Followers

Khamis, 25 November 2010

PROGRAM BERKHATAN PAS SERKAM DARAT

Pada 27 November 2010, PAS Cawangan Serkam Darat akan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai bertempat di Balai Islam Serkam Darat Taman Serkam Maju,Serkam Darat Melaka. Program yang diadakan ini adalah kali kekedua dianjurkan oleh PAS Cawangan Serkam Darat. Dengan menggunakan kaedah rawatan terkini selamat, cepat sembuh dan kurang berdarah, aktiviti ini dijadikan sebagi aktiviti tahunan menjelang cuti persekolahan setiap akhir tahun. Menurut Setiausaha PAS Cawangan Serkam Darat, Saudara Zulkifli bin Mohd Ghouse, aktiviti ini selain daripada bertujuan untuk merapatkan ukhuwah persaudaraan dan khidmat masyarakat, program ini juga diharapkan dapat memberikan peluang kepada para ibu bapa untuk mengkhatankan anak anak mereka yang telah cukup umur. Setiap rawatan yang dilakukan dikenakan bayaran RM 60  seorang manakala anak yatim akan dibiayai pembayarannya oleh pihak penganjur. Diharapkan program yang diadakan seumpamanya ini akan merapatkan ukhuwah dan memberikan peluang kepada rakyat untuk mendekati PAS Serkam darat dengan lebih dekat. 

Tiada ulasan: