Followers

Khamis, 8 Oktober 2009

UMNO BAGAI TELUR DIHUJUNG TANDUK

Kurang seminggu dari sekarang akan berlangsung buat sekian kalinya Pilihanraya Kecil Bagan Pinang N.31 yang menyaksikan pertembungan buku dan ruas PAS dan UMNO. PRK sebelumnya menyaksikan kemenangan berturut-turut di Semenanjung Malaysia di pihak PAS-DAP-PKR yang membentuk Pakatan Rakyat.

Suara PR ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada rakyat dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan, ketelusan dan kebebasan yang rata-rata diidami semua. Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 yang lepas masih memberikan impak yang amat mendalam kepada rakyat yang sedar akan kebobrokan yang berlaku pada kerajaan pemerintah UMNO-BN selama lebih 50 tahun.

Dalam keghairahan para pemimpin pemerintah menghentam dan mencipta keburukan terhadap PR mereka tidak menyedari bahawa rakyat bukanlah bodoh setelah melihat hasil pemerintahan selama lebih setengah abad. Diikuti dengan siri-siri pembongkaran yang semakin menyerlahkan kebobrokan dan ketidak telusan yang telah dilakukan oleh mereka.
Lihat sahajalah berita-berita yang disiarkan oleh 'Media Prima' yang merupakan ejen UMNO-BN dalam membuat propaganda memburuk-burukkan pakatan pembangkang dengan pelbagai tuduhan yang berniat mala-fide. Seterusnya menjadikan mereka seolah-olah teraniaya, telus dan bersih mengharapkan undi simpati menyebelahi mereka dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan (PDRM, SPRM, ISA etc.) bagi memastikan kuasa di tangan mereka dapat terus kekal.

Apakah rakyat yang semakin menuju ke arah negara membangun dengan penerapan nilai-nilai ilmu yang tinggi akan bersikap tunggu dan lihat dengan hanya mengejar kemajuan semata? Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sudah membuktikan mereka bukanlah bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya dengan hanya memangkah dengan membuta tuli tanpa melihat calon mereka terlebih dahulu.

Rakyat yang semakin bijak membuat pilihan dalam menentukan masa hadapan negara mengetahui yang mana baik dan buruk. Yang mana adil dan bobrok dalam pelbagai sudut.
Dengan izin ALLAH, yang batil pasti akan dikalahkan oleh yang hak. Lambat laun seandainya mereka terus dengan mentaliti mengumpul harta, mengejar kebendaan, melanggar hukum ALLAH, menyemai amalan rasuah dan tidak berlaku adil dalam pemerintahan kelak janji ALLAH pasti belaku. Janji untuk menggantikan satu kaum yang membelakangi hukum ALLAH dengan satu kaum yang benar-benar cintakan ALLAH.

Ayuh kita tegakkan keadilan, perjuangkan keadilan dan semarakkan ISLAM dengan penuh bersemangat menjelaskan kepada rakyat akan hakikat yang sebenar. Adalah tidak wajar andai kita terus menerus mentaati pemimpin yang gagal menjalankan fungsi ISLAM dalam pentadbirannya selepas segala macam nasihat dan teguran diberikan.
Jadikan ISLAM model pemerintahan yang menyeluruh.

Negara Malaysia yang menjadikan ISLAM sebagai agama rasmi bukan hanya sekadar sebagai pegangan semata. Sewajarnya segala tunjuk ajar yang ISLAM gariskan dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut acuan yang ditunjukkan melalui Junjungan Besar, NABI MUHAMMAD S.A.W.

Jangan takut dan gentar terhadap segala macam cacian dan maki hamun kerana ianya merupakan sunnah dalam perjuangan. Semoga usaha yang secebis ini akan diambil kira oleh ALLAH tatkala hari pengadilan kelak.

Tiada ulasan: