Followers

Rabu, 14 November 2007

Barang Naik .. Minyak Naik ... UNDi ???

TAPAH 12 Nov. - Masyarakat di negara ini perlu bersedia menghadapi kesan daripada trend kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini.Beliau berkata, trend kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat, mesti dihadapi mana-mana kerajaan dan parti politik di dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah."Kadang-kala pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ini (kenaikan harga minyak) tidak sepatutnya berlaku, dan ini (harga minyak) tidak sepatutnya naik."Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya Muhibah Aidilfitri dan Deepavali Parlimen Tapah di Dewan Merdeka di sini.Beliau berkata, untuk meringankan beban masyarakat dalam menghadapi kesan kenaikan harga minyak dunia, kerajaan sedang berusaha membantu rakyat menjadi pengguna bijak dengan membeli barangan perlu saja serta membeli barangan berharga murah.Katanya, musim sejuk yang melampau di Eropah, permintaan global yang semakin meningkat terutama dari China dan India untuk perindustrian, serta peperangan, merupakan faktor yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana kerajaan dan parti politik termasuk parti pembangkang.Beliau berkata, trend kenaikan harga minyak dunia itu akan berterusan dan dijangka mencecah paras AS$100 (RM332) dalam tempoh beberapa hari lagi.Mohd Shafie berkata, kajian mengenai subsidi minyak dan pengagihannya yang dijangka diperolehi beberapa bulan lagi akan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kemampuan rakyat serta keupayaan kerajaan menanggung perbelanjaan subsidi sebanyak RM40 bilion.Ditanya mengenai dakwaan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak antara 30 dan 50 sen mulai tahun depan, beliau berkata, "apa yang perlu dilakukan ialah mengkaji dengan lebih teliti dengan pendekatan baru. Khabar angin ini banyak sangat. Jangan dengar".Beliau juga menegaskan menyertai kempen boikot hanya boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas teruk dan lumpuh.Sumber : BernamaUlasan:Minyak merupakan hak umum dalam Islam, ia adalah hak rakyat, negara hanya bertugas untuk menguruskannya untuk mengagihkannya kepada rakyat. Itulah maksud sebenar bahawa minyak adalah hak umum (public). Namun negara nampaknya bertindak sebagai pengikis kekayaan rakyat ini, menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri, bukannya untuk kebajikan rakyat. Telah dikhabarkan melalui hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa "Muslim berkongsi di dalam tiga perkara, iaitu api, air dan rumput. harganya adalah haram".[HR. Abu Ubaid] Jadi minyak adalah sumber tenaga macam api pada zaman dahulu, ia adalah milik umum, milik rakyat semua tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda, yang cacat dan sempurna, pemimpin atau rakyat. Memperdagangkan minyak seolah-olah minyak tersebut milik PETRONAS atau SHELL atau CALTEX adalah salah sama sekali. Kerajaan sepatutnya mengupah syarikat itu untuk cari gali, bukannya memberikan konsesi kemudian mengutip royalti dan cukai darinya. Petronas mengalami keuntungan sebanyak RM70.2bilion tahun berakhir Mac 2006 iaitu peningkatan sebanyak 21% , hal ini berlaku kerana kenaikan harga minyak di pasaran minyak dunia dan juga kenaikan nila RM berbanding USD [UM 30.6.2007]. Kita sering digembar-gemburkan bahawa kerajaan tidak mampu lagi menanggung subsidi RM40 bilion, tapi kita tidak pernah diterangkan dengan jelas, berapakah margin keuntungan eksport minyak keluar negara berbanding penggunaan luar negara setelah kenaikan harga ini. Setelah kekayaan umat diurus dan dirompak dengan cara yang salah sekarang perompak ingin berbicara masalah tidak mampu memberi subsidi? Rakyat tidak perlu bersedia untuk kenaikan harga, yang perlu bersedia adalah pemerintah untuk memberikan hak umat agihan petroleum berasasakan syarak.

Tiada ulasan: