Followers

Isnin, 4 Februari 2013

Start Enjin Dulu

Assalamualaikum .. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberikan peluang kepada hamba untuk mencoretkan catatan di pertengahan malam yang hening dan dingin ini berkaitan dengan situasi dan keadaan pada masa sekarang ini. Almaklum kalau dicongak dan di semak dekat kalender hanya tinggal 2-3 bulan sahaja lagi PRU yang 13 akan berlangsung dan kalau kita boleh peratikan dah banyak markas dan bilik -bilik gerakan yang telah mula beroperasi bak kata orang dah mula start enjin tinggal nak masuk gear saja. 

Tapi apa yang kurang kat sini ialah sokongan dan bantuan daripada sahabat-sahabat yang tinggal berdekatan. well sebagaimana biasa antara yang bakal keluar dari mulut mereka ialah .. " ala belum bubar parlimen lagi so tak payah kita nak terkocoh-kocoh buat kerja" , Alah .. kerja teruk teruk pun belum tentu dapat menang kerusi yang ditandingi". 

Hamba nak ajak sahabat-sahabat yang mengaku aktivis parti islam berfikir sejenak dengan apa yang pernah disuarakan oleh salah seorang sahabat Baginda Nabi SAW, iaitu " Kebatilan yang berperancangan akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak berperancangan". Apa yang hamba nak kaitkan kat sini ialah mengenai persediaan kita untuk meraih dan mencipta kemenangan. Betul kata orang tua-tua dulu, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sangunya dan sediakan payung sebelum hujan dan pelbagai bidalan yang dicipta oleh orang -orang dulu untuk mengingatkan kita berkaitan persediaan. 

Nak capai sesuatu kejayaan atau cipta kegemilangan bermula dengan langkah dan usaha yang dijalankan. Kalau tak ada usaha untuk capai tujuan manakan kita akan dapat sesuatu itu dengan mudah. Oleh yang demikian sahabat-sahabat sekalian khususnya yang mengaku dirinya aktivis parti dan penyokong kuat parti Islam SeMalaysia (PAS) ayuh kita turun sama-sama membantu yang termampu segala keperluan yang diperlukan di markas-markas dan bilik gerakan kita bagi memastikan kita senantiasa bersedia untuk apa juga keadaan dan situasi

Tiada ulasan: