Followers

Ahad, 20 Januari 2013

Deepak Beri Kerjasama Untuk Imuniti

Deepak Jaikishan (gambar) menyambut baik pelawaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menawarkan diri menjadi perantara bagi usahawan karpet itu dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan imuniti. “Saya menyambut baik jemputan oleh Datuk Mahfuz untuk bertemunya berkaitan dengan permohonan imuniti kepada Pakatan dan berharap dapat bertemu beliau di Pejabat Agung PAS,” kata Deepak memetik laporan portal Harakahdaily.

 Mahfuz sebelum itu berkata, beliau sedia bertemu dengan Deepak bagi mendengar permohonannya untuk mendapatkan imuniti daripada PR Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesediaan meluangkan masa untuk Deepak bagi mendengar permohonan itu. Kenyataan ini dibuat oleh beliau ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Deepak tidak ada kredibiliti. “Jika sesuai saya akan membawa perkara ini ke majlis pimpinan Pakatan untuk dipertimbangkan,” kata Mahfuz kepada Harakahdaily. 

Menurut Mahfuz memang ada peruntukan dalam undang-undang tentang perlindungan sebagai saksi ini dalam akta petlindungan saksi Perdana menteri memecah sikap membisunya apabila ditanya mengenai dakwaan usahawan tersebut berkenaan kaitannya dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Najib dalam respon balas kepada soalan pemberita malam selepas Majlis Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam Khamis lalu ketika diminta mengulas dakwaan Deepak hanya berkata, “Tidak benar. (Deepak) bukanlah seorang yang berkredibiliti.” Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian, bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung perkara itu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru. Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya. Misteri mula menyelubungi identiti sebenar peguam yang menyiapkan akuan bersumpah kedua Balasubramaniam, bertarikh sehari selepas akuan pertama pada 3 Julai 2008, berhubung pembunuhan Altantuya, yang menyaksikan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dijatuhkan hukuman bunuh kerana didapati bersalah melakukan pembunuhan tersebut. Peguam Americk Singh Sidhu menjelaskan Deepak sudah membersihkan Arunampalam — d imana penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan urusan hartanahnya — sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.


 Beliau juga berkata kesemua klu dikumpul untuk Majlis Peguam bertindak dan menyiasat badan berkenaan bagi menyemak senarai peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik yang dinamakan di dalam akuan bersumpah Balasubramaniam untuk menyoal siasat mereka semasa inkuiri. Beliau menjelaskan hanya peguam yang mahir sahaja mempunyai akses kepada golongan tertentu yang dinamakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam, daripada 14,000 anggota Majlis Peguam. Peguam terkenal, Tan Sri Cecil Abraham, yang turut dikaitkan dengan perakuan bersumpah kedua itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan berkenaan dakwaan beliau terlibat menyiapkan dokumen tersebut./ hrkh 

Tiada ulasan: