SHAH ALAM 29 Mac - Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 19 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini turut terlibat dalam bidang penulisan untuk laman blognya sendiri. Laman blog yang dilancarkan hari ini dibuat sebagai salah satu saluran kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohamad Khir ketika dihubungi di sini hari ini berkata, laman blog yang beralamat di http://www.drkhir.blogspot.com/ itu diwujudkan supaya setiap masalah rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.‘‘Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang saya tumpukan terhadap tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.‘‘Oleh itu, saya gunakan masa yang ada selain memberi tumpuan kepada rakyat di Sungai Panjang, saya turut menyuarakan pandangan dan pendapat melalui laman blog supaya ia dapat dikongsi oleh semua rakyat termasuk kerajaan negeri sendiri,’’ katanya.Malah, katanya lagi, beliau turut mengalu-alukan sebarang komen daripada semua pihak khususnya jika ia membabitkan masalah rakyat. Tambah Mohamad Khir, beliau juga akan memastikan PKR melaksanakan setiap janji mereka dan tidak akan membiarkan rakyat ditipu.Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan negeri pimpinan PKR mengenakan levi ke atas majikan yang menggaji pekerja asing sebagai terburu-buru dan hanya untuk meraih populariti. Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan Pusat termasuk Kementerian Kewangan untuk mengenakan levi sebanyak RM100 setahun bagi setiap pekerja asing bagi disalurkan ke Dana Khas Belia Selangor. Ini kerana, katanya, dasar pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat termasuklah peruntukan undang-undang, manakala tindakan mengenakan levi kepada majikan sudah pasti akan memberi implikasi kewangan kepada pekerja asing serta majikan itu sendiri.Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan negeri perlu mengkaji keperluan dari segi perundangan selain mengambil kira pandangan setiap majikan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.Ahad, 30 Mac 2008
Khir Toyo jadi penulis blog ???
SHAH ALAM 29 Mac - Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 19 Mac lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini turut terlibat dalam bidang penulisan untuk laman blognya sendiri. Laman blog yang dilancarkan hari ini dibuat sebagai salah satu saluran kepada bekas Menteri Besar Selangor itu untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohamad Khir ketika dihubungi di sini hari ini berkata, laman blog yang beralamat di http://www.drkhir.blogspot.com/ itu diwujudkan supaya setiap masalah rakyat diambil kira oleh kerajaan negeri termasuk melaksanakan semua janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.‘‘Saya kini ada banyak masa berbanding sebelum ini yang saya tumpukan terhadap tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.‘‘Oleh itu, saya gunakan masa yang ada selain memberi tumpuan kepada rakyat di Sungai Panjang, saya turut menyuarakan pandangan dan pendapat melalui laman blog supaya ia dapat dikongsi oleh semua rakyat termasuk kerajaan negeri sendiri,’’ katanya.Malah, katanya lagi, beliau turut mengalu-alukan sebarang komen daripada semua pihak khususnya jika ia membabitkan masalah rakyat. Tambah Mohamad Khir, beliau juga akan memastikan PKR melaksanakan setiap janji mereka dan tidak akan membiarkan rakyat ditipu.Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan negeri pimpinan PKR mengenakan levi ke atas majikan yang menggaji pekerja asing sebagai terburu-buru dan hanya untuk meraih populariti. Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan negeri perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan Pusat termasuk Kementerian Kewangan untuk mengenakan levi sebanyak RM100 setahun bagi setiap pekerja asing bagi disalurkan ke Dana Khas Belia Selangor. Ini kerana, katanya, dasar pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat termasuklah peruntukan undang-undang, manakala tindakan mengenakan levi kepada majikan sudah pasti akan memberi implikasi kewangan kepada pekerja asing serta majikan itu sendiri.Sepatutnya, menurut beliau, kerajaan negeri perlu mengkaji keperluan dari segi perundangan selain mengambil kira pandangan setiap majikan sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan