Followers

Sabtu, 21 Mac 2009

Tabik Tok Guru -Malaysiakini

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menganggap dirinya umpama nakhoda kapal dalam parti itu.Justeru, beliau mengingatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak mahu terlalu ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli dan menjejaskan kredibiliti parti.

"Saya Mursyidul Am. Saya umpama nakhoda. Kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Hartanah Malaysia (Mapex) peringkat negeri di sini hari ini. Beliau ditanya sama ada sedia berjumpa dengan Abdul Hadi atau pemimpin tertinggi lain parti itu berhubung cadangan membentuk kerajaan perpaduan pembangkang dan BN.

Nik Aziz mengulangi pendiriannya menolak cadangan itu atas alasan ia sudah diputuskan pada Muktamar Agung Pas di Ipoh, tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Hadi mengenai isu itu. "Saya mahu berjumpa dengan beliau berhubung perkara itu. Saya mahu mesyuarat khusus diadakan," katanya.

Mengulas lanjut, menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak menolak sebarang usaha menyatukan orang Melayu tetapi menyeru semua kaum di negara ini bersatu mengikut prinsip dan landasan Islam. "Bagi saya Islam adalah yang paling utama berbanding bangsa. Kalau bangsa lain pun perjuangkan Islam saya tidak kisah kerana yang penting bagi saya kita kena perjuangkan Islam," katanya.

Tiada ulasan: