Followers

Rabu, 14 November 2007

Rakyat tidak perlu adakan demonstrasi jalanan???

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat negara ini tidak memerlukan demonstrasi jalanan untuk menuntut sesuatu kerana ia bukan budaya Malaysia.Timbalan Perdana Menteri berkata, apa gunanya berdemonstrasi jika ia boleh meruntuhkan negara dan mungkin mengakibatkan kestabilan dan keamanan sukar untuk dibina semula.‘‘Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang.‘‘BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini,’’ katanya.Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Kebangsaan 2007 di Brickfields di sini hari ini.Najib memberitahu, rakyat negara ini perlu berpegang kepada Perlembagaan Negara dan menjadikan Rukun Negara teras dan landasan hidup bermasyarakat. Katanya, mereka perlu berusaha gigih mengekalkan kestabilan dan keharmonian sedia ada.Beliau menegaskan, sekiranya semua pihak menggunakan demokrasi jalanan, perpaduan negara yang dibina oleh pemimpin-pemimpin akan musnah.‘‘Deepavali membawa maksud perayaan cahaya bagi meraikan kemenangan mengatasi kejahatan dan konsep ini perlu diambil oleh rakyat negara ini dengan melihat cahaya sebagai simbol cintakan keamanan serta perpaduan,” katanya.Sumber: Utusan Malaysia 12/11/07 Ulasan:Demonstrasi jalanan yang diadakan oleh parti-parti pembangkang dan NGO pada Sabtu lepas untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih nampaknya berjaya menggusarkan kerajaan. Walaupun demonstrasi yang agak besar itu dilihat tidak akan dapat merubah pendirian kerajaan dan undang-undang kufur yang sedia ada (kerana itu bukan agendanya), namun sedikit sebanyak ia telah menyedarkan rakyat bahawa pilihan raya yang dijalankan di bawah undang-undang kufur warisan British ini tidak pernah bersih dan adil. Dan demi sesungguhnya inilah hakikat undang-undang kufur - selama mana umat Islam diperintah oleh undang-undang kufur ciptaan demokrasi, keadilan dan kerahmatan tidak akan pernah tercapai atau dinikmati. Keadilan yang hakiki hanya akan dapat di kecapi apabila pemerintahan dan undang-undang yang diterapkan adalah berasal dari Kitabullah dan Sunah RasulNya, yang (pemerintahan itu) sama sekali tidak sama dengan pemerintahan demokrasi yang ada sekarang.Gesaan TPM agar rakyat tidak mengadakan demonstrasi jalanan dan mesti berpegang teguh dengan Perlembagaan tidak lain hanyalah merupakan gesaan untuk terus berpegang teguh kepada undang-undang kufur ciptaan penjajah yang sedia ada. Ia juga sekali gus menunjukkan bagaimana sistem ‘demokrasi’ yang ada hanyalah dijadikan alat dan diperkuda oleh parti pemerintah bagi mengekalkan kuasa yang dinikmati agar tidak diganggu gugat oleh pihak-pihak lain. Mereka bercakap tentang keamanan dan perpaduan, namun mereka membelakangkan ajaran Quran dan Sunah dengan menerapkan undang-undang ciptaan tangan-tangan mereka sendiri (di bawah sistem demokrasi), bukannya undang-undang ciptaan Allah. Jika dalam soal pemerintahan mereka sanggup tidak berhukum dengan hukum Allah (yang mana mengikut Al-Quran, mereka boleh jatuh kafir, zalim atau fasik), justeru, tidak hairanlah jika para pemimpin yang ada turut membelakangkan ajaran Islam dalam bab-bab lainnya, seperti mengambil konsep ‘kepercayaan Hindu’ dalam perayaan Deepavali sebagai simbol cintakan keamanan. Apakah sudah tidak ada ajaran di dalam Islam untuk mencapai keamanan sehingga perlu dilihat dan diambil konsep dari agama Hindu sebagai simbol?

Tiada ulasan: