Followers

Sabtu, 21 Mac 2009

Datuk Ali Kempunan bertanding -Malaysiakini

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohamad Norza Zakaria, mungkin dilarang bertanding pada pemilihan parti minggu depan, manakala rayuan Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung hukuman Lembaga Disiplin ke atasnya ditolak Panel Rayuan. Keputusan melarang Norza, yang menghadapi dua tuduhan rasuah politik di Mahkamah Seksyen Temerloh, dijangka diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini.

Menurut sumber, kedudukan seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula akan ditentukan Lembaga Disiplin. SPRM dikatakan sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes Azalina kepada Lembaga Disiplin, kelmarin, untuk tindakan di peringkat parti. Suruhanjaya itu dilaporkan membuka dua kertas siasatan terhadap Azalina berhubung dakwaan rasuah politik dan penyalahgunaan dana Kementerian Pelancongan termasuk penganjuran majlis atas nama kementerian itu tetapi dihadiri ahli dan pemimpin Umno.
Mohamad Norza Zakaria

Sementara itu, Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, berkata rayuan Ketua Menteri Melaka yang diterima Rabu lalu, ditolak sebulat suara dan berkuat kuasa serta merta. "Rayuan yang dibuat Mohd Ali hanya terhadap hukuman ke atasnya dan penelitian rayuan itu dipercepatkan untuk kepentingan beliau. "Sekiranya Panel Rayuan menerima rayuan Mohd Ali, maka beliau boleh bertanding tetapi selepas dipertimbangkan dengan teliti, rayuannya ditolak," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini selepas mempengerusikan mesyuarat panel itu, semalam. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada sidang medianya pula mengesahkan kedudukan Norza akan diumumkan, Isnin ini.

"Kami masih meneliti kes Norza kerana ada sedikit kekeliruan dalam kes ini. Selain itu, SPRM juga meminta Lembaga Disiplin Umno menyiasat kes berkenaan," katanya. Tengku Adnan berkata, setakat ini 50 calon bertanding jawatan MT dan jika Norza dilarang bertanding, maka persaingan itu akan berkurang menjadi 49 orang. Norza yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas kerana tidak tahu menahu mengenai keputusan melarangnya bertanding jawatan MT pada pemilihan parti. "Saya tidak tahu dan saya tidak mendengar apa-apa... saya tak mahu komen lagi," katanya.

Di MELAKA, Mohd Ali ketika dihubungi di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, berkata beliau akan membuat ulasan mengenai penolakan rayuannya selepas menerima makluman rasmi daripada Panel Rayuan Umno. "Tunggulah, biar saya dapat makluman rasmi mengenainya dulu. Mungkin saya akan bagi komen dalam majlis yang saya akan hadiri esok (hari ini)...itu pun jika sudah mendapat makluman rasmi," katanya.
source : Berita Hairan

Tiada ulasan: