Followers

Ahad, 18 Mac 2012

BN Beli Undi : Lagi Mau Auta

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, partinya dan juga Barisan Nasional (BN) tidak pernah dan tidak ada keperluan untuk membeli undi pada pilihan raya umum.

Menafikan dakwaan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tengku Adnan berkata, bekas anggota Kabinet itu seharusnya mengadakan perbincangan dengan parti jika ada sesuatu yang tidak kena.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Abdul Kadir yang dilapor mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut Tengku Adnan, siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"... kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya, dipetik Bernama, selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Berdasarkan laporan media alternatif kelmarin, Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata, beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Tengku Adnan berkata, selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan Bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.

"Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya.

Tiada ulasan: