Followers

Khamis, 29 Januari 2009

Israeli jets strike Rafah tunnels-Malaysiakini


Israeli jets have carried out fresh raids on tunnels under the Gaza-Egypt border, a day after an attack on an Israeli army patrol killed an officer and wounded three other soldiers."Israeli Air Force aircraft hit a number of Hamas smuggling tunnels" in retaliation for the roadside bomb attack by Palestinians on the vehicle patrol the previous day, the Israeli army said in a statement on Wednesday.


Three air raids took place before dawn, but no casualties were reported, local residents and Hamas security officials said.Todd Baer, Al Jazeera's correspondent in Rafah, said: "People say this latest round of Israeli strikes started at around two o'clock this morning."They heard three strikes in a row. It hit this area hard. Fear is as high as it can be here."


Tunnels 'a lifeline'
The tunnels are used by Gazans to smuggle food, fuel and consumer goods from Egypt and are considered a lifeline for thousands of ordinary Gazans. Israel says Hamas uses them to re-arm.Shortly after the bomb attack on Tuesday, Israel aircraft killed one Palestinian on a motorcycle in an air attack.Hamas confirmed that one of its members was injured in the attack in the town of Khan Younis.The exchanges were the first major military developments since Hamas and Israel declared separate ceasefires earlier this month after Israel's offensive against the Gaza Strip.


Ehud Olmert, the Israeli prime minister, later said the killing was only an initial reaction and that Israel's full response was still to come, Israeli media websites reported.No Palestinian group has claimed responsibility for Tuesday's bomb attack.

Benarkah Amarika bukan musuh islam ?? -Malaysiakini

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa "Amerika bukan musuh anda" dan mengulangi janjinya untuk menyampaikan ucapan di ibu kota sebuah negara Islam.Obama memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya semalam, beliau yang pernah tinggal di Indonesia selama beberapa tahun pada zaman kanak-kanak dan kunjungannya ke negara-negara Islam meyakinkan beliau bahawa manusia berkongsi harapan dan impian tertentu walau apa pun agama mereka.

"Kewajipan saya kepada dunia Islam adalah untuk menyampaikan mesej bahawa Amerika bukan musuh anda."Kami kadang-kadang melakukan kesilapan, kami bukan sempurna," kata Obama dalam wawancara pertamanya dengan televisyen Arab sejak menjadi Presiden AS pada 20 Januari lalu."Bagaimanapun jika kita melihat rekod sejarah, Amerika bukan dilahirkan sebagai sebuah kuasa penjajah dan tidak ada sebab kita tidak dapat mengembalikan hubungan perkongsian serta saling menghormati yang terjalin antara Amerika dengan dunia Islam selewat 20 atau 30 tahun lalu," jelas beliau.

Obama berjanji untuk menunaikan komitmen beliau untuk berucap kepada dunia Islam dari ibu kota sebuah negara Islam."Kami akan menunaikan banyak komitmen yang telah saya suarakan untuk melakukan tugas lebih berkesan dalam menghubungi, mendengar dan bercakap dengan dunia Islam," katanya tanpa menyatakan tarikh atau negara Islam yang bakal dikunjungi itu. Menyentuh tentang konflik Palestin-Israel, Obama berkata, kedua-dua pihak perlu kembali ke meja rundingan.

Beliau menjelaskan, menangani konflik tersebut adalah sebahagian daripada pendekatan lebih komprehensif yang akan diambil oleh pentadbiran beliau dalam hubungannya dengan dunia Islam."Mustahil bagi kami untuk membuat pertimbangan berdasarkan konflik Palestin-Israel sahaja tanpa mengambil kira apa yang berlaku dengan Syria atau Iran atau Lebanon atau Afghanistan dan Pakistan."Kesemuanya itu saling berkaitan," kata Obama kepada stesen berpangkalan di Dubai itu.Beliau menegaskan pentadbirannya sudah mula menunaikan janjinya dengan melantik bekas Senator AS, George Mitchell sebagai duta khas ke Asia Barat.
Mitchell dijadual berlepas ke rantau itu malam ini.

"Kesudahannya kami tidak boleh memberitahu sama ada pihak Israel atau Palestin apa yang terbaik untuk mereka."Mereka sendiri akan perlu membuat beberapa keputusan, tetapi saya percaya masanya sudah tiba untuk kedua-dua pihak menyedari bahawa jalan yang mereka ambil sekarang tidak akan membawa kemakmuran dan keselamatan kepada rakyat mereka, dan sebaliknya mereka kini perlu kembali ke meja rundingan," kata Obama
ulasan Pendekar serkam :
Bermacam-macam janji yang telah dibuat oleh Presiden Amerika baik yang dulu hingga kini kepada dunia islam bahawa mereka tidak memusuhi islam tetapi apa yang berlaku mereka lebih banyak berkompromi dengan musuh islam terutamanya negara haram israel. Boleh kah kita mempercayai kata-kata pemimpin sebegini lagi ?? andai kata Presiden Barak Hussin Obama ingin mengotakan janji untuk membantu negara islam yang tertindas, maka beliau perlulah memutuskan hubungan dengan israel. Jika tidak, nescaya seluruh ummat islam tidak akan merasa hormat pada beliau lagi.

Jumaat, 16 Januari 2009

Raja Nazrin Selar Pencuri Tanah Adat Melayu-Malaysiakini

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Rancangan penempatan tersebut, titah baginda, dilaksanakan ketika masih begitu ramai keluarga Melayu yang tidak memiliki tanah dan dari segi lokasi geografi, kampung baru itu lebih hampir dengan bandar berbanding kawasan pembangunan Felda. Raja Nazrin bertitah, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sosial yang disediakan di kampung baru juga jauh lebih baik daripada apa yang terdapat di kampung tradisi Melayu.

“Rancangan Briggs sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu. Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950, menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. “Raja-raja Melayu malah pernah menzahirkan kebimbangan terhadap pelantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya di Tanah Melayu pada tahun 1948 berasaskan kepada kebimbangan Duli-duli Tuanku itu terhadap apa yang dilakukan oleh Gurney ketika bertugas sebagai Setiausaha Negara di Palestin terhadap penduduk Arab,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, peneroka tanah rancangan Felda hanya berpeluang melalui penghidupan di perkampungan moden 11 tahun selepas dinikmati oleh penduduk-penduduk kampung baru yang dibangunkan melalui Rancangan Briggs itu.“Bayangkan betapa nasib lebih 112,000 keluarga desa berkemungkinan berada di dalam kategori miskin tegar sekiranya Felda tidak pernah wujud di negara ini,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, rancangan pembukaan tanah melalui Felda adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut membawa mereka menerokai kejayaan yang lebih luas dan besar.Titah baginda, kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan.Menurut baginda, Tabung Haji dan Felda bermula daripada satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu lalu ditubuhkan institusi bagi memberikan kerangka dan diterjemahkan kepada projek serta diuji pada peringkat pelaksanaan