Followers

Jumaat, 5 Jun 2009

PEMUDA UMNO SERKAM DARAT BAKAL BUBAR

assalamualaikum .. salam perjuangan

baru tadi, pendekar serkam mendapat berita daripada setiausaha pas cawangan serkam darat mengenai hasrat yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli pergerakan pemuda UMNO cawangan Serkam Darat yang ingin sekali bersama untuk berada dalam gerakan islam yang berada dalam bumi serkam darat. ini kerana mereka merasakan sudah jauh hati dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan umno negeri yang langsung tidak mementingkan pendidikan yang menjurus kepada pembentukkan akhlak yang mulia dan melaksanakan islam yang syumul.

salah seorang dari pimpinan pemuda tersebut menyatakan UMNO Melaka kini adalah salah satu daripada parti yang cukup teruk dari segi kepimpinan dan mereka merasa kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan dengan tidak memberikan penekanan terhadap pendidikan aqidah serta penerapan islam yang sebenar dalam segenap aspek kehidupan.

semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Selamat Datang Kami ucapkan kepada Ahli-ahli Pemuda UMNO cawangan yang ingin menyertai perjuangan islam. Sayonara kepada UMNO Serkam Darat

1 ulasan:

Kelana berkata...

Salam

Baguslah kalau mcm tu. Kalau hati mereka nak mendekati nur Islam, sebaiknya anda sentiasa berdamping dgn mereka, agar mereka tak disambar oleh pemimpin2 tua mereka.