Followers

Isnin, 31 Mac 2008

BAPAK BOREK .. ANAK RINTIK ..LIKE FATHER .. LIKE SON ..

Apabila Idris Jusoh dan konco-konconya berlagak Samseng dengan membelakangkan rasa hormat pada Sultan dan istana, maka ramai sekali golongan rakyat cuba membongkar kisah hidupnya.Dan memang Idris ini adalah darpada keturunan samseng yang tidak sedar diri (lihat saja air mukanya), sebiji macam ketua Kongsi Gelap (macamana boleh jadi MB?). Apa yang paling mengemparkan adalah AYAHnya JUSOH itu sendiri merupakan salah seorang PESALAH (PCO), iaitu Orang yang dikenakan tahanan Buang Daerah oleh pihak polis. Jusoh dibuang daerah ke Hulu Terengganu, lokasi di Pekan Kuala Berang pada tahun 1960-an dahulu di atas sabit kesalahan jenayah.Beliau pada masa itu dikesan tinggal di rumah Pok Su, yang terletak di Kampung Rahmat Kuala Berang. Sumber ini boleh diperolehi dengan tepat melalui orang tua atau penduduk asal Kuala Berang yang masih hidup sezaman dengan Ayah Si Deris itu.Maklumat ini juga diterima melalui seorang vateran yang sudah 'retired' drp kakitangan awam dan amat mual dengan sikap Idris Jusoh.Oleh itu, apabila kita tahu asal usul Idris ini, maka tidak hairanlah beliau menderhaka kepada Sultan. Dan kalau beliau juga berdegil serta mahu tunjuk keras kepala lagi, tak mustahil Sultan Terengganu akan mengambil langkah yang sama dengan ayahnya, iaitu dibuang NEGERI.Malang sungguh nasib rakyat Terengganu mendapat Idris Jusoh, tapi nasib baiklah hanya sepenggal sahaja. Cukuplah Deris...bagilah kat org lain pulok nak bolot kekayaan.Bye..bye deris!

SESI BALAS DENDAM BERMULA .. JAGA KAU...

Banyak pihak menjangkakan Menteri Besar Terengganu yang baru, Dato' Ahmad Said tidak akan melantik Dato' Rosol Wahid sebagai salah seorang Exco dalam kabinet negeri pimpinannya. Meski pun sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Rosol dianggap orang kanan dalam parti dan perlu diutamakan dalam pemilihan anggota Exco, perkiraan lain mungkin diambil Ahmad dalam pelantikan itu nanti.Dari sudut pengalaman pula, Rosol telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil selama tiga penggal bermula 1999. Beliau juga bekas Exco kerajaan negeri penggal lalu dan pernah memegang beberapa portfolio penting. Bagaimana pun, Rosol juga adalah ketua kepada kumpulan 23 Adun BN Terengganu yang menentang keras pelantikan Ahmad ke jawatan Menteri Besar minggu lalu. Dalam banyak hal, Rosol turut menjadi jurucakap kepada kumpulan Adun-Adun tersebut. Antara penegasan yang pernah disebut Rosol ialah untuk mengambil tindakan disiplin atau memecat Ahmad daripada keahlian Umno, sekiranya beliau terus berdegil mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Sebab itu rakyat Terengganu tidak akan terkejut atau terasa hati jika Ahmad memilih untuk tidak melantik Rosol dalam kabinetnya. Itu bukan semata-mata soal dendam, tetapi lebih berkait dengan soal maruah diri, sama ada Ahmad atau Rosol sendiri. Mungkin Ahmad sendiri begitu mudah dapat melupakan pengkhianatan dan kebiadapan Rosol terhadapnya yang memuncak minggu lalu. Beliau sendiri telah membuat pengakuan terbuka bahawa telah memaafkan rakan-rakannya itu. Namun, Ahmad wajar mengambikira perasaan dan pendirian para penyokongnya di luar sana. Tidak semua mereka sebegitu mudah dapat memaafkan 22 Adun tersebut, terutama Rosol. Apatah lagi, kemelut pelantikan beliau yang bermula dua minggu lalu bukan sahaja menyaksikan penentangan terbuka oleh rakan-rakannya itu, bahkan turut membabitkan usaha mencemarkan imej dan wibawa beliau sebagai seorang pemimpin. Dikatakan laporan tentang salah guna kuasa dan penyelewengan telah dibuat pihak tertentu terhadap Ahmad. Mengambilkira masa laporan itu didedahkan, ada kemungkinan besar ia turut didalangi usaha kumpulan 22 Adun tadi menafikan beliau daripada jawatan Menteri Besar itu. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengesahkan menerima laporan tersebut. Walau pun tidak menamakan siapakah ahli politik dan bekas anggota Exco Terengganu yang dimaksudkan dalam laporan itu, umum sudah dapat mengagak bahawa orang itu ialah Ahmad. Difahamkan antara projek yang dikaitkan dengan ahli politik itu ialah projek menambun tanah jalan masuk ke Bandar Baru Kijal (Pejabat Daerah Kemaman) Fasa 1 bernilai RM2 juta; projek menambun tanah jalan masuk ke Bandar Baru Kijal (Pejabat Daerah Kemaman) Fasa 2 bernilai RM1.6 juta dan projek menambun tanah tapak kedai Bandar Baru Kijal di bawah Majlis Perbandaran Kemaman. Pemimpin sama juga dikatakan masih disiasat kerana disyaki terbabit rasuah dalam kelulusan tiga projek lain sebelum ini iaitu projek pembinaan Dewan Besar Seri Amar, Cukai bernilai RM13.7 juta yang kemudian nilai meningkat kepada RM19 juta; pembinaan mercu tanda bandar Cukai RM2 juta (meningkat kepada RM3.8 juta) dan pemberian lesen arak dan judi. Apakah setelah Ahmad disahkan sebagai Menteri Besar, laporan itu akan ditarik balik dan siasatan itu akan dihentikan? Jika pun itu yang akan berlaku, kerosakan imejnya telah pun dilakukan. Orang paling wajar dipertanggungjawabkan atas kerosakan itu ialah Rosol sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri. Selain itu, besar kemungkinan selepas ini Ahmad juga akan dinaikkan pangkat dalam hierarki partinya. Menurut amalan biasa dalam Umno, seseorang Menteri Besar akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Sebagai pengerusi, Ahmad ada hak dan kuasa melantik barisan kepimpinan negeri yang sealiran dan sefahaman dengannya. Tindakan pertama dan utama bagi Ahmad ialah mencari seorang setiausaha yang benar-benar berwibawa dan dapat membantu beliau memulihkan keadaan pergolakan dalaman Umno Terengganu. Mengambilkira apa yang telah dilalui Ahmad sebelum ini, Rosol adalah orang yang paling tidak sesuai dan tidak secocok untuk terus memegang jawatan tersebut. Maka kini giliran Ahmad pula memecat Rosol daripada jawatan itu, setelah Rosol beriya-iya benar memecat Ahmad daripada parti minggu lalu. Besar kemungkinan selepas ini Rosol akan kembali menjadi wakil rakyat biasa, tidak lagi seorang Exco. Ia juga akan menjadi ahli biasa Umno, bukan lagi setiausaha negeri.

Permainan Sudah Berakhir ??

Mat Zain Mat Isa
Ada benarnya kata orang bahawa cakap-cakap para pemimpin Barisan Nasional, terutamanya pemimpin Umno amat sedikit yang boleh dipakai. Sikap dan pendirian mereka yang berubah-ubah dalam sekelip mata, dolak-dalih mereka beserta kenyataan mereka yang mengeliru dan membohongi rakyat sudah acapkali terdedah ke pengetahuan umum. Paling tidak dapat dilupakan ialah bagaimana seorang Perdana Menteri boleh bercakap memberi jaminan bahawa tidak akan ada pembubaran Parlimen dalam masa terdekat. Cakapnya itu disiarkan semua media, termasuk media cetak keesokan harinya. Belum pun sempat semua rakyat Malaysia habis membaca penafian Perdana Menteri itu di dada akhbar, berita terkini media elektronik di hari sama mengisytiharkan Parlimen Malaysia telah dibubarkan. Tidakkah itu satu pembohongan besar? Jangan lupa Perdana Menteri sama juga mengisytiharkan dalam ucapan belanjawan di Parlimen bahawa yuran persekolahan dihapuskan. Bagaikan nak pecah meja Dewan Rakyat ditepuk para Ahli Parlimen BN yang menyambut pengumuman itu. Namun, apa sebenarnya yang berlaku amat memalu dan membangkitkan kemarahan segenap lapisan masyarakat. Pengumuman itu bukan sahaja membohongi Dewan Rakyat, malah mempermainkan perasaan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Mudah cakapnya, kata orang Kelantan, cakap-cakap pemimpin Umno ini ?tidak boleh dipegang buku? langsung. Kenyataan-kenyataan pedas dan tegas beberapa pemimpin Umno Terengganu dalam kemelut pelantikan Menteri Besar negeri itu minggu lalu juga tidak kurang mempamerkan hakikat sama.
Meski pun orang utama dalam pergeseran itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said dan Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, kedua-dua mereka memilih untuk tidak banyak bercakap. Media sebaliknya lebih banyak memaparkan kenyataan lantang 22 Adun BN lain yang kononnya menentang keras pelantikan Ahmad sebagaimana diisytiharkan pihak istana Terengganu. Jurucakap kepada kumpulan Adun-Adun BN ini ialah Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Beliau yang juga Adun Ajil dalam beberapa kenyataannya yang membantah pelantikan Ahmad minggu lalu membayangkan tidak akan ada kompromi dalam apa yang telah mereka putuskan. Kesemua 22 Adun itu akan tetap berdiri teguh di belakang Idris dan tidak akan sekali-kali menerima mana-mana calon lain selain Idris sebagai Menteri Besar. Mereka juga, kata Rosol, akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar. Mereka akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad. Bahkan, ada di kalangan mereka, kata Rosol, akan meletakkan jawatan sebagai Adun jika Ahmad dilantik juga ke jawatan itu. Kata Rosol, "mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan jika beliau tidak dipilih. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi pilihan raya sekali lagi." Banyak lagi kenyataan pedas dan berapi dihamburkan Rosol terhadap Ahmad, termasuk mengugut akan memecat Ahmad daripada keahlian Umno (macam dia pula jadi Pengerusi Lembaga Disiplin Umno?). Genap seminggu selepas itu, Rosol secara tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang betul-betul berlainan. Tidak ada lagi nada bengis dan garangnya. Cakapnya yang boros itu juga sudah tidak secelupar sebelum ini. Rosol sebaliknya mendakwa segala kenyataan dibuatnya minggu lalu adalah semata-mata kerana mematuhi arahan Presiden Umno. "Kita terima keputusan ini (Ahmad sebagai Menteri Besar) dan apa yang berlaku sebelum ini juga adalah di atas arahan Presiden parti," kata Rosol, sebagaimana disiarkan akhbar harian, semalam (Sabtu). Itulah gambaran sifat muka tebal para pemimpin Umno. Mereka tergamak menjilat bukan sahaja muntah mereka sendiri, malah sesuatu yang telah mereka anggap sebagai najis dan patut dibuang. Sekelip mata mereka cuba melupakan apa yang pernah mereka ikrar dan jamin. Media elektronik malam tadi (Sabtu) malah menyiarkan jurucakap 22 Adun BN Terengganu itu mengubah nada percakapannya. "Ia ibarat carik-carik bulu ayam, ia akan bertangkup semula," kata Rosol, cuba menggambarkan suasana pergeseran di kalangan Adun-Adun BN Terengganu kini. Pendirian diambil Rosol dan Adun-Adun BN lain untuk menebal muka terhadap apa yang baru mereka ikrarkan minggu lalu itu sesuatu yang wajar diberikan pujian. Bagaimana pun sikap mereka yang boleh berubah sekelip mata itu tidak hanya dihuraikan sebagai "carik-carik bulu ayam", sebaliknya lebih tepat jika diumpamakan mereka itu sebagai "hangat-hangat tahi ayam."
Ketika kemarahan memuncak, bukit pun hendak dicangkul. Bila sudah reda, pusu pun tidak berdaya diratakan. Mereka itu ibarat orang yang tidak ada prinsip atau pegangan diri. Hari ini berkata begini, esoknya serta-merta boleh bertukar sebaliknya. Dalam keadaan sebegini, rakyat mungkin tertanya-tanya mana satukah kenyataan, jaminan atau janji para pemimpin BN yang boleh dipegang atau dipercayai? Jangan-jangan semuanya bohong dan tipu belaka kot?

HANTAR JANGAN TAK HANTAR ...

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w. Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi. Dalam memorandum tersebut, jelas Salahudin beliau mendesak kerajaan Belanda menghentikan sebarang bentuk provokasi agar dapat mengekalkan suasana aman dan makmur di seluruh negara. Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menyerahkan memorandum tersebut agar menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak kerana tindakan menghina sesuatu agama itu tidak bertamadun serta tidak berbudaya. Sementara itu, dalam pertemuan singkat sewaktu penyerahan memorandum tersebut, Luc Schillings berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Geert Wilders di atas tindakannya menyiarkan filem tersebut. Beliau mengharapkan dalam tempoh terdekat, kerajaan Belanda akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang di Belanda bagi menyekat tindakan Geert Wilders, agar boleh meredakan kemarahan umat Islam. Katanya, kemarahan umat Islam akan reda sekiranya Geert Wilders menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakannya itu. Dalam pada itu jelas Salahudin, sebagai 'kerajaan yang sedang menunggu' katanya, PAS sedang berusaha untuk membina hubungan yang lebih baik serta mengukuhkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan yang turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut tidak menolak kemungkinan akan mengadakan demonstrasi aman sekiranya kerajaan Belanda tidak menyatakan permohonan maaf. Beliau juga berkata langkah memboikot barangan daripada Belanda merupakan salah satu langkah memberi tekanan kepada kerajaan Belanda, termasuk menyekat sebarang hubungan ekonomi antara Malaysia dan negara tersebut.

Ahad, 30 Mac 2008

Keputusan PRU-12 bukti rakyat tolak laporan berat sebelah media arus perdana

Oleh Salmiyah Harun
Keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat telah menolak kerajaan BN dan ia sekaligus membuktikan kegagalan media arus perdana memberi laporan yang seimbang kepada semua pihak yang bertanding. Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Eksekutif Centre For Independent Journalisme (CIJ) V Gayathry dalam sidang media di pejabatnya dekat Jalan Pahang semalam. Menurut beliau, keputusan pilihan raya itu adalah satu indikasi yang kuat menunjukan kegagalan media untuk memainkan peranan sebagai 'check and balance'. Kegagalan tersebut dibuktikan berdasarkan kajian yang dijalankan CIJ sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya lalu menunjukkan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan liputan pro-BN sehingga mencecah 93 peratus. Katanya, secara keseluruhan enam akhbar yang dipantaunya semuanya akhbar arus perdana yang telah memihak kepada BN. "Begitu juga kita lihat akhbar-akhbar Tamil turut menyebelahi BN tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai banyak berita dan ruang yang besar untuk pembangkang misalnya analisis tentang kekuatan pembangkang,"katanya. Tambahnya, akhbar berbahasa Inggeris seperti NST dan The Star adalah tertinggi menyiarkan banyak isu yang memberi kelebihan kepada BN. "Semua news yang disiarkan adalah pro kepada BN cuma ada satu sahaja berita Anuar Ibrahim tetapi di sekelilingnya ada berita yang mengutuk Anuar semula," katanya. Sementara itu, Gayathry turut mencadangkan kepada lima negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang menegaskan pendirian mereka untuk menggunakan saluran RTM negeri bagi memudahkan mereka berinteraksi dengan rakyatnya. Tegasnya, perubahan politik pada hari ini memberi peluang misalnya kerajaan negeri yang dimenangi pembangkang boleh membuat tuntutan termasuk perundangan untuk menggalakkan membuat akhbar mereka sendiri sama ada akhbar negeri. "Kita sedang mengkaji bagaimana Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPA) di diabaikan oleh pihak kerajaan negeri. Bolehkah kita dapatkan individu untuk memulakan akhbar tanpa dapat apa-apa lesen sebagai mana akhbar lain yang perlukan," katanya. Justeru, tidak cukup jika Lim Guang Eng dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diletak muka hadapan akhbar arus perdana, apa yang penting bagaimana media sekarang harus melaporkan apa sebenarnya yang berlaku, katanya

Khir Toyo jadi penulis blog ???

SHAH ALAM 29 Mac - Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 19 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini turut terlibat dalam bidang penulisan untuk laman blognya sendiri. Laman blog yang dilancarkan hari ini dibuat sebagai salah satu saluran kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohamad Khir ketika dihubungi di sini hari ini berkata, laman blog yang beralamat di http://www.drkhir.blogspot.com/ itu diwujudkan supaya setiap masalah rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.‘‘Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang saya tumpukan terhadap tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.‘‘Oleh itu, saya gunakan masa yang ada selain memberi tumpuan kepada rakyat di Sungai Panjang, saya turut menyuarakan pandangan dan pendapat melalui laman blog supaya ia dapat dikongsi oleh semua rakyat termasuk kerajaan negeri sendiri,’’ katanya.Malah, katanya lagi, beliau turut mengalu-alukan sebarang komen daripada semua pihak khususnya jika ia membabitkan masalah rakyat. Tambah Mohamad Khir, beliau juga akan memastikan PKR melaksanakan setiap janji mereka dan tidak akan membiarkan rakyat ditipu.Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan negeri pimpinan PKR mengenakan levi ke atas majikan yang menggaji pekerja asing sebagai terburu-buru dan hanya untuk meraih populariti. Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan Pusat termasuk Kementerian Kewangan untuk mengenakan levi sebanyak RM100 setahun bagi setiap pekerja asing bagi disalurkan ke Dana Khas Belia Selangor. Ini kerana, katanya, dasar pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat termasuklah peruntukan undang-undang, manakala tindakan mengenakan levi kepada majikan sudah pasti akan memberi implikasi kewangan kepada pekerja asing serta majikan itu sendiri.Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan negeri perlu mengkaji keperluan dari segi perundangan selain mengambil kira pandangan setiap majikan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.

SURAT PERMOHONAN UNTUK DISENARAIKAN KE 240 BLOG YANG DIPANTAU

Hasbullah Pit
77300 Merlimau
Melaka
Datuk Seri Ali Rustam
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4, Blok 'A' Seri Negeri,
75450 Ayer Keroh,
Tel: 06-2314343, 06-2328707
Faks: 06-2328400
PER: PERMOHONAN UNTUK DIMASUKKAN KEDALAM SENARAI BLOG YANG DIPANTAU DAN PENYENARAIAN 240 BLOG.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk memasukkan blog pihak kami kedalam senarai blog yang dipantau oleh unit Siber pihak tuan.
Nama Blog: Hasbullah Pit
Nama Blog lama: Blog Tar Berdaftar Yang Perlu Dipantau
Pihak kami juga memohon untuk mendapatkan senarai 240 blog yang bakal dipantau boleh pihak tuan dalam format OPML, Supaya pihak kami boleh menambahkannya ke Laman Agregator Beras Padu yang beralamat http://taman-pitis.blogsite.org/, Supaya memudahkan lagi unit siber pihak tuan untuk memantaunya.Penyenaraian 240 blog itu juga diperlukan, apabila ramai pemblog tempatan yang belum cukup popular seperti izoblog, risau samada blognya tersenarai atau tidak.Selain dari itu, Pihak kami ingin juga menyemak status laman blog pembangkang di Negeri Melaka berikut tersenarai di dalam 240 blog itu atau tidak.
Ustaz Kamarudin Sidek: http://kbsn26melaka.blogspot.com/
Walaubagaimanapun, Pihak kami akan menentang sekeras-kerasnya sekiranya berlaku kakitangan awam negeri melaka, digunakan sebagai unit siber bagi pihak UMNO.
Kerjasama pihak tuan amat-amat dihargai.
BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT MELAKA
HASBULLAH PIT

Jumaat, 28 Mac 2008

Seekor lagi Penderhaka ??

Oleh adli

"Perlembagaan negeri usang perlu dipinda: Zaid Ibrahim
PUTRAJAYA: Beberapa undang-undang, termasuk perlembagaan negeri-negeri yang sudah terlalu usang mungkin dipinda bagi mengelakkan berlakunya konflik antara sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan seperti yang berlaku dalam isu perlantikan menteri besar Terengganu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata, kajian terhadap perkara itu adalah antara usaha kerajaan untuk memperbaiki dan memperkukuhkan sistem perundangan dan kehakiman negara."Kadang-kadang komplikasi timbul kerana negara kita masih mempunyai undang-undang yang terlalu usang. Walaupun peruntukan undang-undang itu tidak lagi menepati kehendak masa, kita masih perlu mengikutnya kerana ia tetap undang-undang yang sah."Saya telah arahkan kakitangan saya agar mengkaji perkara ini, kerana ada antara perlembagaan negeri yang digubal seawal 1911. Kita perlu fokus pada isu ini dengan mendapatkan konsensus daripada semua pihak agar keharmonian antara sistem demokrasi dan institusi raja-raja dapat dikekalkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini Rabu.Selain perlembagaan negeri, Zaid berkata, beliau juga akan menumpukan fokusnya terhadap meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan konflik di masa hadapan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.Katanya reformasi sistem kehakiman negara yang akan dilaksanakannya tidak hanya membabitkan beberapa perubahan kosmetik, tetapi sesuatu yang menyeluruh melibatkan fundamental sistem kehakiman negara."Saya belum boleh menyatakan secara terperinci apa yang akan saya lakukan, tetapi ia pastinya perubahan yang akan memulihkan kembali pemisahan kuasa (antara kehakiman dan eksekutif). Sistem Parlimen berperlembagaan di negara ini tidak memberi sebarang erti jika tidak ada perimbangan kuasa. Ia akan menjurus kepada penyelewengan seperti yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pendiriannya mengenai isu-isu reformasi kehakiman dan perundangan sebelum ini tidak popular dengan beberapa pihak."Saya tahu pandangan saya tidak popular dengan ramai pihak. Tetapi ia juga popular dengan banyak pihak lain. Apa pun saya yakin, jika dijelaskan dengan baik, cadangan-cadangan saya nanti akan dapat diterima umum," katanya sambil menambah beliau bukannya hendak mengubah dunia, tetapi hanya sistem kehakiman dan perundangan negara.Mengenai cadangannya agar kerajaan meminta maaf terhadap pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas 20 tahun lalu, Zaid berkata, Kabinet belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya."Saya telah nyatakan pendirian saya. Cadangan itu masih dalam kajian. Kita tunggulah dahulu kerana ada ramai pihak lain yang lebih berpengalaman dan bijaksana daripada saya. Saya tidak mahu menambah lebih daripada itu," katanya.Diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa bukan pentadbiran sekarang yang perlu meminta maaf berikutan krisis kehakiman pada 1988 itu, tetapi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab mengarahkan penubuhan dua tribunal yang terlibat, Zaid berkata:"Kita tidak bolehlah suruh Dr Mahathir minta maaf kerana pentadbiran itu telah tiada lagi. Karpal cuma cuba bersikap nakal. Jika sesiapa perlu meminta maaf, ia adalah kerajaan hari ini. Seperti juga apabila Perdana Menteri Australia yang baru, Kevin Rudd menang dalam pilihan raya baru-baru ini, beliau telah meminta maaf kepada puak Orang Asli di negara itu."

Guna sistem undi pilih ketua kampung di Selangor

PELABUHAN KLANG 27 Mac – Selangor berhasrat melaksanakan cadangan mewujudkan sistem pengundian bagi melantik ketua kampung bagi memperkemas lagi pentadbiran di peringkat akar umbi di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan itu dilaksanakan selepas pihaknya mengadakan penelitian dan perbincangan terperinci mengenai perkara berkenaan.Katanya, sistem pengundian tersebut merupakan salah satu alternatif yang difikirkan bagi menangani masalah pelantikan jawatan itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan pembangunan rakyat di kawasan kampung dan luar bandar. Malah, beliau menyifatkan sistem yang akan diteliti oleh kerajaan negeri itu juga bertujuan mengasingkan politik dengan pentadbiran yang disekalikan sebelum ini.‘‘Kita akan putuskan perkara ini dan mencari masa yang sesuai untuk melaksanakan sistem pengundian bagi melantik jawatan ketua kampung kerana tidak mahu timbulnya masalah.‘‘Oleh itu, saya telah meminta Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu meneliti perkara ini supaya ia benar-benar dapat dilaksanakan pada masa depan,’’ katanya.Khalid berkata demikian selepas melawat stesen janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Simpang Lima dan Pulau Ketam di sini hari ini.

Skuad Red Giant bakal diketuai seorang CEO, jadi unit korporat

SelangorFC.com
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan satu anjakan baru dalam pengurusan bola sepak tempatan apabila bakal menjadi sebuah organisasi yang bercirikan korporat serta profesional. Presiden FAS yang baru yang juga adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya kini sedang mencari individu yang bertanggungjawab sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi menguruskan bola sepak di Selangor. Jelas Abdul Khalid, beliau mahu mengubah FAS menjadi sebuah unit korporat yang bakal memainkan peranan utamanya dalam menentukan pembangunan dan masa depan bola sepak negeri Selangor "Memandangkan kita kini dalam era ketelusan, kita akan iklankan jawatan kosong CEO ini. Kita akan lihat respon yang diberi daripada mereka yang berminat nanti. "CEO itu nanti akan bertanggungjawab sebagai pengurus dalam pengendalian bola sepak di negeri Selangor ini. Sekarang bukan masanya lagi untuk kita terus menguruskan organisasi ini secara sukarela," katanya. Abdul Khalid berkata demikian pada majlis minum pagi bersama pegawai FAS serta pemain Selangor yang terdiri daripada skuad Liga Super, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia di kediaman rasminya di Shah Alam semalam. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail selaku penaja utama FAS menerusi anak syarikatnya, Bekalan Air Selangor (Syabas) serta beberapa pegawai tertinggi FAS antaranya timbalan presiden, Datuk Mokhtar Ahmad, naib presiden, Datuk Emran Kadir serta setiausaha agung, Hamidin Mohd. Amin. Ditanya adakah FAS akan memberikan tiket percuma seperti dilakukan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini, Abdul Khalid menegaskan, pihaknya tidak bercadang memberi tiket percuma seperti itu. "Beri tiket percuma tidak akan menaikkan minat seseorang penyokong itu. Kalau kita terus menang, main dengan bagus, itu sudah cukup untuk menarik minat mereka walaupun kena bayar tiket.
"Kita mahu jadikan bola sepak sebagai perniagaan. Jika berjaya tarik lebih ramai peminat selepas ini, saya nak jadikan peminat setia Selangor juga sebagai pemilik saham dalam organisasi bola sepak kita," katanya. Jelas Abdul Khalid, beliau mahu mengubah FAS menjadi sebuah unit korporat yang bakal memainkan peranan utamanya dalam menentukan pembangunan dan masa depan bola sepak negeri Selangor. "Kita mahu buat satu organisasi yang dapat membawa punca kewangan buat FAS. Jadi, saya mahu perubahan minda ke arah bola sepak Selangor yang profesional," ujarnya. Dalam majlis semalam juga, Abdul Khalid menerima dua helai jersi Selangor daripada ketua jurulatih, Dollah Salleh dan ketua pasukan, Shukor Adan serta cek penajaan daripada Rozali yang mewakili Syabas. Syabas mula menjadi penaja utama FAS sejak musim lalu dan ia diteruskan lagi bagi musim ini dengan nilai tajaan sebanyak RM5 juta setahun.
"Jumlah RM5 juta sebenarnya tidak cukup untuk menguruskan sebuah pasukan menjadi yang terbaik. Kalau boleh, saya akan cuba dapatkan lebih banyak lagi tajaan untuk FAS selepas ini," jelas Abdul Khalid

Abdullah, pemimpin BN biadab - Prowaris

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Perilaku pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tanpa segan silu menunjukkan penentangan kepada Sultan Terengganu adalah satu perilaku yang sangat biadab dan tidak bermaruah sama sekali, kata Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris). "Kemelut dan krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu sebagai satu isu yang amat kritikal dan memalukan orang Melayu di seluruh dunia," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataannya.
Tindakan mengugut pihak istana untuk memboikot upacara angkat sumpah Menteri Besar adalah satu perbuatan yang secara terang-terangan cuba menconteng arang, memperlekeh dan menghina institusi di-raja. "Adalah satu perkara yang sangat mulia jika Datuk Seri Idris (Jusoh) dapat menunjukkan sifat budiman dan kesetiaanya kepada baginda Sultan serta rakyat Terengganu daripada dilihat sebagai seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda peribadi yang tersirat," kata pertubuhan itu lagi. ProWaris menuntut kesemua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN berkenaan, Idris, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, dan seluruh kepimpinan tertinggi BN yang diketuai oleh Abdullah yang telah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung menunjukkan sikap dan peri laku penderhakaan supaya segera memohon menghadap dan seterusnya memohon ampun dan maaf kepada Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Pertubuhan itu menasihatkan mereka suaya terus menjunjung lima prinsip Rukunegara dan berikrar untuk tidak mengulangi perilaku biadab mereka lagi di masa hadapan.

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

Harakahdaily Fri Mar 28, 08 11:26:17 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam. Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.
Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid. Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini.

Anak tunggal PAS di Dun Negeri Sembilan angkat sumpah hari ini... Anak Tunggal Melake Bile ??

SEREMBAN, 27 Mac (Hrkh) - Wakil tunggal PAS di Dewan Undangan Negeri n(Dun) Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi pada jam 10.00 pagi tadi. Upacara angkat sumpah diadakan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan di Seremban bersama 36 lagi Adun lain pada majlis yang sama. Mohd Taufek mencipta sejarah apabila menang pada pilihan raya umum 8 Mac lalu bagi kerusi Dun Paroi dengan menewaskan Dato' Zaharuddin Mohd Sharif (BN) dengan lebih 100o majoriti. Pada pilihan raya umum 2004, Dun Paroi diwakili oleh Ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Bibi Sharliza Mohd Khalid yang digugurkan pada pilihan raya 8 Mac lalu. Mohd Taufek yang memiliki Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Biokimia dari UKM adalah bekas Jurutera Kanan di Samsung Malaysia Sdn Bhd. Mohd Taufek juga adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan selain pernah menyandang Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan NGO. Beliau berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung Rakyat Paroi. Pusat Khidmat antara lain mungkin akan ditempatkan di Dataran Senawang untuk memudahkan masyarakat bertemu dengannya, kata Mohd Taufek yang mempunyai empat orang anak dan menetap dalam Dun Paroi hampir 15 tahun lamanya. "Saya tahu agak sukar menjadi pembangkang ini dengan bantuan sudah pasti tiada dari kerajaan BN, namun saya yakin dengan kerjasama parti, rakan-rakan, petugas PAS, nasib rakyat Paroi akan diutamakan, justeru itu saya akan infakkan pendapatan saya sebagai Adun sebanyak 50 peratus untuk tabung yang ditubuhkan," katanya ikhlas. Suami kepada Mahani Musa (seorang guru) ini akan menjafikan kepercayaan rakyat Paroi asas kepada ketekunan untuk membela nasib rakyat paroi antaranya isu pekerja, isu kebajikan, isu keselamatan dan perumahan di sini. Beliau juga telah bertemu dengan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk membincangkan sebarang bentuk persefahaman dalam Dun kerana KeADILan mempunyai dua wakil di Dun bersama 11 lagi dari DAP. "Saya juga sedang berusaha untuk bertemu dengan DAP Negeri Sembilan untuk membincangkan hal yang sama. "Saya bertekad akan membawa isu-isu Islam di dalam Dun, kerana sebelum ini Dun Negeri Sembilan sepi dari isu ini," ujarnya. Justeru itu beliau menyeru kepada Anak-Anak Jati Rembau di Negeri Sembilan atau di perantauan agar dapat memberi sokongan untuk mempastikan kejayaan Barisan Rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Dun Paroi dalam Parlimen Rembau ini untuk membela nasib rakyat.

Khamis, 27 Mac 2008

PADAN MUKA HAJI DERIS !!

Abdul Halim Mohd Rashid Thu Mar 27, 08 5:17:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Selain penggunaan Wang Ehsan, Sultan Terengganu juga dilaporkan tidak senang dengan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh berhubung beberapa isu dan dasar lain termasuk peristiwa berdarah di Batu Buruk pada September tahun lalu, lapor Malaysiakini. Perkara itu ditegaskan ketika Perdana Menteri yang dituntut berundur, Dato' Seri Abdullah Badawi menghadap baginda semalam. Berbeza dengan layanan lemah lembut polis kepada tunjuk perasaan para penyokong Idris baru-baru ini yang antaranya membawa sepanduk yang dilihat menghina Sultan dengan kata-kata "Kami nak Idris, natang (binatang)," dalam tragedi berdarah di Batu Burok, pihak polis mengganasi rakyat tidak bersenjata dengan peluru hidup kononnya kerana berhimpun secara haram. Dari laporan Malaysian Insider pula, pertemuan antara Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong dan Abdullah jelas memuktamadkan baginda tidak mahu menerima Idris sebagai Menteri Besar. Menurut laman berita itu, walaupun Abdullah mengemukakan Dato' Mohamed Awang Tera sebagai calon tolak ansur, tetapi Sultan Mizan dengan tegas menyatakan baginda tetap dengan pilihannya supaya Datuk Ahmad Said menjadi Menteri Besar. Malaysian Insider juga memetik sumber istana yang menyatakan, Sultan Mizan telah memperlihatkan rasa tidak senang baginda kepada Idris sejak hujung tahun lalu lagi. Sumber itu menyenaraikan beberapa episod dan polisi yang tidak disenangi baginda. Blogger Ahirudin Attan (rockybru.blogspot.com) pula menyatakan, sumber-sumber beliau memberitahu, Abdullah dititah supaya menerangkan bagaimana Wang Ehsan digunakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Idris. Sejak Barisan Nasional (BN) merampas pemerintahan dari PAS dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu, kerajaan pusat memberikan Wang Ehsan kira-kira RM1 bilion setahun kepada kerajaan Terengganu. Wang Ehsan tidak diberikan ketika PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004. Terengganu mempunyai jumlah penduduk miskin yang kedua paling ramai selepas Sabah. Menurut Ahirudin, Abdullah juga dititahkan supaya bertemu dengan Ahmad. Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar harian semalam melaporkan kata-kata Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid yang dilihat seolah-olah terus mencabar keputusan Sultan melantik Ahmad sebagai Menteri Besar. Akhbar tersebut melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil itu menyatakan bahawa 22 dari 24 Adun BN Terengganu telah mendesak Abdullah supaya berkeras untuk melantik Idris sebagai Menteri Besar. Dengan keyakinan bahawa berita yang baik berada di sebelah pihak mereka, Rosol yang berada di Kuala Lumpur bersama-sama Idris dan 21 Adun lain, lapor akhbar itu, menyatakan, "kami begitu kuat sekarang". Beliau juga mendakwa, kesemua 22 Adun itu yang dilaporkan pulang ke Terengganu semalam berdiri teguh di belakang Idris. "Kami hanya menerima arahan daripada Perdana Menteri atau Idris," tegas beliau.

KES BELACAN LAH PULAK ..

oleh RASHIDAH ABD. RAHIM
KUALA LUMPUR 27 Mac - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam makanan adalah dilarang di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.Menurut KKM, kajian menunjukkan pewarna tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mempunyai potensi untuk menyebabkan penyakit barah.Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM, Noraini Mohd. Othman berkata, penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983.Katanya, jika sabit kesalahan, peniaga atau pengeluar boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Noraini menambah, bagi pelanggaran yang melibatkan belacan yang diimport, produk tersebut akan disenaraihitamkan serta pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur `Tahan, Uji dan Lepas’.``KKM sentiasa menjalankan pemantauan ke atas semua makanan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sama ada ia diimport atau disediakan dalam negara ini.``Bagi menangani masalah melibatkan pembuatan belacan, KMM juga telah melancarkan satu Operasi Khas Belacan pada bulan ini yang melibatkan pengambilan sampel belacan dan pemeriksaan premis belacan di seluruh negara,’’katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Menurut Noraini, bagi tahun 2007, denda sebanyak RM300 dikutip melalui operasi yang sama berbanding RM800 pada tahun 2006 dan RM4408.10 pada tahun 2005.Jelasnya, penumpuan aktiviti penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan makanan tidak hanya terhad kepada belacan sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai jenis makanan.Justeru, beliau mengharapkan keprihatinan pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna untuk menyalurkan maklumat lengkap berserta nama dan alamat pengilang yang disyaki menyalahi kehendak perundangan makanan kepada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri supaya tindakan segera dapat dilakukan.

Selepas kalah baru kerajaan faham.. masa menang tak pernah faham ..

Ustaz Idris Ahmad Thu Mar 27, 08 2:36:37 pm MYT
Langkah ringankan beban rakyat - harga minyak, gas kekal. Tarif elektrik tidak naik. Pembaziran subsidi ditangani. Inilah tajuk berita sebuah akhbar tempatan pada 26 Mac lalu.
Benarlah orang kata, ahli politik paling takut sekali apabila mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya. Ini membuktikan bahawa rakyat sebenarnya raja bukan kuli pemimpin. Apabila rakyat ada maruah, maka mereka akan mengajar pemimpin yang berkepala batu seperti pemimpin Umno-BN yang tidak pernah mendengar suara rakyat. Apabila rakyat membantah kenaikan harga minyak di depan KLCC mereka arahkan polis membelasah rakyat yang tidak bersenjata sehingga Amran dari Merbok, Kedah di belasah separuh nyawa. Pukulan yang boleh membawa maut. Hanya Allah yang masih memanjangkan umur Amran. Tidakan kerajaan untuk tidak menaikan harga minyak, gas dan elektrik adalah hasil perjuangan rakyat dengan membayar harga yang mahal. Rakyat terpaksa bermandikan air asid, gas pemedih mata, cota FRU, penyepak FRU, makan nasi bungkus dan tidur dengan pijat dalam lokap polis. Rakyat telah tolak pemimpin Umno-BN dalam pilihan raya. Perlu diingat bahawa kerajaan tidak naik harga minyak bukan kerana mereka prihatin kepada rakyat, cuma kerana takut terbang beberapa negeri lagi dan kerajaan Pusat bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Bukankah sebelum ini mereka begitu angkuh menolak hujah dan cadangan Barisan Alternatif untuk menurunkan harga minyak 30 sen. Mereka dakwa ini boleh membawa negara jadi bankrap. Kenapa sekarang lain pula bunyinya. Inilah buktinya apabila rakyat bermaruah kerajaan tidak berani bermewah. Ini baru mereka kalah lima negeri dan hilang kuasa dua pertiga. Cuba bayangkan apabila BA memerintah peringkat Pusat maka banyak lagi keselesaan rakyat dapat dinikmati oleh semua. Walaupun kuasa negeri agak sedikit dan pendapatan negeri hanya cukai tanah, perhutanan, cukai pintu, zakat, air beberapa perubahan sudah dimaklumkan untuk semua rakyat dapat nikmati bersama. Selangor sudah mengisytiharkan akan memberi air percuma kepada rakyat sebanyak 20 meter padu setiap bulan. Kedah akan menurunkan cukai tanah. Pulau Pinang menghapuskan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, menaikan elaun guru Kafa RM600. Kerajaan Perak telah mengumumkan pembatalan kompaun.
Kerajaan Kelantan memang sedia maklum telah mendahului banyak perkara untuk kebajikan rakayat yang tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno-BN. Rakyat yang masih berada di bawah BN-Umno tidak ada perubahan. Johor akan berubah juga, iaitu banyak tanah dan bangunan akan dimiliki oleh orang Singapura. Menang sorak kampung tergadai. Inilah hadiah BN pada mereka yang masih tidak bersedia untuk berubah. Rupa-rupanya pemimpin Umno-BN yang benak dan lambat memahami masalah rakyat tidak pernah faham apa penderitaan rakyat. Mereka menjawab dengan helah politik bahawa minyak kena naik kalau tidak negara akan bankrap. Mereka berkempen dengan orang yang buta maklumat bahawa oleh kerana minyak dunia naik maka negara kita tidak boleh turunkan harga minyak. Inilah hujah yang pemimpin Umno perbodohkan rakyat melalui media mereka. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Najib Tun Razak dan Khairy Jamaludin mana dia ambil tahu berapa harga sekilo gula, secekak sawi. Mereka semua hidup mewah dan tidak pernah terasa penderitaan rakyat. Tetapi apabila mereka hilang lima negeri baru mereka tahu bahawa rakyat mereka sekarang sudah pandai pakai seluar, kerana selama ini mereka anggap rakyat Malaysia masih cawat dan tidak tamaddun, tidak pandai guna internet dan tidak tahu apa yang mereka lakukan terhadap khazanah negara. Ini baru kalah lima negari dan mempunyai suara pembangkang yang kuat di Parlimen. Inilah sejarah negara dengan kekuatan pembangkang di Parlimen dengan 82 kerusi manakala BN hanya ada 140 kerusi. Cuba bayangkan bagaimana suasana Parlimen yang mempunyai tokoh-tokoh yang hebat untuk mendedah dan membongkar penyelewengan kerajaan. Kita hendak tengok lagak hero Rembau menantu kesayangan di dalam Parlimen. Selama ini dia begitu lantang sehingga menggelarkan pendemontrasi aman sebagai beruk. Tetapi tidak dengar pula Khairy gelar pemimpin Umno yang buat demo di depan Komtar sebagai beruk mat yeh.

PENYAMUN MULA BUAT KERJA SEBAT BENDERA PAS

Harakahdaily Thu Mar 27, 08 3:06:20 pm MYT
MELAKA, 27 Mac (Hrkh) - Pemimpin Umno-BN negeri ini diingatkan supaya mengambil iktibar dan insaf akan kejatuhan rakan-rakan mereka di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, sebelum bertindak rakus terhadap kegiatan parti saingan mereka.Terbaru, pemimpin Umno-BN didakwa terbabit bersengkokol dengan pihak berkuasa kerajaan tempatan (Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah - MBMB) menceroboh premis persendirian dan mencabut bendera PAS yang dipasang di kawasan berkenaan. Seorang aktivis PAS di Semabok, dekat sini, Kamaruddin Adam, mendakwa sejumlah kakitangan MBMBB yang menaiki sebuah lori telah bertindak memasuki kawasan rumahnya dan mencabut sejumlah bendera PAS yang sentiasa dipacakkan dan dikibarkan di pekarangan kediamannya. Kata Kamaruddin, beliau yakin petugas itu kakitangan MBMBB berdasarkan pakaian mereka dan nama MBMBB yang tertera pada lori itu. Beliau bercadang mengambil tindakan lanjut berhubung kejadian kira-kira jam 11.00 pagi pada 25 Mac itu. Beliau berkata, tindakan kakitangan MBMBB itu keterlaluan kerana mereka telah menceroboh kediamannya yang sah sebagai premis persendirian yang terletak berhampiran Simpang Semabok. Kamaruddin mendesak pihak berkenaan mengembali dan memasang kembali bendera-bendera itu. "Saya harap mereka insaf dan dapat mengambil iktibar akan nasib pemimpin-pemimpin takbur di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang," katanya. - lanh

Melaka sekali lagi jadi tumpuan dunia

AYER KEROH, 26 Mac - Setelah berjaya menunjukkan kualiti penganjuran tahun lalu, Melaka sekali lagi disenaraikan sebagai salah satu gelanggang bagi Kejohanan Bola Sepak Belia 2008 yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 16 Ogos nanti.Perbincangan telah dibuat di antara syarikat yang bertanggungjawab iaitu Gifted Group Limited yang berpejabat di England bagi penganjuran tersebut dengan Kerajaan Negeri dan menampakkan hasil yang positif.Selain Melaka, beberapa negeri lain turut akan menjadi vanue kejohanan yang pastinya akan menjadi tarikan buat peminat bolasepak bukan sahaja dari negara ini malah peminat luar.Sebanyak 16 pasukan bakal beraksi yang membabitkan kelab handalan dunia dari beberapa negara terkemuka bolasepak antaranya Manchester United dan Chelsea dari England, AC Milan dan Juventus dari Itali, FC Barcelona dari Sepanyol serta beberapa pasukan kebangsaan Dunia.Kejohanan turut menyediakan peluang dari segi pendedahan untuk pasukan kebangsaan bawah 19 tahun yang bakal digandingkan dalam satu kumpulan dengan Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich.Di Melaka, gelanggang kejohanan akan diadakan di Stadium Hang Jebat namun pasukan yang bakal beraksi masih belum diputuskan. Perkara tersebut akan diketahui minggu depan menerusi undian yang bakal dijalankan di Kuala Lumpur nanti.Beberapa faedah menarik dijangka diperolehi daripada kejohanan terbabit antaranya bakal memberi impak yang baik bagi industri perlancongan negeri, meningkatkan ekonomi serta pembangunan sukan bolasepak negeri.Dijangkakan perlawanan akan mendapat liputan yang meluas menerusi siaran langsung yang akan dipancarkan kepada hampir 200 negara seluruh dunia yang melibatkan hampir 50 jam siaran langsung.Justeru ia sudah pasti akan memberi kesan yang baik kepada negeri ini dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan yang kini semakin berkembang pesat.Seperti tahun lalu, hasil daripada penganjuran ini telah menyumbang sebanyak RM30 juta kepada perkembangan ekonomi negeri menerusi iklan dan sektor pelancongan.Selain itu beberapa acara sampingan akan dijalankan termasuk klinik bola sepak yang akan dikendalikan oleh jurulatih serta bekas bintang terkemuka yang sudah tentu akan memberi pendedahan buat bakat-bakat baru dari kalangan pemain peringkat akar umbi.

MPPR boleh bubar Dun, adakah berlaku pilihan raya semula ??

Tarmizi Mohd Jam Wed Mar 26, 08 8:13:58 pm MYT
Setakat ini nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu berganjak. Dan pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu tidak mungkin ditarik balik.Pelantikan itu tidak boleh, atau sukar, untuk ditarik balik kerana, ia dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa Ahmad mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, demikian jelas Pakar Perlembagaan UIA, Profesor Dr Abdul Aziz Bari . Beliau menyambung bahawa meskipun perlantikan dibuat melalui budi bicara yang subjektif sifatnya ia adalah berdasarkan kepada penilaian sultan tentang siapakah yang mempunyai sokongan majoriti. Kes Stephen Kalong Ningkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 1966 memutuskan bahawa Ketua Menteri tidak boleh dipecat oleh Gabenor. Inilah undang-undang yang ada dan dengan demikian MPPR tidak boleh memecat Ahmad dari jawatan Menteri Besar. Keputusan melantik Ahmad memang mempunyai risiko besar dari awal lagi dan ia sekarang menghadapi undi tidak percaya. Meskipun begitu sebagaimana yang dilaporkan, Ahmad tidak menampakkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS dan menubuhkan kerajaan. Dengan demikian sukar untuk beliau melawan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadapnya itu. Adakah jalan keluar sekarang? Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa. Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi. Apa masalah dengan pilihan pertama? "Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini," jelas Dr. Abdul Aziz. Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan. Pensyarah Undang-Undang UIA itu juga berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu. "Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,"ujar beliau. Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat. Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa. "Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT," tegas beliau. Secara kebetulan, Dr. Abdul Aziz menambah, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 di Terengganu memang menimbulkan persoalan. Dari Tragedi Batu Burok, kekecohan di Marang dan dakwaan pengundi hantu kesemuanya menyebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan. "Apabila dewan dibubarkan maka sebuah pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tetapi ini hanya untuk Dun Terengganu sahaja. Ia tidak melibatkan pilihan raya parlimen. Lagipun parlimen terletak di luar bidang kuasa MPPR," jelas Dr. Abdul Aziz. Ditanya tentang kemungkinan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat dan menggantung Perlembagaan Terengganu, pakar Perlembagaan UIAM itu berkata, ia tidak mudah untuk berlaku. "Alasan yang pertama ialah Yang di Pertuan Agong - meskipun perlu mengikut nasihat - boleh menolak permintaan untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri kerana ia sesuatu yang sangat serius. "Alasan yang kedua ialah dari segi politik, ia agak sukar untuk dilakukan kerana Yang di Pertuan Agong ialah Sultan Terengganu dan baginda telah menunjukkan sikap yang bebas yang menyebabkan kesukaran di pihak Perdana Menteri untuk menasihatkan perisytiharan darurat itu,"tegas Dr. Abdul Aziz

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

4 Sebab Tuanku Sultan Murka Pada Haji Deris

"Maklumat Oleh ipacat Oleh kerana Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya sudah terlalu biadap dan derhaka pada Sultan, maka disini diperturunkan sebahagian sebab musabab mengapa Tuanku sangat murka kepadanya. Maklumat ini diperolehi dari sumber yang sangat rapat dengan pihak Istana Terengganu! Tuanku SANGAT MURKA kerana :
1) Idris Jusoh memasukkan duit royalti minyak sebanyak RM800 juta ke dalam akaunnya. Duit itu diuruskan oleh Wan Farid, Wan Hisham & Khairy Jamaluddin!
2) Projek Monsoon Cup adalah silap mata sahaja. Ia untuk Idris dan puak-puaknya mengaut duit dengan sebanyak-banyaknya!
3) Sebelum PRU-12, Idris telah menjual seluas 30,000 ekar tanah pada tauke cina dengan mengambil jutaan duit lagi untuk diri dan kroninya!
4) Dan ada sebanyak 25 KES lagi dalam tangan Tuanku Sultan! Tuanku Sultan melantik Datuk Mat Said kerana hanya beliau seorang sahaja yang berani melawan Idris Jusoh dan puak-puaknya. Pak Lah pula pertahankan Idris kerana beliau mempunyai kepentingan dalam projek-projek untuk baham duit rakyat! Wahai rakyat sekelian, marilah bangkit menyokong Tuanku Sultan! Baginda bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat! Jangan biarkan Tuanku bersendirian berdepan dengan puak-puak yang selama ini berlagak membela rakyat, padahal merekalah perompak harta rakyat!

Selasa, 25 Mac 2008

Anggota Exco Kerajaan Selangor angkat sumpah

KLANG, 24 Mac (Hrkh) - Bernama melaporkan sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, empat daripadanya wanita, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Isnin hari ini. Mereka terdiri daripada empat orang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga orang dari PAS dan tiga orang dari DAP. Empat anggota exco daripada PKR adalah Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, daripada DAP ialah Theresa Kok, Ronnie Liu dan Ean Yong Hien Wah, manakala daripada PAS ialah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri serta Belia dan Sukan, Yaakob (Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, dan Pembangunan Usahawan), Rodziah (Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi), Wong (Pelancongan, dan Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin). Kok memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) dan Yong (Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram). Hassan pula memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Halimah (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan) dan Iskandar (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan). Dalam pilihan raya 8 Mac lepas, PKR memenangi 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan kerusi untuk menumbang kerajaan Barisan Nasional. - mns

Mencari hikmah dalam menyampaikan risalah

PENERANGAN tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. Apabila dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu ditindas di Mekah, maka baginda mencadangkan supaya sebahagian para sahabahnya berhijrah ke Habsyah. Ketika itu yang memerintah Habsyah adalah Najasyi, seorang raja yang terkenal bersifat adil. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian dalam ertikata agama tersebut menjadi teras kerajaan. Apabila para pembesar Quraish Mekah yang memusuhi Islam mengetahui bahawa sebahagian orang Islam berhijrah ke Habsyah, mereka mengambil langkah menghantar dua tokoh mereka yang hebat ketika; ‘Amr bin al-‘As dan ‘Abd Allah bin Abi Rabi’ah. Tujuan agar dapat dipujuk Raja Najasyi supaya ditangkap orang-orang Islam yang berada di sana dan diserahkan kepada pembesar Mekah. Hadiah-hadiah mewah dibawa oleh kedua tokoh tersebut sebagai umpan bagi membuka laluan agar mereka dapat bertemu dangan raja. Orang-orang besar juga telah menerima habuan mereka. Kata kedua tokoh Quraish tersebut kepada Raja Najasyi: “Wahai Raja! Telah datang ke negaramu budak-budak yang bodoh. Mereka telah memecah belahkan agama kaum mereka dan tidak pula memasuki agamamu. Mereka membawa agama yang mereka ada-adakan yang kami dan engkau tidak kenalinya. Pembesar kaum mereka yang terdiri daripada bapa-bapa mereka, paman-paman mereka dan kaum keluarga mereka telah menghantar kepadamu utusan agar engkau mengembalikan mereka kepada kaum mereka. Mereka lebih tahu keburukan mereka itu”. Namun Najasyi mengambil langkah yang berhati-hati. Dia ingin menyoal siasat terlebih dahulu. Lalu dipanggil para sahabah Nabi s.a.w yang berhijrah ke negaranya dan ditanya mengenai agama mereka. Di sini saya ingin menonjolkan jawapan yang diberikan kepada Najasyi oleh jurucakap umat Islam di Habsyah ketika itu; Ja’far bin Abu Talib. Ja’far ialah seorang sahabah yang Rasulullah s.a.w. Benar-benar memahami hakikat dakwah Islam ini. Dalam situasi yang genting dan sukar beliau memilih jawapan yang terbaik. Kerana, sebarang penerangan yang tidak memuaskan akan mengorbankan sekian ramai yang berhijrah ke sana. Apabila Najasyi berkata kepadanya: “Agama apakah ini yang kerananya kamu telah pecah belahkan kaum kamu dan tidak pulak kamu memasuki agamaku?”. Lantas Jaafar bin Abu Talib pun memberikan jawapan yang sangat terpilih lagi menyentuh hati nurani Najasyi yang merupakan seorang Kristian ketika itu. Kata Ja’far: “Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliyyah; kami menyembah berhala, memakan bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat di kalangan kami menindas orang yang lemah. Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul. Kami kenal akan keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami meng’tauhid’kanNya dan menyembahNya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar, tunaikan amanah dan hubungkan silaturrahim. Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat, berzakat dan berpuasa –lalu Ja’far menyebut beberapa ajaran Islam yang lain lagi-. Lalu kami membenarkannya dan beriman dengannya, serta kami ikut agama Allah yang dia bawa. Maka kami hanya menyembah Allah, tidak mensyirikkanNya, kami haramkan apa yang dia haramkan dan kami halalkan apa yang dia halalkan. Tiba-tiba kaum kami memusuhi kami, mereka menyiksa kami, mengganggu kami dari agama kami. Tujuannya, mereka mahu agar kami kembali menyembah berhala, menghalalkan segala kekejian yang pernah kami halalkan. Apabila mereka memaksa, menzalimi, menekan kami dan menghalang agama kami, lantas kami pun keluar menuju negaramu. Kami memilih engkau, dibandingkan yang lain. Kami ingin mendapatkan perlindungan engkau. Kami harap kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai Raja!”. Lalu Najasyi bertanya: “Adakah bersamamu apa-apa yang datang daripada Allah?”. Jawab Ja’far: Ya!. Kata Najasyi: “Bacakan kepadaku”. Lalu Ja’far membaca Surah Maryam yang terkandung kisah Maryam dan Nabi ‘Isa a.s.. Bercucuranlah airmata Najasyi, juga para agamawan Kristian yang ada bersamanya. Maka Najasyi pun enggan menyerah orang-orang Islam kepada Quraish dan mempertahankan mereka. Bahkan dalam senyap, Najasyi menganut Islam. (lihat: Al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 97-99, Riyadh: Uli al-Nuha).Saya menukilkan kisah ini sebagai satu gambaran betapa Islam yang indah perlu dipasarkan secara yang indah juga. Kejayaan Ja’far bin Abu Talib dalam peristiwa ini adalah kejayaan membentangkan Islam kepada lain yang mempotensi menerima kebenaran. Isu-isu yang disentuh oleh Ja’far memaut hati nurani Raja Habsyah Najasyi yang beragama Kristian. Latar pengetahuan dan anutan Najasyi terhadap agama Kristian diambil ruang oleh Ja’far untuk menekan persoalan-persoalan yang dia nyatakan. Demikian juga ayat al-Quran yang dipilihnya. Islam dan umatnya yang disalahfahami hari ini memerlukan pendekatan Ja’far bin Abu Talib. Memahami sasaran dan memilih isu yang mampu merubah keadaan. Maka, daripada ancaman salah sangka dan penindasan kepada kejayaan membawa isu dan meraih perasaan dan minda Najasyi.Isu-isu yang dibawa oleh Ja’far benar-benar memukul pewakilan pembesar Quraish Mekah, menggambarkan keindahan Islam dan keperluan umat manusia kepadanya. Sekaligus menolak isu pepecahan yang dibangkitkan di pihak Quraish kerana telah terlukis dalam minda Najasyi bahawa keperluan untuk agama ini muncul lebih besar dari segala isu sampingan. Penerangan itu juga berjaya menukar keadaan daripada pihak muslimin yang berada di pihak yang didakwa kepada pihak yang mendakwa. Maka dua perwakilan Quraish itu seakan secara tidak langsung dimasukkan ke dalam kandang orang salah. Inilah kebijaksanaan atau hikmah dalam memenangi pertarungan pengaruh. Tidak memerlukan maki-hamun atau cacian, sebaliknya memerlukan hikmah.Justeru, penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan. Sebab itulah Allah menyebut: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)Kata al-Sa’di (meninggal 1376H): “Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan perlaksanaannya. Antara hikmah itu, berdakwah dengan ilmu bukan dengan kejahilan, memulakan dengan yang lebih penting dan apa yang berikutnya, menyampaikan apa yang lebih dekat kepada pemikiran dan kefahamannya, dengan cara yang lebih dapat diterima, dengan lunak dan lembut. Adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik yang dapat mengingatkan mereka.
Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).Ramai orang menganggap bahawa yang dikatakan hikmah dalam seruan dan dakwah itu bermaksud berlunak kata semata. Sebenarnya, hikmah kurang tepat untuk diterjemahkan sebagai lunak kata, atau lembut bicara semata. Hikmah dalam dakwah bermaksud perkataan atau tindakan yang sesuai dengan sasaran dakwah. Maka ia membabitkan persoalan ilmu perkara yang hendak didakwahkan, mengenali sasaran dakwah di sudut latarbelakang, suasana dan memilih pendekatan yang terbaik. Boleh jadi pendekatan yang hikmah itu berlunak, mungkin juga bertegas. Mungkin pendekatan dakwah berhikmah seorang ayah kepada anak, tidak sama antara seorang anak kepada ayah, atau rakan kepada rakan. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah pihak yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa. Juga mungkin tidak sama pendekatan dakwah berhikmah kepada seseorang yang kita kenali dan yang belum kita kenali. Pendekatan bahasa dakwah kepada orang biasa, tentu tidak sama dengan kelompok intektual yang mempunyai kemampuan fikir yang tinggi. Sebab itu pendekatan Rasulullah s.a.w kepada masyarakat badawi tidak sama dengan orang kota.Masyarakat berubah, bahasa dan pendekatan dakwah juga mesti berubah. Pendekatan zaman dahulu mungkin tidak sesuai untuk suasana yang baru. Maka kita tidak boleh menterjemahkan semua tindakan dakwah yang pernah dilakukan oleh jenerasi lalu. Ada orang umpamanya, ingin berdakwah secara tegas seperti yang dilakukan oleh Saidina ‘Umar, lalu apabila dia membaca Saidina ‘Umar pernah memukul orang tertentu maka dia pun memukul orang ketika berdakwah. Sedangkan dia tidak mengkaji suasana ‘Umar tidak sama lagi dengan suasana kita hari ini. Tindakan yang dibuat oleh ‘Umar mampu menyebabkan orang ramai insaf. Apatah lagi dia seorang khalifah yang mempunyai kuasa dan umat Islam ketika itu berada pada zaman kegemilangannya. Sementara masyarakat kita tidak lagi lagi seperti masyarakat ‘Umar, kuasa kita juga tidak seperti ‘Umar. Sementara umat Islam kita pula sedang berada pada zaman kelemahannya.Maka tuntutan dakwah dengan hikmah itu menuntut agar usaha dakwah dalam bentuk ucapan atau tindakan itu adalah yang diyakini paling berkesan terhadap sasaran. Setelah kita berusaha mencari jalan yang terbaik dan berkesan, namun dakwah tetap ditolak, maka kita telah pun menunaikan amanah Allah dalam dakwah ini. Soal memberi hidayah yang sebenar, tidak berada di tangan kita. Kita telah membuat yang terbaik yang kita yakin.Maka, memahami latar keadaan dan sasaran amat penting. Sebab itu dalam hadis: Daripada Abd Allah bin ‘Amr: Suatu hari kami berada di sisi Nabi s.a.w., lalu datang seorang pemuda dan bertanya: Wahai Rasulullah! Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Tidak boleh”. Datang pula seorang tua bertanya Saya mencium (isteri) sedangkan saya berpuasa?”. Jawab baginda: “Boleh”. Kami pun memandang antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tahu mengapa kamu memandang antara satu sama lain. Sesungguhnya orang tua itu dapat mengawal dirinya” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Jawapan yang berbeza diberikan oleh Nabi s.a.w disebabkan oleh latar yang berbeza. Pemuda tersebut jika diberikan keizinan mungkin akan menyebabkan melakukan persetubuhan yang membatalkan puasa. Namun orang tua itu mampu menahan diri. Maka keduanya mendapat jawapan yang berbeza. Ini juga faktor yang menyebabkan sesetengah soalan-soalan yang sama yang ditanya oleh para sahabah diberikan jawapan oleh baginda berbeza-beza. Semuanya merujuk kepada persoalan kesan dan keperluan.Maka pada zaman manusia ramai yang dfobiakan dengan Islam, atau disalahfahamkan tentang gambaran Islam, maka pendekatan yang paling berkesan perlu dikaji dan disemak secara yang bersungguh-sungguh. Penerangan-penerangan Islam secara kono dan kolot hendak dihapuskan. Islam tidak pernah kono dan kolot, ia sentiasa mengatasi sempadan zaman dan tempat. Namun yang membawa bendera agama itu ada yang kadang-kala menjadikan Islam ini seakan kelihatan ketinggalan zaman. Program-program agama dalam media-media kita sepatutnya dibuat penilaian semula sejauh manakah ianya mampu menghadapi cabaran kerencaman pemikiran dan tanggapan yang berbagai terhadap Islam dewasa ini. Siapakah golongan yang menonton program-program tersebut? Sejauh manakah ianya mampu menampilkan kewibawaan Islam untuk generasi baru?Kadang-kala para penyampai mesej atau risalah Islam atau penceramah agama itu lebih parah untuk dibetulkan daripada orang yang hendak disampaikan itu. Sehingga terkadang kita hairan, apakah tujuan atau mesej yang hendak disampai? Lawak jenaka ke? Jual ubat ke? Cerita kartun ke? Balas dendam ke? Atau keagungan risalah atau mesej Islam. Entah berapa banyak ayat al-Quran dan sunnah yang begitu indah menjadi hodoh atau tawar disebabkan tafsiran atau gaya penerangan golongan yang kononnya ingin menyampaikan Islam.

Haji Deris mudah LUPA

KUALA LUMPUR 25 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hubungan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah baik dan tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu.
Menurutnya, beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.
``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' katanya. – Utusan

SIAPA PENDERHAKA ?? JEBAT ATAU TUAH ??


Tok Nan Bakal Tergolek 3 Bulan lagi !!

Oleh Iza
Berita panas ini diterima dari pada salah seorang kroni cucu yang merupakan orang terapat dengan MB Pahang Dato' Nan Yaakob. Biarpun berita ini tidak dapat disahkan lagi, tetapi menurut sumber maklumat yang diterima, angin sudah bertiup dan dahan sudah pun mula bergoncang. Kabarnya, satu kes "Jenayah" yang melibatkan Dato' Nan akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Segala fail-fail dan bukti-bukti kukuh mengenai penglibatan MB Pahang itu telah ada dan menunggu masa untuk didedahkan.Seandainya maklumat ini benar, mungkin ia juga ada kaitan dengan tindakan MB Pahang itu yang menggugurkan beberapa orang exco kerajaan negeri Pahang iaitu Dato' Shukri (ADUN Pulau Tawar) dan Dato' Shahiruddin (ADUN Dong) dari senarai terbarunya untuk penggal ini. Alasan yang diberikan ialah untuk memilih hanya mereka yang bersih sahaja menjadi exco pada kali ini. Dato' Shukri yang merupakan bekas exco kesihatan, belia dan sukan negeri sebelum ini dipercayai banyak terlibat dengan penyalahan guna kuasa. Beliau banyak terbabit dengan isu rompakan balak terutamanya di daerah Jerantut Pahang. Cucu mendapat maklumat, beliau menggunakan kuota JKKK untuk memohon kawasan balak yang kesemuanya dikatakan seluar lebih dari 100 ekar. Kabarnya lebih 30 buah JKKK telah mendapat habuan balak bahkan ada JKKK yang mendapat tiga kali pusingan. Namun rahsia terbongkar bila seorang JKKK di sebuah kampung mendedahkan penipuan Dato' Shukri. Bayaran yang diterima oleh JKKK sepatutnya mencecah ratusan ribu ringgit. Namun oleh kerana kebijaksanaan beliau untuk menipu orang-orang kampung, setiap kelulusan kawasan balak beliau hanya memberi tidak kurang dari RM50,000 sahaja kepada JKKK, selebihnya habuan beliau. Bayangkan kalau satu kawasan mendapat keuntungan bayaran mencecah RM300,000 ! Bayangkan juga beliau mengambil keuntungan daripada lebih 30 JKKK. Berapa banyak wang yang disapu oleh bekas exco ini?. Itu belum termasuk penipuan rumah PPRT di Kg. Pulau Tawar sendiri yang pernah cucu dedahkan dalam akhbar Berita harian satu ketika dulu. Projek yang hanya menelan belanja sekitar RM1.2 Juta, tetapi Dato' Shukri memohon peruntukkan sehingga RM1.8 Juta, ini bermakna beliau mengaut lagi keuntungan atas angin sebanyak RM600,000 disitu. Inilah sikap sebenar Dato' Shukri, exco yang digugurkan MB Pahang itu.Begitu juga dengan kes Dato' Shahiruddin, beliau dipercayai menjadi orang kanan dalam isu rasuah yang melibatkan Datuk Isa Samad bekas MB Negeri Sembilan dulu. Akibatnya beliau telah dikenakan tindakan displin oleh UMNO. Namun nasibnya baik, beliau agak rapat dengan istana maka akhirnya beliau selamat dan terlepas daripada hukuman selanjutnya. Namun kini beliau juga digugurkan dari barisan exco Pahang yang baru.Persoalannya disini, apakah Dato' Nan benar-benar menamakan exco yang bebas rasuah?. Nama-nama seperti Maznah Mazlan (DUN Muadzam Shah) yang dikatakan menggelapkan duit sumbangan RM1 Juta wanita UMNO semasa pilihanraya kecil Batu Talam. Ketua Wanita UMNO Pahang itu dikatakan memasukkan wang tersebut ke akaun peribadinya sendiri. Akibatnya Dato' Nan begitu murka, justeru itulah beliau hanya memberikan satu kerusi sahaja untuk wanita UMNO Pahang dalam pilihanraya umum lalu. Apapun Maznah dikekalkan sebagai exco.Begitu juga dengan Dato' Tan (DUN Chenor), yang dikatakan banyak terlibat dengan kes balak serta lain-lain urusan tanah di negeri Pahang. Dato' Nan juga amat popular dalam memperkayakan suku sakatnya. Beliau gemar membolot kekayaan dan gemar memberi rasuah setiap kali pemilihan UMNO bahagian Maran. Selain daripada isu rasuah, Dato' Tan amat popular dengan "skandal" wanita simpanan. Sudah beberapa kali rumah tangganya bergoncang dan kesnya hampir2 dibawa ke mahkamah syariah. Beliau juga telah mempunyai fail kes keluarga di pejabat agama Islam Daerah Kuantan. Dalam pilihanraya 2004 lalu, Dato' Nan dikatakan pernah cuba menumbuk Dato' Nan akibat namanya tidak dicalonkan untuk pilihanraya umum ke-11 ketika itu.Sebenarnya banyak lagi exco Dato' Nan yang mempunyai kes-kes rasuah dan moral yang memalukan. Namun mengapakah mereka ini dikekalkan? Ada pendapat mengatakan ia bertujuan untuk menutup salah laku MB itu, yang sebenarnya lebih banyak terlibat dengan jenayah dan rasuah di negeri Pahang. Maka itulah, ramai pihak dalam UMNO Pahang sendiri kecewa dengan sikap Dato' Nan. Maka mereka memberanikan diri untuk mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Pahang serta MB Pahang itu sendiri. Apakah kerja-kerja ini dilakukan oleh orang dalam?. Sama-sama kita tunggu Pahang pula bergoncang!. Apapun, menurut sumber berkenaan beliau memberi tempoh tiga bulan untuk melihat MB Pahang itu jatuh. Semua fail-fail dan dokumen berkenaan kes Dato' Nan sudah ada dan menunggu masa untuk didedahkan. Sama-sama kita nantikan episod menarik ini.

Jelas Haji Deris Penderhaka !!

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sambil menyatakan beliau sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh terus mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan istana. Ketika ditanya dalam sidang akhbarnya di sebuah hotel di Subang petang ini mengenai laporan bahawa 13 daripada 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang sebelum ini menyokongnya telah beralih menyokong Ahmad, Malaysiakini melaporkan Idris berkata setahunya, kesemua 22 Adun itu ada bersamanya semalam. Ditanya berapa orang Adun yang hadir bersamanya dalam sidang akhbar tadi, Idris berkata: "Sebahagian besar ada bersama saya dalam sidang media ini, kecuali seorang dua yang kembali ke Terengganu atas urusan keluarga."
Sebelum sidang akhbar itu diadakan, Malaysiakini difahamkan mereka menghadiri majlis menyambut hari jadi Adun Besut di sebuah kelab di Subang. Mengenai permohonan ampunnya itu, Idris tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Sebuah akhbar harian pula melaporkan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu itu berkata, hubungan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah baik dan beliau tidak tahu apa kesalahannya terhadap Sultan Terengganu itu. Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, Ahmad yang memulakan tugas sebagai Menteri Besar yang baru hari ini, berkata beliau akan melantik barisan exco kerajaan negeri di kalangan 23 lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). "Sudah tentu (saya akan pilih mereka sebagai exco kerajaan negeri kerana), mereka telah dipilih oleh rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Ditanya mengenai ketiadaan sokongan daripada semua wakil rakyat BN terhadapnya, Ahmad berkata beliau percaya sebahagian mereka menyokongnya. Katanya wakil rakyat yang dipilih sebagai exco kerajaan negeri ini akan mengangkat sumpah pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. Beliau juga menjelaskan bahawa barisan exco itu bakal menyaksikan perubahan besar dengan kemasukan muka-muka baru. "Biasalah, bila keadaan baru, ada yang kekal, ada yang baru," katanya.

AMK cadang pecat PM, 22 Adun kerana menderhaka kepada Istana - Fariz

Wan Nordin Wan Yaacob Tue Mar 25, 08 3:32:36 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga ke saat ini. Pada 22 Mac yang lalu, Pejabat Sultan Terengganu telah mengumumkan pemilihan Datuk Ahmad Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal sebagai Menteri Besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pada pagi keesokan harinya. Pun begitu, seramai 22 Adun Barisan Nasional, yang diketuai oleh Dato' Rosol Wahid (Adun Ajil), mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut. Pada masa yang sama, Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad Said agar tidak menerima pelantikan tersebut atau bakal menerima tindakan disiplin daripada jawatankuasa pengurusan parti. Pada 23 Mac, majlis angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung terpaksa ditangguhkan dan Ahmad Said hanya menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR. Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad sebagai reaksi balas tindakan beliau yang menerima watikah pelantikan tersebut. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya dua hari lalu menyifatkan pelantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu sebagai tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN. Pada masa yang sama kesemua 23 wakil rakyat BN Terengganu (termasuk Idris) terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai MB. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa dalam satu kenyataannya hari ini memandang serius perkara ini.
Beliau berkata tindakan tersebut sebagai suatu bentuk penderhakaan terhadap bidang kuasa serta kedaulatan Institusi Kesultanan Terengganu, termasuk Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Ketua Negara Malaysia. AMK mencadangkan Tuanku Mizan agar memecat Abdullah Ahmad Badawi dari jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Selain itu AMK juga mencadangkan melucutkan jawatan kesemua 23 Adun BN Terengganu yang secara terang-terangan menzahirkan penderhakaan terhadap kuasa Tuanku Sultan dalam urusan pemilihan MB Terengganu yang sengaja digagalkan oleh Abdullah dan Adun-adun BN yang terlibat.

KEMENTERIAN PELAJARAN PUN RASUAH ???

Abdul Halim Mohd Rashid Tue Mar 25, 08 10:33:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Sebuah syarikat yang membekalkan peralatan projek robot "F1 In School" dihebohkan mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri. --
Perkara itu didehkan oleh Presiden Unika PTS, Ainon Mohd dalam laman syarikat berkenaan, universitipts.com "Entah betul, entah tidak, kononnya "Formula Satu" Sdn Bhd bagi tahun 2006-2007 sudah menerima kontrak bernilai hampir RM80 juta yang melibatkan 300 buah sekolah. "Bagi tahun 2008 pula, kontraktor itu akan menerima kontrak bernilai RM189 juta lagi bagi membekalkan robot kereta lumba F1 untuk mata pelajaran rekacipta ke 1,700 buah sekolah menengah lagi. "Macam-macam lagi gosip yang sampai ke telinga kita, semua gosip-gosip itu tidak menyedapkan hati. Yang paling tidak sedap didengar adalah desas-desus kononnya "Formula Satu" Sdn. Bhd. mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan isteri menteri," katanya. Pada masa ini , katanya, berbuih-buih mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan bercakap tentang gosip kononnya sebuah syarikat yang bernama F1 In School Sdn Bhd yang dikaitkan dengan nama seorang peniaga Cina Roy Chu, yang akan diberi kontrak RM189 juta oleh menteri pelajaran bagi membekalkan peralatan projek robot F1 itu. Bagi komuniti pendidikan pula, kata Ainon lagi, mereka mempersoalkan mengapa harus mata pelajaran rekacipta diajarkan kepada murid dengan cara mewajibkan mereka merekacipta kereta robot F1 menggunakan gajet-gajet dan sofwer yang akan dibekalkan oleh syarikat F1 In School Sdn Bhd. Sedangkan mata pelajaran rekacipta dapat diajarkan menggunakan banyak peralatan lain yang lebih murah dan efektif, kata beliau. "Gosip-gosip sedang merebak kencang dari mulut-ke-mulut yang dikaitkan dengan deal-deal bagi projek-projek yang melibatkan ratusan juta ringgit untuk perbekalan mesin, gajet, penaikan taraf makmal dan peralatan makmal bagi mata-mata pelajaran teknikal dan vokasional, di mana setiap kos projek dinaikkan berlipat-lipat ganda harganya. "Antara nama-nama syarikat kontraktor yang disebut-sebut adalah Khazanraya Sdn Bhd, Formula Satu Sdn Bhd, Jalinraya Sdn Bhd, dan Vitalis Seri Sdn Bhd. "Digosipkan bahawa empat buah syarikat itu adalah berkaitan antara satu sama lain dan nama-nama lembaga pengarah Melayunya hanya menjadi muka depan sahaja kepada seorang tokoh bisnesman Cina yang infamous," kata Ainon dalam laman tersebut. Menurut beliau, bukan baru hari ini sahaja mulut-mulut komuniti bisnes dan komuniti pendidikan berbuih-buih bercakap tentang pelbagai projek pembelian buku dan bukan-buku yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang dikatakan dibuat oleh orang politik dengan tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar-pakar pendidikan. Satu lagi pembelian yang digosipkan itu adalah pembelian produk LEGO. Ya, syarikat pembuat permainan LEGO dari Denmark, negara yang dikaitkan dengan lukisan kartun menghina Nabi Muhammad, katanya.
"Produk LEGO itu adalah untuk digunakan oleh guru-guru bagi mengajarkan mata pelajaran rekacipta di semua sekolah menengah. Menurut yang empunya gosip, RM10 juta sudah dibayarkan kepada kontraktor pembekal pada 2007, manakala RM141 juta lagi akan dikeluarkan tahun 2008 ini. "Menurut gosip yang sedang merebak macam api belukar musim panas itu, baik peruntukan RM189 juta untuk membeli gajet F1 mahupun RM151 juta untuk membeli LEGO, kedua-dua kontrak itu dirundingkan terus (direct negotiation) antara kontraktor dengan menteri, tidak menggunakan sistem tender biasa," kata beliau. Menurut beliau, demikian juga dengan pemilihan produk yang dibeli, menterinya hanya mendengar nasihat daripada agen-agen dan salesman F1 dan LEGO, dengan tidak meminta nasihat pakar-pakar yang ada di kementerian. "Gosip yang kita dengar mengatakan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak pernah memasukkan kedua-dua produk itu dalam kurikulum rekacipta yang digubalnya, oleh itu PPK tidak mempunyai bajet untuk membeli gajet F1 dan LEGO, yang kedua-duanya bernilai RM340 juta. "Malah pegawai-pegawai PPK tidak tahu menahu akan pembelian itu sehinggalah diberitahu oleh sumber dari pejabat menteri sendiri," kata Ainon.

UMNO DAH TAK DER BENDA LAIN NAK JILAT ...

Intan Abdullah Mon Mar 24, 08 6:31:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim untuk menggubal undang-undang bagi mengelakkan mana-mana pihak melompat parti adalah seumpama menjilat kembali ludah. Demikian kata Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS, Hanipa Maidin ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini. "Apa yang berlaku sekarang ini memperlihatkan kejujuran dan niat sebenar pihak Umno-BN yang mahu menjadikan undang-undang sebagai benteng pertahanan diri mereka setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu," ujarnya. Tegasnya, apa yang cuba dilakukan adalah untuk kepentingan politik parti tersebut. "Dari satu sudut, ia adalah usaha yang baik memandangkan individu tersebut telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka. "Yang menghairankan sekarang ini ialah sebelum ini BN mencabar isu yang sama apabila PAS mengemukakan cadangan untuk melaksanakannya, tetapi sekarang ini dia pula yang beria-ia mahukannya," katanya. Hanipa tidak menolak kemungkinan bahawa motif utama Umno-BN adalah disebabkan kerisauan mereka terhadap kedudukan politik parti tersebut pada penggal kepimpinan kabinet kerajaan akan datang. Menurutnya, pada pilihan raya umum 1990 lalu, PAS Kelantan telah menggubal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menghalang mana-mana individu agar tidak melompat parti setelah memenangi kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah ekoran daripada tindakan dua orang calon Semangat 46 yang menukar parti selepas memenangi kerusi Limbongan dan Sungai Pinang. Namun, undang-undang tersebut telah dicabar oleh pihak BN dengan bersandarkan kepada hujah ia bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan persekutuan mengenai hak berpersatuan. Ini menyebabkan undang-undang yang digubal kerajaan Kelantan itu terbatal dengan sendirinya dan tidak sah. Sementara itu, pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Sham Rahayu Abdul Aziz berpendapat adalah lebih bermanfaat bagi para pemimpin politik atau menteri-menteri memikirkan untuk memulihkan imej parti, daripada memikirkan bagaimana untuk menyekat para ahli yang secara sukarela ingin meninggalkan parti politik mereka atas apa alasan jua, asalkan mereka tidak dibeli oleh parti politik yang lain. "Mungkin undang-undang menyekat jual beli kerusi dewan perwakilan, parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh dibincangkan lagi, tetapi bukan undang-undang menyekat lompat parti," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Persoalan utama yang ingin diketengahkan sekarang ialah, adakah BN ingin menyekat hak wakil-wakil rakyat, parlimen atau DUN dari menikmati hak kebebasan memilih parti politik setelah sekian lama BN mengecap kenikmatan "lompat parti" ini. "Walau apapun, undang-undang bukanlah jalan terbaik yang boleh menyekat pertukaran parti," demikian katanya.

Mampukah kita jadikan Rasulullah sari teladan mereka?

Ali Bukhari Amir Thu Mar 20, 08 3:00:23 am MYT
Latta dan Uzza, menurut satu riwayat adalah sosok manusia agung di zamannya yang mungkin taraf mereka diumpamakan Stalin di Rusia, Mao di China atau Mustaffa Kamal di Turki. Boleh jadi Latta dan Uzza adalah manusia terbaik di zaman mereka di mana hal 'terbaik' dan 'kebaikan' itu adalah menurut tafsiran masyarakat pada ketika itu. Mungkinkah Latta dan Uzza adalah pendeta, cendekiawan yang soleh atau mereka adalah pemimpin masyarakat Arab yang dihormati kabilah-kabilah? Ini kerana, masyarakat Arab tak akan boleh bersatu kerana wujudnya semangat berpuak-puak yang menebal. Masing-masing puak ada pemimpinnya yang tersendiri. Mereka tentu memuji pimpinan mereka sebagai jaguh terhebat, manusia terulung dan mungkin mengeji pimpinan kabilah yang lain. Atau, mungkinkah mereka adalah pendeta yang diterima oleh semua kabilah? Oleh itu, mustahil juga seseorang ahli kabilah boleh menerima dan mengagung-agungkan pemimpin daripada kabilah lain. Hal ini boleh dilihat daripada peristiwa empat pemimpin kabulah yang berebut-rebut ingin meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya setelah banjir besar. Menurut suatu riwayat, hal itu berlaku ketika usia Nabi Muhammad 35 tahun. Diringkaskan cerita, hal itu dapat diselesaikan oleh baginda di mana pada akhirnya setiap pemimpin kabilah itu bersetuju apabila baginda sendiri meletakkan batu tersebut. Ketua-ketua kabilah itu diraikan baginda dengan memegang keempat-empat bucu kain apabila mengalas batu tersebut ke tempat asalnya. Ertinya, ketika baginda belum diangkat sebagai rasul lagi, ciri-ciri kepimpinan terserlah dalam kalangan para pemimpin kabilah Arab sendiri! Jika pimpinan kabilah sendiri telah hormatkan baginda, apatah lagi ahli-ahli kabilah biasa itu.

Pemimpin parti tidak diterima ahli parti lain ??

Ciri-ciri kepimpinan sebegini sukar ditemukan pada watak pemimpin hari ini. Obama itu dihormati oleh pengikutnya saja dan pengikut Hillary tidak menerima kepimpinan Obama kerana perbezaan warna kulit. Hal ini terjadi antara pemimpin parti dalam Malaysia juga kalau kita mampu melihatnya. Malah, ada pemimpin parti yang ditolak pengikutnya sendiri. Tapi, hal ini tidaklah dapat dilakukan kerana pengikutnya sudah takut kerana sering ditakut-takutkan oleh pimpinan. Ringkasnya, pemimpin sejati diterima semua pihak sebagai Nabi Muhammad dan semua pemimpin Arab purba yang berwibawa sebelum itu. Jika Latta dan Uzza bukanlah pendeta, sebaliknya pemimpin Arab purba, ertinya mereka ini benar-benar pemimpin hebat kerana 'jasad' mereka dalam binaan berhala telah diletak di sisi Kaabah. Jika hipotesis itu dapat diguna buat sementara waktu maka Latta dan Uzza ada persamaan dengan Nabi Muhammad daripada segi kepimpinan kerana kerana potensi kepimpinan mereka telah diterima oleh kebanyakan masyarakat Arab terdahulu. Atau, Latta dan Uzza bukan saja politikus siasah, malah politikus berjiwa pendeta. Maka, sebab itulah kepimpinan mereka berdua diterima kebanyakan masyarakat Arab purba. Ini semua adalah andaian-andaian yang mungkin boleh dibedahsiasat semula. Dalam suatu kuliah yang pernah saya dengar daripada Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, beliau menyatakan bahawa kedudukan berhala dalam kepercayaan masyarakat Arab tidaklah sama dengan kedudukan berhala dalam kepercayaan Rom, Yunani dan bangsa lain. Ini kerana, semua berhala yang disembah seperti Zeus, Hercules, Amon Ra dalam bangsa dan tamadun Yunani, Greek, Rom, Mesir itu telah diangkat sebagai dewa-dewa dan kisah kehidupan dewa-dewa ini diriwayatkan dalam bentuk peperangan dan kisah cinta. Tetapi, tidak ditemukan hikayat, catitan dan dokumen yang menunjukkan berhala-berhala di Kaabah adalah masyarakat dewa-dewa kayangan yang hadir bersamanya kisah mereka sepertimana yang wujud dalam tamadun Yunani, Rom dan lain-lain peradaban itu.
Kesimpulannya, Latta dan Uzza adalah manusia biasa yang dihormati sebagai pemimpin, atau, mungkin pendeta, atau politikus berjiwa pendeta yang akhirnya diterima masyarakat Arab seluruhnya. Ciri-ciri kepimpinan seperti inilah yang juga wujud pada diri Rasulullah s.a.w dan jarang-jarang ada pada pemimpin hari ini. Dan, akhirnya tubuh dan wajah mereka diabadikan sebagai patung replika. Wajah mereka pun diukir dan dipahat sebagai lambang idola, sembahan ikutan zaman-berzaman. Hal ini berlaku selepas berlalunya suatu tempoh pemerintahan sebuah masyarakat daripada suatu generasi ke generasi. Kepercayaan mula diwariskan secara turun-temurun. Dalam tempoh kesesatan itu, banyak benar amalan khurafat yang muncul kerana syaitan berperanan dalam menghias tindakan mereka, hinggakan amalan jelek diperlihatkan syaitan sebagai suatu yang indah. Tiada seorang nabi diangkat bagi mengeluarkan mereka daripada lembah kesesatan itu. Baginda berdepan dengan semua berhala yang masih tertegak di keliling Kaabah. Melihat hal ini baginda tiada kekuatan merobohkan berhala lalu baginda berkhalwat di Gua Hira' sehinggalah dilantik sebagai rasul dan pemimpin bagi semua mereka yang beriman. Ketika dilantik sebagai rasul, bukanlah sifat kepimpinan baginda tertolak, sebaliknya dakwah baginda itulah yang dicerca dengan menyifatkannya sebagai gila, ahli sihir serta pemecahbelah antara penduduk kota yang telah terbiasa dengan amalan khurafat itu.

Sari teladan pemerintahan baginda, penguasa kita tidak ikut

Tapi di bawah baginda itulah juga terhimpunnya Muslimin daripada kabilah-kabilah Bani Hashim, Bani 'Adi, Bani Tamim dan segala suku kaum lain. Pada saat ini, hal pemisahan itu tidak lagi bersifat perkauman, sebaliknya batas sempadannya ialah iman dan kufur. Marilah sama-sama kita merenung pula kepada pola pemikiran umum pada hari ini. Iaitu, ketika media, akhbar mempromosikan Maulidur Rasul sebagai suatu slogan di mana pada slogan itu terhimpun segala seruan yang baik tentang baginda, apakah kita dengar slogan yang meminta para pemerintah kita meniru gaya pemerintahan Rasulullah s.a.w? Kenapakah media cuma asyik menyeru suami agar menjadi suami mithali yang memasak, mencuci baju sendiri dan menyidainya sebagai satu cara meniru akhlak nabi? Kenapakah rakyat masih berkata: "Saya ikut sunnah nabi segi amalan pemakanan, iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang." Kaum wanita pula ketika ditanya mengenai calon suami, akan berkata: "Kita mahu calon suami yang memiliki kejujuran seperti Rasulullah s.a.w." Rakyat kita melihat sosok agung Nabi Muhammad s.a.w sebagai suami yang penyayang, berjiwa romantis, atau ayah yang baik. Semua ini adalah satu juzuk terpencil dan terkecil dalam kehidupan. Walhal, Rasulullah s.a.w dibangkitkan sebagai rahmat seluruh alam. Jika media tidak dapat dan tidak mampu memainkan peranan yang sihat melaungkan slogan bahawa Rasulullah s.a.w adalah pemimpin yang terbaik, maka rakyat yang sedar perlulah memainkan peranan ini dengan sebaik-baiknya.
Sungguh menyedihkan apabila media sebagai lidah pemerintah menasihat rakyat supaya mencontohi baginda dan menjadikan baginda sebagai sari pati teladan yang baik, walhal mereka (penguasa) sendirilah yang perlu terlebih dulu meletakkan Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam menjalankan pentadbiran. Adakah pentadbiran rasuah itu contoh daripada Rasulullah? Adakah sikap berat sebelah itu menjadi lambang amalan baginda dalam pemerintahannya?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Jika Fatimah, anakku sendiri yang mencuri, nescaya aku sendiri yang memotong tangannya." Kenapakah menteri-menteri bermasalah masih boleh diterima memegang jawatan? Ini semua adalah amalan berat sebelah ketika penguasa hadhari melaungkan slogan anti rasuahnya dan seruan cemerlang, gemilang dan terbilang itu. Siapa yang mampu bersabar ketika kepalanya ditaburi najis unta dan dia sedikit pun tidak melawan? Itulah Rasulullah dan Fatimah pun berlinangan air mata tatkala membersihkan kekotoran itu. Hingga kini insan yang paling banyak dihina ialah baginda dalam karikatur di dalam akhbar Denmark. Walhal, inilah insan yang paling rapat dengan Allah s.w.t. Hari ini, jika ada rakyat berdemonstrasi guna menegur dan menasihat pemerintahnya agar kembali kepada pemerintahan yang adil melalui amalan pilihan raya yang bersih, adakah rakyat akan selamat? Sekali-kali tidak. Walhal baginda itu adalah rahmat ke seluruh alam dan tidak membalas perbuatan manusia yang jahil itu. Jadi, bilakah waktunya penguasa pula mahu mencontohi amalan pemerintahan Rasulullah itu. Tidaklah adil jika rakyat saja yang diseru mencontohi baginda sedangkan penguasa tidak mahu menjadikan Rasulullah sebagai sari teladan dalam pemerintahan.

Pemimpin yang adil, rakyat sanggup mati kerananya.

Kenapa manusia seperti Bilal bin Rabah sanggup bermatian untuk Islam dan Rasulullah? Pertama, Bilal adalah hamba yang tertindas dan mencari jalan keluar daripada penindasan ini. Dia tak tahu bagaimana mahu keluar dan siapa yang dapat memimpinnya keluar dari garis batasan dan sempadan antara wilayah perhambaan dan kemerdekaan. Di celah-celah kegilaan edan itu datangnya sosok agung lagi mulia. Lidah percakapannya sentiasa benar dan membenarkan, pada dirinya sifar pendustaan. Jika dia bercakap, tidak ada yang akan terpedaya, sebaliknya ucapannya bagaikan air dingin yang menyenangkan dan menenangkan hati yang panas bergolak. Bilal sanggup mati dan rela mempertaruhkan nyawanya sendiri dmi kemerdekaan kerana beliau sudah melihat jalan keluar daripada sistem penindasan ini dan beliau yakin bahawa Muhammad bin Abdullah itulah sosok yang benar dipercayai sebagai pemimpin berjiwa pembela. Uwais al-Qarni seorang Tabiin sanggup mematahkan giginya sendiri apabila didengarnya Rasulullah telah patah giginya di medan perang. Uwais bertindak demikian lantaran ingin mengetahui bagaimana rasanya kesakitan yang dialami Rasulullah pada ketika itu.
Pada mereka, biar terluka batang tubuh mereka, jangan terluka sedikit pun batang tubuh Rasulullah s.a.w. Kasih sayang yang terbina itu adalah dengan sebab pengorbanan yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Baginda sedia disakiti tetapi tidak sanggup menyakiti.
Tetapi, pemerintah hari ini, sekali disinggung dan disakiti hatinya melalui ceramah dan penulisan di dada akhbar, penjara tahunan masa dan hukuman ISA itulah yang terpaksa diterima rakyatnya sendiri. Sejengkal dosa rakyat, sedepa pula hukuman penguasa. Lihatlah, jubah serta serban putih bertukar warna merah darah ketika baginda berdakwah ke Taif kerana baginda disambut dengan lemparan batu-batu. Malah, ketika ditawarkan oleh malaikat untuk membalas kembali perbuatan itu, baginda menolak. Sebaliknya, baginda yang sedang kesakitan kerana dilempar batu itu mendoakan kesejahteraan mereka dan berharap daripada keturunan mereka itu akan lahir zuriat yang akan menerima ajaran Islam. Penguasa yang terbaik adalah mereka yang mendoakan rakyatnya dan rakyatnya mendoakan penguasa. Penguasa hari ini, sedikit saja ditegur, rakyatnya langsung dibelasah tanpa belas kasihan. Adakah doa selamat kepada penguasa terapung di langit saat belantan FRU menghempap kepala dan membelasah demonstran dengan bonus simbahan water canon dan desiran asap berpuaka molotov? Bukan doa syeikh? tetapi kutukan berbisa! Ini doa rakyat yang dizalimi dan jeritan doa ratusan ribu pendokong Bersih yang mendoakan kejatuhan BN. Doa mereka yang sarat dengan kutukan itu telah termakbul kini dan tiada hijab apa-apa lagi antara orang yang dizalimi. Siapa yang menangis, meraung ketika BN kalah? Mana ada? Yang ada, fenomena rakyat melompat suka dan kenduri kesyukuran 40 hari seantero negeri! Semua bertakbir, bertasbih dan bertahmid bersama malaikat di langit tertinggi! Rakyat tidak kasihan kepada BN sepertimana para sahabat sanggup bermati-matian mempertahankan batang tubuh Rasulullah s.a.w itu.

Tiba masanya rakyat balas dendam

Pemerintah hari ini perlu bermuhasabah selepas pilihan raya, kalau mereka diancam apa-apa, adakah rakyat akan menangisi penderitaan mereka atau sebaliknya rakyat cuma akan mencemuh: "Huh! Padan muka! Pade doh!" atau "Nah! Rasakan! Dulu aku demo sampai pecah tempurung kepala dan berkecai kepala lutut. La ni giliran hangpa pulak demo!" Bukan sedikit yang akan mencebik, mengutuk dan menyindir: "Buat apa la hangpa demo-demo ni? Bukankah dulu hangpa juga yang kata, berundinglah jangan berdemo? Lani apa lagi, cubalah berunding! Tok sah lah berdemo-demo ni. Tak baik?" Kira-kira 20 buah pertubuhan NGO Muslim di Pulau Pinang telah pun bermesyuarat dan berunding dengan kerajaan alternatif DAP Pulau Pinang baru-baru ini berhubung kedudukan Melayu dan Islam di pulau mutiara itu. Mereka berunding dengan baik, tidak perlu demo-demo. Umno Tanjung (Pulau Pinang) perlu ikut contoh ikutan dan sari teladan yang sudah ditunjukkan pimpinan alternatif dan pimpinan NGO-NGO Muslim ini. Firman Allah s.w.t: "Wa amruhum syura bainahum." Maka, Rasulullah s.a.w bersyura bersama para sahabatnya ketika memutuskan sesuatu perkara. Syura dan rundingan adalah sunnah Rasulullah dan inilah serpihan contoh teladan yang langsung daripada Allah ke atas baginda dan umat manusia. Jika Umno Tanjung tidak bersyura dengan pimpinan negeri Pulau Pinang, susahlah. Buruk nama, imej dan reputasi Pak Lah yang memang sedia buruk itu. Apatah lagi, Pak Lah adalah anak Tanjung. Sikap Umno Tanjung ini seperti sokong membawa rebah ke atas Pak Lah. Jika tidak mampu bersyura, usah 'bicara kemaih' dan 'sembang deraih' dalam Bicara Mufti dan Forum Hal Ehwal Islam tentang cita-cita mahu menyuruh rakyat kita mengikut sari teladan Rasulullah kalau pemimpin BN sendiri gagal menjadikan pemerintahan baginda sebagai landasan perjuangan mereka sejak dulu, kini dan selama-lamanya. "Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah." (al-Ahzab: 21) "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Ahzab: 40)