Followers

Khamis, 20 Mac 2008

UMNO MAKIN PARAH, BARISAN RAKYAT MAKIN PADU

Azizah dilantik Ketua PembangkangDi saat parti-parti komponen BN semakin goyah dan di landa krisis terutama Umno dan MIC, ketiga-tiga komponen parti dalam Barisan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP sepakat melantik wakil Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat bagi penggal ini susulan kejayaan PKR mendapat jumlah kerusi paling banyak.PKR menguasai 31 kerusi parlimen, DAP dan PAS masing memperoleh 28 dan 23 kerusi.Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, disokong oleh tokoh utama DAP Lim Kit Siang, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam kenyataan ringkas, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini berkata Dr Wan Azizah kekal dengan jawatan itu sehingga Anwar mengambil alihnya selepas layak bertanding dan menang.Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan oleh PKR tengah hari ini.Semalam Lim, ketua pembangkang pada sesi lalu, menyatakan sokongannya pada pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang.Sejak 1969, Lim mengepalai parti pembangkang sehingga tewas pada 1999. Beliau berkhidmat selama 34 tahun.Presiden PAS waktu itu Datuk Fadzil Noor menggantikannya susulan kemenangan besar partinya ekoran kes pemecatan Anwar.Tugas itu kemudian dipikul oleh Abdul Hadi sehingga 2004.Kenyataan bersama Ketiga-tiga pemimpin Barisan RakyatDalam satu keputusan bersejarah malam tadi, para pemimpin KeADILan, PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah 'kerajaan menunggu' di peringkat Pusat dan negeri-negeri.Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.
Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:
Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.
Ybgh Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tiada ulasan: