Followers

Khamis, 29 Januari 2009

Benarkah Amarika bukan musuh islam ?? -Malaysiakini

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa "Amerika bukan musuh anda" dan mengulangi janjinya untuk menyampaikan ucapan di ibu kota sebuah negara Islam.Obama memberitahu stesen televisyen Al-Arabiya semalam, beliau yang pernah tinggal di Indonesia selama beberapa tahun pada zaman kanak-kanak dan kunjungannya ke negara-negara Islam meyakinkan beliau bahawa manusia berkongsi harapan dan impian tertentu walau apa pun agama mereka.

"Kewajipan saya kepada dunia Islam adalah untuk menyampaikan mesej bahawa Amerika bukan musuh anda."Kami kadang-kadang melakukan kesilapan, kami bukan sempurna," kata Obama dalam wawancara pertamanya dengan televisyen Arab sejak menjadi Presiden AS pada 20 Januari lalu."Bagaimanapun jika kita melihat rekod sejarah, Amerika bukan dilahirkan sebagai sebuah kuasa penjajah dan tidak ada sebab kita tidak dapat mengembalikan hubungan perkongsian serta saling menghormati yang terjalin antara Amerika dengan dunia Islam selewat 20 atau 30 tahun lalu," jelas beliau.

Obama berjanji untuk menunaikan komitmen beliau untuk berucap kepada dunia Islam dari ibu kota sebuah negara Islam."Kami akan menunaikan banyak komitmen yang telah saya suarakan untuk melakukan tugas lebih berkesan dalam menghubungi, mendengar dan bercakap dengan dunia Islam," katanya tanpa menyatakan tarikh atau negara Islam yang bakal dikunjungi itu. Menyentuh tentang konflik Palestin-Israel, Obama berkata, kedua-dua pihak perlu kembali ke meja rundingan.

Beliau menjelaskan, menangani konflik tersebut adalah sebahagian daripada pendekatan lebih komprehensif yang akan diambil oleh pentadbiran beliau dalam hubungannya dengan dunia Islam."Mustahil bagi kami untuk membuat pertimbangan berdasarkan konflik Palestin-Israel sahaja tanpa mengambil kira apa yang berlaku dengan Syria atau Iran atau Lebanon atau Afghanistan dan Pakistan."Kesemuanya itu saling berkaitan," kata Obama kepada stesen berpangkalan di Dubai itu.Beliau menegaskan pentadbirannya sudah mula menunaikan janjinya dengan melantik bekas Senator AS, George Mitchell sebagai duta khas ke Asia Barat.
Mitchell dijadual berlepas ke rantau itu malam ini.

"Kesudahannya kami tidak boleh memberitahu sama ada pihak Israel atau Palestin apa yang terbaik untuk mereka."Mereka sendiri akan perlu membuat beberapa keputusan, tetapi saya percaya masanya sudah tiba untuk kedua-dua pihak menyedari bahawa jalan yang mereka ambil sekarang tidak akan membawa kemakmuran dan keselamatan kepada rakyat mereka, dan sebaliknya mereka kini perlu kembali ke meja rundingan," kata Obama
ulasan Pendekar serkam :
Bermacam-macam janji yang telah dibuat oleh Presiden Amerika baik yang dulu hingga kini kepada dunia islam bahawa mereka tidak memusuhi islam tetapi apa yang berlaku mereka lebih banyak berkompromi dengan musuh islam terutamanya negara haram israel. Boleh kah kita mempercayai kata-kata pemimpin sebegini lagi ?? andai kata Presiden Barak Hussin Obama ingin mengotakan janji untuk membantu negara islam yang tertindas, maka beliau perlulah memutuskan hubungan dengan israel. Jika tidak, nescaya seluruh ummat islam tidak akan merasa hormat pada beliau lagi.

Tiada ulasan: