Followers

Jumaat, 23 November 2012

UMNO Takut Bila Berdoa ..

Isu ‘doa’ yang dimainkan media arus perdana hanya ditujukan kepada parti UMNO bukan buat ahlinya. Demikian tegas Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor. Bagaimanapun Azam mempersoalkan tindakan sesetengah pemimpin UMNO yang bimbang dengan ‘doa’ berkenaan sedangkan selama ini mereka dikatakan melemparkan pelbagai tuduhan buruk kepada PAS. 

 ”Kawan-kawan UMNO marah apabila Ust Nik Razi Nik Mat mendoakan Kehancuran UMNO BN semasa Solat hajat sempena Himpunan Rakyat di Stadium Muhammad yg lalu, kebetulan saya turut bersama di sana mlm itu. ”Rupa-rupanya UMNO ni takut juga doa Ulama-ulama orang-orang PAS. Bagi saya, Kalau pemimpin UMNO tak buat zalim, tak rasuah, tak seleweng wang rakyat, tak buat mungkar, tak hina dan tolak Hukum Islam. Apa yang nak dibimbangkan dan ditakuti kepada doa Ulama-ulamak dan Ahli PAS. ”Selama ni apa yang pimimpin-pemimpin UMNO dan bloggers-bloggers UMNO tak tuduh, tak fitnah, tak sesatkan PAS?

 ”Kenapa dok takut sangat? ke UMNO dok takut amaran Rasulullah. Sabda Rasul yang bermaksud:” Takutlah kamu doa orang-orang yang dizalimi, sekalipun orang yang dizalimi itu orang-orang kafir, kerana tidak ada hijab antara mereka dengan Allah. ”Ingatlah dan fahamilah wahai sahabat-sahabat ku ahli-ahli UMNO. Kami hanya mendoakan kehancuran UMNO BN saje, bukannya kehancuran ahli2 UMNO,” katanya dalam satu kenyataan

Tiada ulasan: