Followers

Selasa, 10 Mac 2009

Hisham Aww jaga kepentingan siapa ??-Malaysiakini

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar mempersoalkan keenganan kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan Pengajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). "Siapa sebenarnya dalang dalam mahukan dasar PPSMI ini hingga Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein takut memansuhkannya?," kata Kamaruddin yang mengulas isu berbangkit himpunan 100,000 rakyat mansuhkan PPSMI.

Beliau seterusnya menyokong kenyataan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Hassan Ahmad yang menyatakan tiada dalang dalam himpunan aman 100,000 rakyat membantah PPSMI pada sabtu lalu. Mengulas kenyataan Hishamuddin yang mempersoal mengapabaharu sekarang GMP dan rakyat membantah pelaksanaan PPSMI, Kamarudin menyatakan pihaknya membantah dasar itu sejak enam tahun lalu. Malah ketika mula-mula ia dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, PAS sememangnya menentang pelaksanaan tersebut,katanya.

Namun, meskipun bertahun lamanya bantahan dilakukan kerajaan Umno/BN masih tidak mengendahkannya,ujar beliau. "Kini kami terpaksa berhimpun menunjuk perasaan secara aman bagi menyatakan bantahan kami kerana Hishamuddin mahupun kerajaan tidak mendengar rintihan rakyat," ujarnya. Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur bermula di Masjid Negara dan Kompleks Sogo untuk berhimpun bagi membantah pelaksanaan PPSMI. Himpunanitu menmyaksikan lapan ditahan polis,sementara polis bertindak membedil gas pemedih mata ke arah penyokong GMP. Mereka berhasrat membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu yang diperkenalkan sejak 2003

Tiada ulasan: