Followers

Khamis, 16 April 2009

JAMUAN ANAK MELAKA DIPERANTAUAN (PERAWAN)

Semabok : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal diluar Melaka untuk menghadiri Program jamuan teh anjuran Persatuan Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN) pada 18 April ini.Program tersebut yang akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan memeriahkan lagi program tersebut. Harun mengalu-alukan kehadiran semua anak-anak Melaka di perantauan ke majlis tersebut bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka dengan pimpinan PAS Negeri Melaka. "Kita juga bertukar-tukar fikiran tentang apakah bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh anak-anak Melaka bagi memacu kejayaan PAS di Melaka"

"Adalah tidak mustahil untuk kita menguasai Negeri Melaka kerana pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu kita hanya memerlukan 11 peratus sahaja lagi bagi mentadbir negeri Melaka," kata beliau. Menurut Harun ramai anak-anak Melaka yang terdiri dari golongan intelektual, korporat dan aktivis masyarakat yang menyumbangkan idea, buah fikiran dan sebagainya bagi membantu PAS Melaka.

Selain itu katanya. anak-anak Melaka itu juga mampu mempengaruhi ibu-bapa serta sanak saudara di kampung untuk melakukan perubahan politik dalam pilihan raya."Kalau mereka dapat balik mengundi dan mempengaruhi ibu-bapa maka tidak mustahil kita dapat perintah negeri Melaka," ujarnya. Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Harun Mohamed di talian 019-6675521.

Tiada ulasan: