Kementerian Dalam Negeri didakwa telah membeli kamera perangkap laju AES bagi kegunaan polis pada kadar lebih mahal dari harga sebenar.
Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit.
Bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap di peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri mendakwa negara luar telah membeli kamera tersebut dengan harga yang lebih murah.
Kenyataan beliau itu merujuk kepada dokumen pembekal kepada kerajaan di tiga negeri di Amerika Syarikat antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
"Dokumen yang kita ada ini menunjukkan di negara luar hanya membayar dalam RM15,000 hingga RM19,000 sahaja atau AS$4,995 hingga AS$6,378, kenapa kita berbelanja lebih dari itu," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan