Followers

Selasa, 23 Oktober 2012

Terima Kasih Kerana Malukan UMNO

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh

(Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 nampaknya terus meracau apabila berkata bahawa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Bahkan dakwaan ini sangat pelik apabila beliau tidak menamakan mana-mana negara dalam ucapannya tersebut untuk menghina Hudud.Ulamak UMNO sepatutnya mengajar Datuk Seri Chua bahawa menghina Hudud adalah menghina Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. Begitu juga memperlekehkan Hudud adalah sebenarnya memperlekehkan Allah dan RasulNya s.a.w. kerana Allah adalah pencipta undang-undang Hudud dan Rasulullah s.a.w. adalah pembawa risalah Islam termasuklah risalah Hudud. Justeru, memperlekeh dan menghina Hudud adalah bermakna memperlekeh dan menghina pencipta Hudud dan pembawa risalahnya.Jika UMNO begitu marah terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah s.a.w., UMNO juga sepatutnya sangat marah terhadap keceluparan Datuk Seri Chua kerana menghina Rasulullah s.a.w. yang membawa ajaran Hudud.

Tetapi UMNO nampaknya tidak akan menegur Datuk Seri Chua kerana penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. melalui Hudud menguntungkan politik Barisan Nasional khususnya untuk menarik undi orang Cina. Buktinya, ucapan beliau tersebut dibuat di hadapan Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedikit pun tidak menegurnya.Bahkan ketika sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung tersebut, Datuk Seri Chua berkata "UMNO tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kalau UMNO nak laksana hukum itu, sudah lama dilakukan tetapi Umno menghormati pendirian dan kepentingan bangsa lain."Kenyataan seumpama ini menggambarkan bahawa UMNO bersubahat menolak Hudud demi menjaga hati MCA lebih daripada menjaga hati Rasulullah s.a.w.


 

Tiada ulasan: