Followers

Khamis, 5 April 2012

Najib Tipu Rakyat Lagi !!!

Baru sebentar tadi "tukanglawan" menulis artikel bagaimana bijak dan liciknya kerajaan Najib altantuya memperdaya rakyat (baca sini), jika rakyat bangkit dan marah pada tahun 2008 iaitu zaman Paklah menjadi perdana menteri gara-gara menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 (RM2.70 bagi RON97), tapi penipuan Najib dan barisan menteri kabinet tidak langsung dapat dihidu rakyat. 

Kita akan menikmati harga baru Petrol RON97 selepas ini, harga terbaru yang diumumkan ialah RM2.90 bagi setiap liter, lebih 20 sen jika dibandikan zaman Paklah dulu,

Tapi anda jangan bimbang, harga RON97 yang rata-rata digunakan untuk kereta berprestasi tinggi contohnya(Porsches anak Nazri Aziz), atau (kereta Sport mewah yang dikatakan milik anak bekas perdana menteri) atau ( kereta-kereta bekas menteri yang tak boleh pakai RON95 ) masih murah sebenarnya,

Malah lebih Murah dari harga sebenar RON95 yang dijual di Malaysia.

Anda jangan terkejut, itulah kenyataanya, "tukanglawan" rasa kerajaan sebenarnya telah menukar label minyak, mungkin kereta-kereta mewah mungkin selama ini telah mengisi kereta mereka dengan minyak murah, sedangkan pemilik kancil dan kelisa serta penunggang motosikal telah sebenarnya menggunakan minyak RON97.

kenapa "tukanglawan: katakan begitu, mudah kan, bayangkan jika ada 2 barang, beza kedua-duanya ialah kualiti barangan tersebut, sudah pastilah yang lebih berkualiti sedikit mahal dari benda sama yang kurang sedikit kualitinya. jadi jika ada 2 jenis minyak RON95 dan RON97 pasti yang lebih mahal itu kualitinya lebih bagus.

Baiklah, kita baca kenyataan dibawah


Berkuat kuasa 16 Julai 2010, subsidi bahan bakar dan gula akan diselaraskan seperti berikut:
  
  * RON 97 tidak lagi diberi subsidi. Ia tertakluk kepada apungan semasa, di mana harganya ditentukan menerusi mekanisme harga automatik

Jadi harga petrol RON97 sebanyak RM2.90 yang diumumkan malam tadi ialah harga sebenar jenis bahan bakar itu, untuk perhatian melalui laman portal unit perancang ekonomi ( klik sini ) jelas menyatakan bahanbakar RON97 tidak diberikan subsidi oleh kerajaan.

Ok.. ambil point ini, HARGA SEBENAR RON97 ialah RM2.90, tapi berapa pula harga sebenar RON95?

Sila lihat gambar dibawah yang dipetik dari dari statistik yang dikeluarkan pada bulan januari 2012 bersumberkan fail yang dimuat turun dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan. (sila download disini)


Adakah anda rasa tertipu?, kenapa harga sebenar RON95 adalah lebih mahal berbanding harga sebenar RON97?, harga RON97 diletakkan pada harga RM2.90 (sekarang) , manakala RON95 pula ialah RM 3.35 iaitu 45 sen (sekarang)  55 sen ( sebelum RON97 dinaikkan 10sen)  lebih mahal?.

Apakah Pemberian subsidi yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini satu penipuan?. subsidi itu tidak diberikan atau jumlah subsidi yang diberikan bukan seperti yang dicanangkan oleh kerajaan.? lihatlah bagaimana kita ditipu hidup-hidup, 


Memang tidak logik bila harga RON97 yang dikatakan lebih berkualiti itu adalah lebih murah dari RON95 yang dikatakan diberi kepada kebanyakkan rakyat dengan harga murah selepas pelepasan cukai dan subsidi, mengapa perkara ini kita terlepas pandang, bagaimana kerajaan boleh menipu rakyat selama ini?

Anda fikirkan lah sendiri, RON97 berharga RM2.90 manakala harga sebenar RON95 ialah RM3.35(berdasarkan fakta yang dimuat turun), apakah perkara itu logik?, ada sesuatu yang tidak kena. kita tunggu menteri jawab, itu pun jika berani berhadapan dengan rakyat.

Jika tidak. kita ada pilihan lain, beri mandat kepada Pakatan Rakyat dan harga minyak pasti akan diturunkan.

Tiada ulasan: