Followers

Selasa, 3 Mac 2009

Gawat Perak : Abdullah Atong gugur ganti Misbahul Munir

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Kenyataan itu diumumkan dalam satu sidang akhbar yang diadakan dekat sini semalam Terdahulu Sivakumar mengeluarkan notis untuk diadakan persidangan tergempar Dun Perak selepas menerima usul daripada dua anggota dewan bagi membincangkan usul menyokong Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan persidangan diadakan bagi membubarkan Dun.

Bagaimanapun Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri dilaporkan berkata, tindakan Sivakumar bercanggah dengan Perintah Tetap Dun Perak dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Abdullah menganggap sidang itu tidak sah. Namun pegawai itu juga menyebut syarat notis 14 hari hanya boleh dikecualikan dalam keadaan tergempar dan notis berkenaan perlu dikeluarkan dalam masa segera yang boleh. Manakala Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak pula menganggap persidangan tersebut tidak boleh diadakan berikutan krisis di Perak menjadi kes mahkamah

Tiada ulasan: