Followers

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Isnin, 24 Oktober 2011

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA DEEPAVALI

Assalamualaikum .. salam sejahtera .. 

Pada 23 Oktober 2011, telah diadakan satu majlis penyampaian sumbangan dan majlis ramah mesra bersama masyarakat india sempena deepavali bertempat di Balai Islam Serkam Darat. Majlis yang diadakan bermula jam 3.00 petang disertai oleh AJK Dewan Pemuda Kawasan dan Majlis Tindakan Dun Serkam ..
















































Khamis, 25 November 2010

PROGRAM BERKHATAN PAS SERKAM DARAT

Pada 27 November 2010, PAS Cawangan Serkam Darat akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bertempat di Balai Islam Serkam Darat Taman Serkam Maju,Serkam Darat Melaka. Program yang diadakan ini adalah kali kekedua dianjurkan oleh PAS Cawangan Serkam Darat. Dengan menggunakan kaedah rawatan terkini selamat, cepat sembuh dan kurang berdarah, aktiviti ini dijadikan sebagi aktiviti tahunan menjelang cuti persekolahan setiap akhir tahun. Menurut Setiausaha PAS Cawangan Serkam Darat, Saudara Zulkifli bin Mohd Ghouse, aktiviti ini selain daripada bertujuan untuk merapatkan ukhuwah persaudaraan dan khidmat masyarakat, program ini juga diharapkan dapat memberikan peluang kepada para ibu bapa untuk mengkhatankan anak anak mereka yang telah cukup umur. Setiap rawatan yang dilakukan dikenakan bayaran RM 60  seorang manakala anak yatim akan dibiayai pembayarannya oleh pihak penganjur. Diharapkan program yang diadakan seumpamanya ini akan merapatkan ukhuwah dan memberikan peluang kepada rakyat untuk mendekati PAS Serkam darat dengan lebih dekat. 

Isnin, 19 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PCSD SEDERHANA TAPI MERIAH

Assalamualaikum .. salam perjuanganImbang Penuh

Semalam telah selamat berlangsung jamuan hari raya PAS yang julung kali diadakan pada setiap tahun dan merupakan salah satu daripada program wajib tahunan yang diadakan di peringkat PAS Cawangan. Program yang menghimpunkan segenap pelusuk warga serkam darat yang terdiri daripada pelbagai bangsa tanpa mengira latar belakang,warna kulit, ideologi politik dan agama.

Program dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pak Syeikh,Tuan Haji Said bin Omar dan disusuli dengan jamuan ini terut mengundang YB ADUN Serkam Tn.Hj Ghazale. Berikut adalah paparan yang dapat dikongsikan bersama semua