Followers

Isnin, 19 Oktober 2009

PAS SERKAM DARAT RANCANG TUBUH PASTI

Assalamualaikum .. salam perjuangan

Dalam perbualan yang berlangsung antara ahli jawatankuasa kerja PAS Cawangan Serkam Darat dengan beberapa AJK Pemuda PAS Serkam Darat, terpacul cadangan untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam. Menurut Ketua Pemuda PAS Cawangan Serkam Darat, cadangan penubuhan pusat asuhan ini sudah lama dihasratkan untuk ditubuhkan dan dilaksanakan di serkam darat memandangkan berkemungkinan Serkam Darat akan dinaik taraf ke pada hab pengajian tinggi pada masa akan datang.

Cadangan ini juga turut disokong oleh Ketua Cawangan PAS Serkam Darat, yang memandang serius akan perkara ini dan ianya akan dibawa dalam perbincangan mesyuarat AJK Cawangan yang akan datang. Pengambilan pertama untuk sesi persekolahan akan dibuka bermula bulan November yang akan datang. PASTI Serkam Darat akan dikendalikan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Cawangan.

JAMUAN HARI RAYA PCSD SEDERHANA TAPI MERIAH

Assalamualaikum .. salam perjuanganImbang Penuh

Semalam telah selamat berlangsung jamuan hari raya PAS yang julung kali diadakan pada setiap tahun dan merupakan salah satu daripada program wajib tahunan yang diadakan di peringkat PAS Cawangan. Program yang menghimpunkan segenap pelusuk warga serkam darat yang terdiri daripada pelbagai bangsa tanpa mengira latar belakang,warna kulit, ideologi politik dan agama.

Program dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pak Syeikh,Tuan Haji Said bin Omar dan disusuli dengan jamuan ini terut mengundang YB ADUN Serkam Tn.Hj Ghazale. Berikut adalah paparan yang dapat dikongsikan bersama semua














Sabtu, 17 Oktober 2009

UNDANGAN KE PROGRAM MARKAZ TERBUKA

Assalamualaikum ... salam perjuangan

Insya Allah esok 18 OKtober 2009 bersamaan 29 syawal 1430 hijrah akan diadakan majlis markaz terbuka bersempena dengan Sambutan Aidilfitri 1430Hijrah. Majlis akan bermula sekitar jam 10.00 pagi dimulakan dengan tahlil ringkas dan disusuli dengan jamuan hari raya dan akan diselang selikan dengan ucapan -ucapan daripada pimpinan cawangan, kawasan dan negeri yang hadir.

Menurut penyelaras program, tuan haji awaldin, program ini diadakan adalah atas dasar ukhuwah islamiah selain memupuk semangat persaudaraan dikalangan ahli dan juga warga serkam. Majlis ini juga dijangka dihadiri oleh rakan-rakan dari Kelab Penyokong Pas Kaum India dan Cina yang bakal hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Semoga dengan segala gerak kerja yang dilaksanakan akan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli masyarakat seterusnya merapatkan lagi saff perjuangan PAS Serkam Darat

Ahad, 11 Oktober 2009

PR DIDAFTARKAN : MASIH DALAM PERBINCANGAN

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat memberikan respon mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Sivarasa Rasiah berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah menjadikan isu pendaftaran gabungan itu sebagai suatu perkara pokok sebaliknya keutuhan dan kerjasama di antara ketiga-tiga parti itu yang sering menjadi keutamaan.
" Bagi saya pendaftaran itu, ia satu isu teknikal yang tidak akan menjejaskan perjalanan gabungan. Tapi hanya satu kelebihan yang kita ada kalau isu pendaftaran ini dijalankan iaitu penggunaan satu lambang".

"Kalau pakatan buat keputusan untuk membuat satu lambang, bagi saya pada saat itu sahaja isu pendaftaran ini menjadi penting. Kalau hendak dijadikan satu lambang, maka memang pendaftaran itu penting".

Ujarnya lagi, selama setahun usia gabungan itu, apa yang dititik beratkan adalah untuk memperkasakan pakatan dari segenap segi.
Bukan hanya mengamalkan sikap keterbukaan di antara ketiga-tiga parti, malah Pakatan Rakyat tampil dengan idea dan corak pemerintahan yang jauh lebih matang.
" Isu halangan ini tidak timbul dan isu pendaftaran ini pun tidak timbul. Sebab di pihak kami, apa yang lebih penting semenjak penubuhan Pakatan setahun yang lepas adalah untuk memperkukuhkan Pakatan itu sebagai satu gabungan. Jadi usaha kita untuk membuat struktur kita sendiri, mekanisma kerjasama, struktur pentadbiran, itu lebih penting. Dan isi gabungan itu lebih penting daripada hakikat pendaftaran itu" ujarnya lagi.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti dengan hanya mempunyai tiga anggota sahaja.

Ia kemudiannya diikuti dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Md Alias Kalil yang memaklumkan Pakatan Rakyat boleh bergabung sebagai parti dan tidak memerlukan syarat tujuh anggota kerana Pakatan Rakyat sudah bertaraf nasional.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye, pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua organisasi itu diterima baik namun ianya tetap menimbulkan keraguan.
" Saya tidak menafikan mungkin wujudnya muslihat sedemikian. Cuma yang penting sekali, sama ada pimpinan ketiga-tiga parti sedia untuk mendaftar sebagai satu pakatan dan nama pakatan ini tidak semestinya Pakatan Rakyat. Tapi yang penting sekali adalah sama ada ketiga-tiga parti ini bersetuju menjadikan satu gabungan yang lebih kukuh".
" Saya gembira dengan cadangan ROS, tetapi saya begitu terkejut sejak bila ROS begitu mesra dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa kita berhasrat sekiranya mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti, saya rasa pendaftaran Pakatan Rakyat adalah satu idea baik yang boleh memperkukuhkan kerjasama di antara ketiga-tiga parti dan kita boleh memberi bayangan yang mana ini adalah satu pakatan yang kukuh kepada rakyat".
Manakala bagi Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, syarat yang diletakkan untuk menubuhkan satu-satu parti melalui syarat tujuh anggota sudah tidak relevan pada masa kini.

Namun beliau tidak menolak pendaftaran Pakatan Rakyat akan memberikan impak yang lebih positif dalam memperkukuhkan lagi pakatan itu." Pertama sekali syarat tujuh anggota ini sudah tidak boleh dipakai untuk menyekat penubuhan sebarang penggabungan parti-parti politik atau kesatuan sekerja. Bagi kita hak untuk bergabung ini adalah satu hak dalam perlembagaan. Bagi pakatan juga niat kita untuk berdaftar ini sebagai langkah untuk memperkukuhkan lagi penggabungan kita sebagai satu pergerakan politik untuk jangka masa panjang dan kukuh perhubungan kita".

MCA DAH PECAH DUA .. UMNO ??

Presiden MCA Ong Tee Keat terpaksa akur dengan keputusan yang tidak menyebelahinya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini.
Keputusan menyaksikan 1,155 daripada 2,307 perwakilan menyokong undi tidak percaya terhadap kepimpinannya sebagai presiden parti.

Manakala Soi Lek diterima semula menganggotai parti itu apabila seramai 1,204 perwakilan membantah keputusan Majlis Presiden memecat atau menggantung bekas timbalan presiden itu berbanding 1,095 undi yang menyokong keputusan yang dibuat 26 Ogos lalu.

Namun Chua Soi Lek gagal mendapat sokongan perwakilan untuk dilantik semula sebagai timbalan presiden apabila hanya mendapat 1,110 undian sahaja, berbanding 1,184 yang menolaknya.

Keputusan ini diumumkan oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4.25 petang tadi.

Sebelum itu, keadaan tegang apabila kiraan semula dibuat untuk undian bagi usul tidak percaya kepada Tee Keat kerana majoritinya hanya 20 undi atau 1 peratus.

Yip memberitahu para perwakilan, sekiranya jumlah undi sama banyak, mengikut perlembagaan parti, beliau akan mengundi bagi menentukan pemenangnya.

Beliau kemudiannya meminta perwakilan menunggu dan kedengaran bunyi laungan 'boo' dari para hadiran.

Seramai 2,307 perwakilan MCA mengundi dalam EGM hari ini untuk menentukan nasib dan masa depan politik Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan Soi Lek.

EGM bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Khamis, 8 Oktober 2009

UMNO BAGAI TELUR DIHUJUNG TANDUK

Kurang seminggu dari sekarang akan berlangsung buat sekian kalinya Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N.31 yang menyaksikan pertembungan buku dan ruas PAS dan UMNO. PRK sebelumnya menyaksikan kemenangan berturut-turut di Semenanjung Malaysia di pihak PAS-DAP-PKR yang membentuk Pakatan Rakyat.

Suara PR ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada rakyat dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebebasan yang rata-rata diidami semua. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 yang lepas masih memberikan impak yang amat mendalam kepada rakyat yang sedar akan kebobrokan yang berlaku pada kerajaan pemerintah UMNO-BN selama lebih 50 tahun.

Dalam keghairahan para pemimpin pemerintah menghentam dan mencipta keburukan terhadap PR mereka tidak menyedari bahawa rakyat bukanlah bodoh setelah melihat hasil pemerintahan selama lebih setengah abad. Diikuti dengan siri-siri pembongkaran yang semakin menyerlahkan kebobrokan dan ketidak telusan yang telah dilakukan oleh mereka.
Lihat sahajalah berita-berita yang disiarkan oleh 'Media Prima' yang merupakan ejen UMNO-BN dalam membuat propaganda memburuk-burukkan pakatan pembangkang dengan pelbagai tuduhan yang berniat mala-fide. Seterusnya menjadikan mereka seolah-olah teraniaya, telus dan bersih mengharapkan undi simpati menyebelahi mereka dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan (PDRM, SPRM, ISA etc.) bagi memastikan kuasa di tangan mereka dapat terus kekal.

Apakah rakyat yang semakin menuju ke arah negara membangun dengan penerapan nilai-nilai ilmu yang tinggi akan bersikap tunggu dan lihat dengan hanya mengejar kemajuan semata? Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah membuktikan mereka bukanlah bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya dengan hanya memangkah dengan membuta tuli tanpa melihat calon mereka terlebih dahulu.

Rakyat yang semakin bijak membuat pilihan dalam menentukan masa hadapan negara mengetahui yang mana baik dan buruk. Yang mana adil dan bobrok dalam pelbagai sudut.
Dengan izin ALLAH, yang batil pasti akan dikalahkan oleh yang hak. Lambat laun seandainya mereka terus dengan mentaliti mengumpul harta, mengejar kebendaan, melanggar hukum ALLAH, menyemai amalan rasuah dan tidak berlaku adil dalam pemerintahan kelak janji ALLAH pasti belaku. Janji untuk menggantikan satu kaum yang membelakangi hukum ALLAH dengan satu kaum yang benar-benar cintakan ALLAH.

Ayuh kita tegakkan keadilan, perjuangkan keadilan dan semarakkan ISLAM dengan penuh bersemangat menjelaskan kepada rakyat akan hakikat yang sebenar. Adalah tidak wajar andai kita terus menerus mentaati pemimpin yang gagal menjalankan fungsi ISLAM dalam pentadbirannya selepas segala macam nasihat dan teguran diberikan.
Jadikan ISLAM model pemerintahan yang menyeluruh.

Negara Malaysia yang menjadikan ISLAM sebagai agama rasmi bukan hanya sekadar sebagai pegangan semata. Sewajarnya segala tunjuk ajar yang ISLAM gariskan dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut acuan yang ditunjukkan melalui Junjungan Besar, NABI MUHAMMAD S.A.W.

Jangan takut dan gentar terhadap segala macam cacian dan maki hamun kerana ianya merupakan sunnah dalam perjuangan. Semoga usaha yang secebis ini akan diambil kira oleh ALLAH tatkala hari pengadilan kelak.

JANGAN ZALIMI IBU TUNGGAL

Assalamualaikum ... Salam ukhuwah

Hmm… topik ini nampak sangat berat sebelah. Seperti hendak berkata tentang bidang kerja yang dibuat sekarang. Minta maaf ye. Hakikatnya, dengan sesiapa pun kita tak boleh berlaku zalim walaupun kepada binatang dan alam sekitar. Cuma dalam konteks anak yatim, terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang larangan berbuat zalim, mengherdik, menghina dll terhadap anak yatim. Malah, ibu-ibu tunggal yang memelihara anak-anak kandung mereka yang yatim juga perlu sedar dengan peringatan ini.

Tapi, apa kena-mengena dengan jangan zalimi ibu tunggal? Jawapannya, kerana merekalah pemelihara anak yatim. Dibimbangi jika kita menzalimi ibu tunggal, maka maslahat anak-anak yatim juga akan terjejas. Tidak kiralah kezaliman tu dari sudut mental, fizikal, material mahupun emosi. Para ibu tunggal telah sedia menanggung terlalu banyak bebanan. Dari hendak mencari nafkah, menguruskan anak-anak, mendidik mereka, memikirkan keselamatan keluarga dll. Entah-entah hal diri sendiri, makan pakai sendiri pun tak sempat difikirkan. Setiap saat ada sahaja tekanan tanggungjawab dan emosi yang berlegar. Jika tidak kuat kesabaran dan pergantungan mereka kepada Allah, memang amat mudah pula pertimbangan akal fikiran mereka terbabas keluar dari landasan normal kehidupan. Secara jujurnya, saya sendiri sering terlajak dalam membuat pertimbangan apabila dihimpit dengan begitu banyak tekanan.

Berdasarkan pengalaman sendiri inilah menginsafkan saya tentang isu kezaliman ke atas ibu tunggal sama ada secara direct atau indirect. Mereka sudah menanggung terlalu banyak tekanan. Maka janganlah berikan mereka lebih banyak tekanan. Bimbang… jika anak-anak yatim pula yang menjadi mangsa apabila dijadikan tempat untuk melepaskan geram dan amarah.
Hmmm… kalau sudah tahu bahawa berbuat zalim kepada anak yatim adalah perkara haram, maka tidakkah berbuat zalim kepada pengasuh anak yatim juga adalah perkara haram?

Khamis, 1 Oktober 2009

KERAJAAN HINA BEKAS PIMPINAN TENTERA

Cara persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal yang memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya menimbulkan pelbagai tanggapan rakyat terhadap cara kerajaan Barisan Nasional(BN) melayan ketua institusi keselamatan negara.

Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal boleh disifatkan sebagai "undur senyap senyap" , iaitu bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya negara-negara ASEAN. Semua itu lazim bagi seseorang Panglima ATM yang akan bersara malah ia dianggap satu "tradisi ketenteraan".

Suara Keadilan mendapatkan penjelasan beberapa pegawai ATM, yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara, mengenai perkembangan "pelik' ini . Rata rata ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan melayani Jeneral Abdul Aziz demikian dan seolah-olah memaksa beliau bersara secara mengejut.

Penghinaan ke atas ATM itu tentu dirasai oleh warga tentera khususnya setelah Najib bingkas melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk kali kedua, bagi tempoh setahun lagi.

Menurut Datuk Kapten(B) Abu Zahar Hashim apa yang berlaku ke atas Jeneral Abd Aziz adalah di luar tradisi yang diamalkan selama ini.

"Tindakan ini semacam pihak kerajaan memperlekehkan institusi ketenteraan, ini sesuatu yang sangat tidak wajar, beliau sepatutnya diberi penghormatan sepertimana Jeneral-jeneral ATM lain yang telah bersara," katanya.

Menurutnya lagi, paling tidak,Jeneral Abd Aziz wajar diberi peluang melawat kem kem tentera seluruh negara bagi mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai dan anggota tentera dan bagi mereka pula mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Di samping itu katanya persaraan Jeneral Abd Aziz mesti dimasyhurkan.

Amat memalukan kata Datuk Kapten (B) apabila pihak akhbar arus perdana yang dimiliki parti pemerintah tutut tidak memberi pengiftirahan dan sebaliknya hanya menyiarkan berita kecil mengenai persaraan Jeneral Abd Aziz.

Abu Zahar yang kini menyertai PAS menempelak BN yang menurutnya hanya "menggunakan" ATM bagi "memenangkan" mereka dalam pilihan raya tetapi bertindak tidak wajar terhadap pemerintah tertinggi ATM.

Jeneral Abd Aziz sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun tetapi selepas dilantik Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Tempoh berkhidmatan itu sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008.

Namun beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009.

Sekarang beliau bercuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan.

Agak menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang.

Berdasarkan kepada kelaziman, Majlis Angkatan Tentera akan bersidang tentang pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa yang lama.

Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan mengumumkan Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baru.

Jeneral Abd Aziz dinaikkan ke pangkat tertinggi ATM ketika Datuk Seri ( kini Tun ) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Sebelum "pengunduran senyap' beliau, perhidmatan adik beliau , Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai pengarah kumpulan berita ehwal semasa Media Prima Berhad-TV3 ditamatkan awal iaitu sebelum had tempoh kontrak."Persaraan" awal Kamarulzaman dikuat kuasakan sebaik sahaja Datuk Seri Najib razak menjadi Perdana Menteri.Sebelum bertugas di Media Prima Kamarulzaman ialah setiausaha akhbar Abdullah Ahmad Badawi.

NAJIB BAGI GULA-GULA PADA MASYARAKAT INDIA

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu.

Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC.

Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.

"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.

Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan.

"Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.

Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat.

Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu.

Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.

Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India."

"Pengundi bukan bodoh dan sedar jika MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India untuk 50 tahun, sebuah parti yang baru ditubuhkan dengan kelulusan khas Perdana Menteri tetap akan menemui jalan buntu selagi ia melaksanakan agenda Umno," kata beliau.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, G. Ponusamy berkata penubuhan parti yang dipelopori oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran adalah sebahagian perancangan jahat Najib dan BN untuk memecah-belahkan kaum India.

"Najib tahu sekiranya kaum India berpecah dan diwakili oleh banyak parti politik maka orang India akan lemah dan senang dipergunakan. Ini seperti penjajah Inggeris yang mengamalkan dasar "divide and rule" atau pecah dan perintah.

"Walau bagaimanapun saya yakin masyarakat India yang majoritinya kini menyokong Pakatan Rakyat sudah lama sedar permainan BN dan tidak senang termakan dengan helah politik seperti ini," kata beliau.

"Akhirnya yang untung ialah segelintir pemimpin India yang menjual maruah mereka kepada BN untuk keuntungan peribadi sementara kaum India terus terpinggir dan diabaikan," jelas Ponusamy.

Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Kuantan itu, Najib bukan sahaja membiayai Makkal Sakthi malah terbabit dalam penubuhan Parti Hak Asasi Manusia yang juga bertujuan untuk menarik sokongan kaum India. Parti itu kini dalam proses mendapat kelulusan.

"Saya mendapat maklumat bahawa permohonon parti itu kini berada di atas meja Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan peribadi beliau.

"Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya menjadi instrumen politik Umno dan BN setelah mereka berjaya menghancurkan MIC.

Parti Hak Asasi Manusia diterajui oleh salah seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.

Parti yang bertapak di Semenanjung itu bercadang untuk bertanding di 53 kerusi pada pilihan raya umum ke 13 yang tentunya memerlukan belanja besar yang boleh ditanggung oleh kepimpinan Barisan Nasional.