada satu parti sahaja.''Keputusan pilihan raya minggu lalu menunjukkan pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan kerana ramai pengundi Cina dan India memilih Pas atau pengundi Melayu mengundi DAP.''Ini adalah tanda menunjukkan politik perkauman sudah berkurangan dan inilah waktunya BN mengkaji komposisi dan ideologi parti masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan, Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Pemuda Gerakan Kebangsaan, Datuk Mah Siew Keong.Ko Youn berkata, keputusan itu dibuat oleh Gerakan Perak selepas mengambil kira pandangan daripada 24 Ketua Bahagian Gerakan seluruh negeri ini dalam satu mesyuarat khas semalam yang membincangkan punca kekalahan BN dan Gerakan di Perak.''Suasana politik dan sosial semasa menunjukkan BN boleh menjadi parti tunggal dan ia amat penting untuk melawan parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).''Kalau kita masih kekal dengan politik 1960-an, kita tidak boleh terus hidup," katanya.Menurut Ko Youn, pemilih sekarang tidak lagi memilih calon kerana wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan cemerlang pun turut kalah pada pilihan raya lepas.''Masa sudah berubah. Semua kaum mesti bersatu demi landskap politik yang baru di negara ini," katanya.Beliau mencadangkan BN melakukan perubahan itu sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.Pada pilihan raya lepas, Gerakan kalah semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi parti itu di Perak.

Tiada ulasan: