Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu terutamanya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Demikian pandangan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah,Ahmad Lutfi Othman apabila memberikan kenyataan balas mengenai ulasan Abdullah semalam bahawa pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu segera untuk selesaikan isu PPSMI.
"Abdullah perlu segera bertindak dan bukannya menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu PPSMI ini."Sebagai Perdana Menteri beliau boleh bertindak sebagai kuasa eksekutif tertinggi kerajaan untuk mengembalikan semula dasar lama...tidak perlu tunggu dan arah pihak lain,"jelas Lutfi kepada Harakahdaily sebentar tadi.Ini masa untuk Abdullah tinggalkan satu legasiMenurutnya, jika Abdullah jujur sewajarnya kerajaan hanya perlu ambil amsa yang singkat untuk bertindak.
"Inilah masanya untuk Abdullah meninggalkan satu legasi dalam perjuangan bahasa Melayu,orang akan kenang sebab tempoh pemerintahannya tidak lama,"katanya sambil merujuk kepada pelan peralihan kuasa yang akan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno kelak.Dalam pada itu, kata Lutfi, apa yang berlaku semalam adalah satu isyarat jelas kepada kerajaan bahawa rakyat benar-benar mahukan satu perubahan pada dasar PPSMI ini.
"Ada budak kecil darjah lima...dan kakak dia darjah enam bersama ayah dia...sayu saya,mereka sanggup redah dan gagahkan diri dalam kepulan asap dan gas pemedih mata.
"Bukan itu sahaja...tidak pernah dilihat satu gelombang besar sebegini dalam isu bahasa. Rakyat bukan sahaja Melayu malah di kalangan bukan Melayu juga ada...ini menunjukkan satu kesepaduan untuk membantah dasar PPSMI yang menindas,"jelasnya lagi sambil menambah bahawa tidak terlewat untuk Perdana Menteri bertindak.
Oleh itu tambahnya,Abdulah perlu jujur dan segera bertindak serta tidak perlu lagi untuk menunggu.
"Jika tidak rakyat akan terus kenang dia sebagai Perdana Menteri yang meng'keranda'kan bahasa ibunda sendiri,"tegasnya.GMP sambut baik, suara rakyat didengariSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyambut baik kenyataan Abdullah supaya keputusan PPSMI dibuat dengan segera.Beliau melihat kenyataan terbaru Perdana Meteri itu sebagai isyarat positif mengenai masa depan PPSMI."Baguslah Perdana Menteri bersuara mengenai isu ini.
"Kita juga mahu Kementerian Pelajaran mempercepatkan keputusan mengenai status PPSMI setelah ia dilaksanakan selama enam tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini kepada akhbar online.Tambah beliau, bantahan yang disuarakan GMP termasuk melalui perarakan yang diadakan hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara menampakkan hasil positif."Nampaknya suara rakyat semakin didengari, itu yang kita mahukan."Namun apa yang lebih penting seluruh rakyat mengharapkan supaya pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
"Keputusan yang bakal dibuat nanti mestilah ikut kemahuan rakyat yang mengharapkan dasar PPSMI dimansuhkan," katanya.Jelasnya, memansuhkan PPSMI bukan bermaksud pihaknya memboikot penggunaan bahasa Inggeris."Kita bukan tidak suka bahasa Inggeris, kita tetap mahu kerajaan tingkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeri kepada para pelajar."Bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh pelajar kita, tapi bukan dengan cara menggunakannya dalam sistem pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Isu PPSMI perlu selesai dengan segeraSemalam Abdullah meminta isu PPSMI diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.
"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," jelasnya selepas melancarkan novel 'Dragon Fire Hammer' karya Adam Umemoto,14, di Petaling Jaya semalam.Dalam kenyataan kepada media itu, beliau berkata kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.Beliau mengulas isu tersebut selepas berlangsungnya demonstrasi besar anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) ke Istana Negara petang semalam.Beliau berkata sebelum ini, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.
Bagaimanapun, tambahnya, kementerian berkenaan buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan