Followers

Jumaat, 29 Februari 2008

mana satu pilihan anda ?? anak muda atau makcik tua ??

SHAH ALAM 28 Feb. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (Mike Tyson) menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai 'budak mentah' yang perlu ditolak pengundi kawasan itu.Menurutnya, Nurul Izzah perlu menyedari sepanjang tempoh 16 tahun bapanya berada dalam kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kata- kata tidak elok kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).Katanya, anak pemimpin PKR itu tidak sepatutnya menuduh BN sebagai parti perkauman yang akan menjahanamkan negara.''Mengapa apabila dibuang daripada UMNO dan kerajaan, tiba-tiba sekarang semua yang dibuat kerajaan tidak betul, kenapa sepanjang 16 tahun berada dalam kerajaan semuanya elok."Sekarang semua keluarganya bertanding, bapanya mahu bertanding, emak bertanding, anak bertanding, Nurul Izzah masih mentah, walaupun dia belajar universiti tetapi itu masih tidak cukup," katanya di sini hari ini.Oleh itu, katanya, terpulang kepada pengundi di Lembah Pantai sama ada mahu memilih BN yang diwakili Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil atau Nurul Izzah.Anak sulung Anwar itu buat pertama kalinya bertanding pada pilihan raya umum manakala ibunya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pula bertanding kali ketiga bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang pernah disandang Anwar.Dalam pada itu, beliau menyuarakan sokongan penuh kepada pencalonan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam dan Datuk Ahmad Nawawi M. Zin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada pilihan raya umum kali ini.Katanya, tidak ada sebab pengundi di Shah Alam mahu memilih calon pembangkang setelah BN membuktikan kemampuannya membangunkan negara.Menurutnya, tidak seperti pilihan raya kecil, pilihan raya umum adalah bagi membentuk kerajaan dan pengundi perlu menggunakan kebijaksanaan mereka memastikan BN terus menerajui negara.
p/s agak mike tyson tu je yang pandai ker ?? anak dia ada blaja kat universiti ker ?? ingat dah pandai sangat ker ?? ingatlah wahai Pakcik Mat Taib .. lantai bukan sebarang lantai , lantai licin lagi berkilat, pandai memang sebarang pandai ... pandai belajar sampai tamat.

SMS PILIHANRAYA

SMS 1

NAK MASUK NEGARA PAKAI PAS
NAK MASUK PEKSA MEMANG NAK PAS
NAK AMBIL LESEN PUN NAK KENA ADA PAS
NAK NGUNDI ????

SMS 2

NAK AMBIL GAJI ... TENGOK BULAN
NAK PUASA TENGOK BULAN
NAK JALAN JALAN UJUNG BULAN
NAK BERSAMA DENGAN ISTERI PUN TENGOK BULAN (NAK TIMBANG2 KER?)
ANGKASAWAN NAIK ROKET PUN GI KE BULAN ( MANA PAKAI DACING )
NAK NGUNDI TU JANGAN LUPER LAH PANGKAH BULAN.


SMS 3

BERSIH CEKAP AMANAH ???

Sapu BERSIH
Kurang CEKAP
Tak AMANAH


SMS 4

nak puasa tengok anak BULAN
Nak Raya pun tengok anak BULAN
Nak Gaji pun tunggu akhir BULAN
segala hal berkait dengan BULAN
Lahir tak cukup BULAN pun tak sempurna
P. Ramlee menyanyi pun sebut BULAN
"Engkau Laksana BULAN " " Dimana KeAdilan"
dia tak nyanyi "Engkau Laksana Dacing" pun
Angkasawan Negara pun Naik ROKET pun Ke BULAN juga
dia tak naik dacing pun
Dalam Kertas Undi Pun ada BULAN,
So Pangkahlah BULAN tu yer ...



Dalam Kertas Undi Pun ada BULAN

Kempen pilihan raya Umno umpama saudagar mimpi

Md Hakimi Fri Feb 29, 08 6:23:42 pm MYT
BACHOK, 29 Feb (Hrkh) – Setiap kali tiba musim pilihan raya pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mulalah menabur pelbagai janji seumpama seorang ‘saudagar mimpi’ yang boleh melakukan apa sahaja. Buktinya pelbagai projek dicanang termasuk membina stadium, pusat Islam, hospital, lebuh raya, elaun guru sekolah agama mahu dinaik, kolej jururawat, pelabuhan dan sebagainya. Dalam bahasa mudah semuanya ada kecuali langit dan bumi. Timbalan Pesuruhjaya III Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, setiap kali tiba musim pilihan raya pemimpin Umno terlalu petah menabur janji. “Mereka seumpama menjual mimpi kepada rakyat tetapi semuanya belum tentu dapat ditunaikan. Rakyat Kelantan perlu bijak jangan mudah terpedaya janji lunak saudagar mimpi,” katanya pada ceramah perdana di Pantai Irama dekat sini, malam tadi. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa Yang Dipertua PAS Bachok, Dato’ Omar Mohamad dan naib Yang Dipertua, Haji Abdul Aziz Kadir. Mohd Amar berkata, contoh paling jelas tema manifesto BN ‘Selamat, Aman dan Makmur’ yang dijanjikan kepada rakyat seumpama janji kosong. “Bagaimana rakyat boleh menerima janji keselamatan, keamanan dan kemakmuran yang ditawarkan BN kalau kes adik Nurin Jazlin Jazimin yang mati dibunuh sehingga ke saat ini pembunuhnya gagal dikesan. “Bagaimana rakyat nak rasa selamat jika adik Sharline yang sudah hilang lebih sebulan masih belum ditemui. Ini persoalan besar yang perlu rakyat fikir dan renung,” ujarnya. Menurutnya bagaimana pemimpin Umno boleh menjamin keselamatan rakyat sedangkan ketua kerajaan yang ada hari ini diragui kreadibilitinya. Kata beliau, itu belum lagi diambil kira kes pembunuhan kejam Altantuya sehingga menjatuhkan reputasi negara di mata dunia yang turut melibatkan anggota keselamatan. “Kalau pasukan keselamatan seperti polis yang menjadi harapan rakyat sudah tidak boleh diyakini dan pemimpin kerajaan mengkhianati amanah rakyat, bagaimana rakyat boleh rasa aman dan makmur,” kata beliau. Selain itu katanya rakyat juga semakin tertekan dengan kanaikan harga minyak, harga barangan keperluan harian, tol, kos pendidikan tinggi, perubatan, tarif elektrik dan banyak lagi. Beliau juga mempersoalkan mengapa pemimpin Umno kononnya mahu melaksanakan Islam sebenar di Kelantan sekiranya diberi mandat, sedangkan 13 negeri lain yang diperintah BN penuh dengan maksiat. “Kenapa tidak buat di negeri Umno perintah, kenapa tak buat di Kedah, Terengganu dan negeri-negeri lain. Kalau di negeri lain yang sudah 50 tahun di bawah BN tidak mampu dilaksanakan, usah harap tamadun Islam mahu dilaksanakan di Kelantan. “Begitu juga dengan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan yang terus terpinggir gagal diberi perhatian pemimpin Umno,” katanya. Husam pula berkata, kedudukan indeks jenayah dan rasuah yang sudah tidak terkawal menunjukkan negara sedang menuju ke lembah kehancuran. Katanya, semuanya itu berlaku ketika negara di bawah pentadbiran BN. Menurutnya juga sekiranya rakyat tersalah pilih pada pilihan raya 8 Mac ini pentadbiran Islam yang diasaskan di Kelantan sejak 18 tahun lalu akan tinggal kenangan. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, kira-kira 80 peratus calon Umno di Kelantan terdiri daripada golongan peniaga yang tentunya lebih mementingkan keuntungan peribadi berbanding kabajikan rakyat. “Ini jelas terbukti sebahagian besar daripada calon BN yang menang pada pilihanraya 2004 telah mendapat anugerah projek kerajaan Pusat tanpa melalui tander terbuka. “Ada wakil rakyat Umno yang mendapat projek membina jalan raya, jambatan, sekolah dan sebagainya. Jadi kontraktor-kontraktor lain terpaksa bersaing dengan mereka,” ujarnya.

Mana lebih penting, komisen kapal selam atau turun harga minyak?

Azamin Amin Foto Wan Zahari Fri Feb 29, 08 10:22:31 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Feb (Hrkh) - Rakyat supaya tidak terpedaya 'tipu muslihat' yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini yang sentiasa mengaburi minda dengan pelbagai propaganda, antaranya cuba memperlekehkan negara kebajikan yang ditawarkan PAS. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata BN dan Umno sering melaungkan bahawa jika negara kebajikan dilakasanakan PAS termasuk menurunkan kadar harga minyak, negara akan menjadi bankrap dan rakyat lebih sengsara hidup. "Sedangkan merekalah yang telah menyebabkan negara menuju ke ambang muflis, ekonomi semakin buruk dan hidup rakyat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. "Malah Umno dan BN lebih mengutamakan seorang kroni berbanding nasib 27 juta rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di Masjid Melele, Jerlun Kedah baru-baru ini. Ini terbukti katanya apabila kerajaan di bawah Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak lebih sanggup 'membangkrapkan' negara dengan memberi komisen kapal selam berjumlah RM530 juta kepada hanya seorang individu sahaja iaitu Abdul Razak Baginda yang turut dikenali sebagai penganalisis politik Najib berbanding memikirkan kaedah terbaik menurunkan harga minyak yang memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. "Umno sebenarnya tidak berjiwa rakyat tetapi lebih mengutamakan kekayaan dan kuasa yang ada pada mereka bilamana tidak langsung mencari jalan menurunkan harga minyak," katanya yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Jerlun menentang Dato' Mukhriz Mahathir bagi pilhan raya umum kali ini. Dalam pada itu beliau menyeru kepada rakyat khususnya negeri Kedah supaya tidak lagi termakan 'racun' yang dilemparkan oleh media arus perdana yang begitu berat sebelah dan sering memanipulasi berita Barisan Alternaatif (BA) sewaktu kempen pilhan raya ini. Beliau secara tegas menyatakan Radio Televisyen Malaysia (RTM 1) sebagai media kerajaan yang tidak boleh dipercayai yang jelas dengan pelbagai agenda pembohongan berita terhadap BA.
Antaranya RTM cuba menunjukkan taraf kemiskinan di Kelantan begitu buruk sedangkan mengikut kajian yang tepat, Sabah dan Terengganu menduduki tempat teratas mengatasi Kelantan dalam isu kemiskinan tegar, katanya "Dapatkan makulmat yang tepat melalui akhbar media alternatif seperti Harakah, Kempen dan Harakahdaily dan juga bloggers," katanya. "Jadikan media alternatif ini sebagai 'second opinion' anda dan tidak terima bulat-bulat apa yang dipaparkan di TV dan akbar arus perdana," katanya

Manifesto BN hanya indah khabar dari rupa

Intan Abddullah Fri Feb 29, 08 3:35:36 pm MYT
PASIR MAS, 29 Feb (Hrkh) – Apakah rakyat negara ini benar-benar merasai 'Selamat, Aman dan Makmur' seperti yang tertera dalam manifesto BN pada pilihan raya umum kali ini. Agak lucu dan mengelirukan kerana ibu bapa sekarang tidak mampu lagi membiarkan anak keseorangan di rumah atau keluar membeli di pasar malam berdekatan rumah. Apa sudah jadi dengan Sharlinie Mohd Nashar, 5 tahun yang didapati hilang di taman permainan kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya di Taman Medan. Kini kehilangan hampir dua bulan berlalu.
Sebelum itu Nurin Jazlin Jazimin, 8 hilang semasa berjalan kaki ke pasar malam berdekatan rumahnya di Kampung Medan, dan mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Ketua Muslimat PAS Kelantan, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasar kepada perkembangan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan manifesto BN hanya retorik serta hanya indah khabar dari rupa. “Adakah rakyat merasai keadaan selamat sekarang dengan masalah jenayah, ragut, rogol, rasuah, kenaikan harga barang dan pelbagai masalah yang menjejaskan keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara. “Pemimpin Umno dan BN sebenarnya terperangkap dengan manifesto tersebut kerana mereka seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku di bawah. Adakah pemimpin macam ini mahu terus diberi mandat,” katanya mengulas manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini. Siti Zailah yang juga calon PAS di kerusi Parlimen Rantau Panjang berkata, manifesto BN secara jelas bertujuan memancing undi rakyat untuk terus memberikan mandat kepada mereka biar pun terbukti gagal melahirkan sebuah negara yang makmur. "Saya juga berpendapat manifesto itu agak melucukan kerana mereka seolah-olah menyangkakan rakyat tidak boleh berfikir dengan waras dan sedar akan apa yang sedang berlaku ketika ini. “Slogan itu secara jelas bertentangan dengan realiti semasa. Ini sekaligus menjelaskan apakah manifesto BN suatu yang realiti atau sekadar cakap-cakap kosong," katanya ketika ditemui pada satu program di sini. Siti Zailah yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, slogan tersebut seperti mempersendakan rakyat kerana pemimpin Umno tidak mahu mengakui hakikat sebenar yang berlaku di bawah. Menurutnya situasi negara sekarang sedang diselubungi masalah sosial yang kian meningkat sehingga menakutkan semua pihak. "Sebelum ini BN memilih slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' tetapi dalam masa yang sama banyak kes rasuah dilaporkan berlaku. Begitu juga kes salah laku, pecah amanah. “Kemudian 'Kepimpinan Melalui Tauladan' tetapi tiada seorang pun pemimpin Umno yang dapat dijadikan teladan. Manifesto BN tiada apa-apa melainkan sekadar lawak jenaka untuk menutup kelemahan dan keaiban diri mereka," ujar beliau. Manakala PAS Kelantan pula melancarkan manifesto yang bertemakan ‘Membangun Bersama Islam, Menerajui Perubahan, Mencapai Keberkatan. PAS Pusat pula memilih tema 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan. Tawaran yang dikemukakan PAS lebih mendapat tempat di hati rakyat memandangkan sebahagiannya sudah dilaksanakan di Kelantan.
BERSIH CEKAP AMANAH = sapu Bersih Cekap Mencuri tidak Amanah

Mengumpat dibenarkan untuk elak rakyat terus dizalimi

Saidah Hairan Fri Feb 29, 08 10:23:03 am MYT
KUALA LUMPUR, 29 Feb (Hrkh) - Amat wajar rakyat diberitahu mengenai segala salah laku serta rekod jahat seperti amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak berkuasa selama ini bagi memudahkan rakyat membuat pilihan pemimpin untuk menerajui negara.
AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan Islam membenarkan perkara tersebut dilakukan supaya rakyat yang teraniaya tidak terus dizalimi. Menurut beliau, dalam al-Quran Allah tidak suka berterang-terangan menyatakan perkara yang tidak baik kecuali bagi mereka yang teraniaya. Beliau berkata, orang yang teraniaya boleh mengungkapkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan masyarakat tentang penganiayaan yang dilakukan terhadapnya.
Abdul Ghani merupakan calon PAS yang bertanding di DUN Sungai Burong dalam pilihan raya umum, 8 Mac ini. Katanya, menyatakan keburukan pemimpin atau orang yang melakukan rasuah, penipuan, kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka semula. Menurut beliau, tindakan memberitahu keburukan orang lain atau pihak yang berkuasa itu boleh dan dibenarkan dalam Islam "Begitu juga menyatakan keburukan untuk memberi nasihat kepada seorang perempuan yang mahu berkahwin dan kita tahu lelaki tersebut tidak baik, kita mesti mendedahkan keburukan lelaki itu kepada perempuan tersebut," katanya. Tambah beliau, walaupun pada zahirnya mendedahkan keburukan seseorang tetapi sebenarnya ia merupakan nasihat bagi menggelakkan kerosakan berlaku di masa hadapan.
Firman Allah bermaksud; "Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Dedah keburukan calon dibenarkan, bukannya mengumpat


Anis Nazri Foto Wan Zahari Thu Feb 28, 08 7:01:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Apa yang diketengahkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai pendedahan keburukan pihak lawan itu bukanlah mengumpat dalam konteks memilih pemimpin. Setiausaha Akhbar Presiden, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, berkata mengumpat itu membawa makna sesuatu yang begitu negatif, sedangkan apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Hadi ialah mendedahkan keburukan seseorang yang berasas dan bersandarkan fakta. "Apa yang diketengahkan Presiden bukan mengumpat kerana mengumpat ini satu benda yang sangat negatif. Apa yang dimaksudkan ialah mendedahkan keburukan pemimpin yang berasas seperti contoh Dato' Zakaria Derus yang digugurkan. Kalau dia dicalonkan, takkanlah tak boleh nak ceritakan dia buat rumah RM 8 juta. Itu fakta yang rakyat perlu tahu," jelas beliau dalam sidang akhbar, di Pejabat Agung PAS, hari ini. Dalam Islam, tambah beliau seseorang pemimpin yang mahu melayakkan dirinya sebagai seorang pemimpin, rakyat perlu tahu latar belakang dan jenis pemimpin yang perlu mereka pilih supaya pemimpin yang dipilih itu nanti adalah seorang pemimpin yang baik dan bersih. Malah, katanya jika ada calon-calon PAS yang negatif dan BN ada bukti mengenainya, ia boleh didedahkan bagi kebaikan semua pihak. "Dalam kes ini, akhbar cuma 'quote' ceramah dia (Ustaz Hadi) tanpa meminta penjelasan beliau. Lepas tu, bagi macam-macam tafsiran. Ini manipulasi," tegas beliau. Manakala, Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, berkata mengumpat itu adalah cakap-cakap belakang, sedangkan apa yang didedahkan oleh pemimpin BA adalah secara terbuka, malah pemimpin yang dikatakan itu boleh mendengar apa yang didakwa pihak lawannya. "Cakap-cakap ini secara terbuka. Pemimpin pun boleh dengar. Mereka sendiri boleh menafikan atau menjelaskan perkara sebenar berkenaan apa yang didedahkan oleh PAS," tegas beliau

Khamis, 28 Februari 2008

Kes Rafidah tidak tandatangani kertas pencalonan, laporan polis kedua dibuat

Johari Jaafar Thu Feb 28, 08 4:34:49 pm MYT
IPOH, 28 Feb (Hrkh) - Kes calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Dato' Seri Rafidah Aziz, yang tidak menandatangani borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya bukan satu yang remeh seperti yang didakwa oleh calon tersebut. Ini kerana tanda tangan itu menandakan persetujuan untuk menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya, sekiranya borang pencalonan itu tidak ditandatangani bermakna seseorang itu tidak bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya, sekali gus borang pencalonan itu boleh ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, dalam satu sidang akhbar bersama pimpinan PAS Perak dan pimpinan PKR di Pejabat PAS di sini. "Dalam apa hal pun termasuk dokumen atau cek, ia perlu ditandatangan, jika cek berkenaan tidak ditandangan, cek itu tidak laku, jika tanda tangannya silap, ianya juga tidak sah dan tidak laku, begitulah halnya dengan borang pencalonan, sekiranya ia tidak ditandatangani, borang pencalonan itu dianggap tidak sah,” ujar beliau. Pihak PAS telah membuat bantahan tetapi telah ditolak dengan alasan SPR menerima satu daripada tiga borang pencalonan itu telah ditandatangani dan mendakwa borang pencaloan yang berada pada Pegawai Pengurus Pilihan raya itu adalah salinan yang asal. "Kalau itulah alasannya dan jika benarlah borang pencalonan yang didakwa telah ditandatangani oleh Rafidah itu sebagai salinan yang asal, akan datang kita tandatangan satu kertas sahaja, dua kertas pencaloan itu kita tidak perlu tandangan," katanya. Timbalan Pesuruhjaya merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Perak yang juga seorang peguam turut menegaskan pihak PAS membuat bantahan itu berdasarkan dua kertas pencalonan yang diisikan oleh Rafidah yang dipamerkan di luar dewan tidak ditandatangani. "Kita bantah kertas pencalonan Radidah yang dipamer di luar dewan kerana ia tidak bertandatangan, kita tidak tahu apakah benar yang satu lagi itu telah ditandatangani," ujarnya. Menurut beliau ketiga tiga kertas pencalonan itu sama sahaja, tidak ada yang salinan, semuanya adalah yang asli dan ianya perlu diisi oleh calon, pencadang dan penyokong pada setiap kertas pencalonan. "Apabila SPR mendakwa kononnya satu kertas pencalonan yang berada pada Pegawai Pengurus Pilihan raya itu yang asli dan dikatakan telah ditandatangani, kita boleh buat kesimpulan lain kali kita tidak perlu tandatangan ketiga-tiga kertas pencalonan itu, cukup satu kertas pencalonan sahaja ditandatangani," katanya. Sementara itu calon PAS yang bertanding bagi kerusi berkenaan, Dr. Khairuddin Dato’ Abdul Malik, menjelaskan ketiga-tiga kertas itu perlu ditandatangani di hadapan saksi iaitu Pegawai Pengurus Pilihan raya dan pembantu-pembantunya. "Tidak mungkin pencadang dan penyokong Rafidah hanya membiarkan Rafidah cuma tanda tangan satu kertas sahaja, tentunya mereka beritahu Rafidah yang dua kertas lagi belum ditandatangani," ujar beliau. Sehubungan itu beliau mensyaki kertas pencalonan yang berada pada Pegawai Pengurus Pilihan raya itu mungkin ditantangani setelah tamat masa penyerahan kertas pencalonan apabila tersebar berita Rafidah tidak menangani kertas pencalonan tersebut. "Kita mengesyaki kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang di mana kertas pencalonan itu ditandatangani selepas tamat tempoh penyerahan kertas pencalonan," ujar beliau lagi. Berhubung perkara tersebut wakil calon telah membuat aduan polis di Balai Polis Kuala Kangsar pada jam 11.30 pagi pada 25 Februari lalu meminta pihak polis membuat siasatan kemungkinan berlakunya perlanggaran undang-undang tersebut. Aduan polis yang kedua telahpun dibuat pada 26 Februari yang lalu juga mahukan polis membuat siasatan apakah benar terdapat pelanggaran undang-undang iaitu kertas pencalonan ditandatangi setelah tamat tempoh masa pencalonan. Menurut beliau, pengundi-pengundi di kawasan itu terutamanya kaum Cina yang ditemui turut kesal bantahan PAS itu tidak diterima dan ini malah mereka menyatakan kes tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap calon PAS ."Saya tetap bertanding di situ tetapi kita mahu undang-undang dipatuhi, kerana itulah aduan polis kita buat bagi mempastikan tidak berlakunya sebarang perlanggaran undang-undang sama ada oleh calon BN atau pun pihak SPR," jelas beliau

Pulihkan kehakiman: Gamis seru rakyat beri mandat kepada BA

Ali Bukhari Amir Thu Feb 28, 08 5:47:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 28 Feb. (Hrkh) - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberikan perhatian khusus terhadap usaha memulihkan institusi kehakiman negara melalui mandat pemerintahan kepada Barisan Alternatif (BA). Kita tiada cara lain lagi. BN ada rekod buruk dalam merosakkan institusi kehakiman negara sejak dahulu. Rakyat perlu beri mandat kepada BA sebagai usaha memperbaiki institusi ini," kata Setiausaha Agung Gamis Shaari Abdul Rahman dalam suatu kenyataannya kepada Harakahdaily. Beliau merujuk titah ucapan Raja Dr Nazrin Shah dalam Majlis Konvokesyen ke-13 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di Pusat Dagangan Dunia Putra (Berita Harian, 20 Februari) berhubung keutuhan institusi kehakiman tersebut. Gamis, kata Shaari, menghargai keprihatinan baginda terhadap permasalahan negara sekali gus menggesa rakyat memberi perhatian serius terhadap pesanan baginda. "Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang? Tentu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh baginda menjelang pilihan raya kali ini," tambah beliau. Shaari berkata, baginda dalam titah terdahulu menyeru para pengamal perundangan agar mempertahan kesucian mahkamah daripada dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak menjadikan mahkamah seolah-olah teater bangsawan yang mana skripnya ditulis oleh pengarah tertentu.
Undang-undang, menurut Shaari, tidak membawa erti apa-apa jika ia hanya sekadar menjadi himpunan kata-kata suci yang terkandung dalam kanun, enakmen dan akta, yang kemudiannya dinodai dengan perbuatan mungkar tanpa menghormati etika. Mahathir pun mengaku Anwar telah dizalimi "Kami lihat titah baginda itu adalah teguran bermakna yang tersendiri. Pendedahan demi pendedahan khasnya tentang kes pita video Lingam yang didiamkan seketika saat ini adalah antara contoh rosaknya institusi itu. "Sementara itu, pengakuan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa Anwar Ibrahim dizalimi baru-baru ini telah mengesahkan lagi tanggapan bagaikan 'ada sesuatu yang tidak kena' terhadap institusi kehakiman negara," kata Shaari. Kalau tidak dibendung 'barah' ini, kata beliau, mahkamah pada suatu masa nanti bukan lagi menjadi tempat mencari kebenaran dan menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah, sebaliknya ia menjadi pentas lakonan di mana segala keputusan dan hukumannya telah pun ditulis oleh pihak-pihak tertentu. "Malaysia tidak akan selamanya 'aman, selamat, dan makmur' selagi prasyarat paling utama iaitu sistem perundangan dan kehakiman masih lagi menjadi 'gelanggang' untuk pihak-pihak berkepentingan mendapatkan pengaruh politik di sana," kata Shaari. Tambah beliau, hanya sistem perundangan yang adil mampu mengukuhkan sistem demokrasi negara apabila berlakunya pembahagian kuasa yang adil dan saksama antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, tanpa campur tangan antara ketiga-tiga kuasa tersebut. "Mewakili generasi muda yang bakal mewarisi pemerintahan akan datang menggesa rakyat agar berani membuat perubahan pada 8 Mac ini untuk 'merawat' segala bahaya yang menimpa negara sejak 50 tahun negara ini berada di bawah penjajahan BN. "Justeru, kita menyeru 10.7 juta pengundi yang akan menjadi 'hakim besar' dalam pilihan raya nanti memberi mandat kepada BA yang berjanji akan mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti terhadap institusi kehakiman negara," kata beliau. Tambah Shaari, hanya dengan memberikan BA peluang memerintah selama lima tahun sebagai Kerajaan Persekutuan, rakyat akan mampu membuat perbandingan yang adil pada masa-masa akan datang, iaitu siapakah antara BN dan BA yang lebih layak memerintah Malaysia

Mufti Perlis ingatkan pengundi pilih pemimpin yang beriman

Bashir Ishak Thu Feb 28, 08 5:47:54 pm MYT
KANGAR, 28 Feb (Hrkh) - Sempena pilihan raya umum 8 Mac ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggung jawab kepimpinan dan seorang yang menunaikan solat.Dalam khutbahnya di Masjid Alwi Jumaat lalu, beliau mengingatkan dalam pemilihan menentukan kepimpinan, seseorang hendaklah tahu bahawasanya, pemilihan yang akan dilakukan olehnya mempunyai kaitan dengan nilai perasaan roh dan jiwa. Kerana seorang insan yang soleh akan mencari rakan yang soleh, dan seorang yang tidak soleh akan mencari orang yang tidak soleh. Jika wajahnya tidak kelihatan di masjid, bukan orang yang menghadiri solat berjemaah bersama makmum, tidak ruku’ bersama orang-orang yang ruku’, tidak dikenali sebagai ahli solat, orang yang mendekatkan diri dengan Allah, maka dia tidak layak menjadi kepimpinan Umat Islam. Hendaklah pemimpin umat Islam, pemimpin yang mendirikan solat, katanya. "Allah s.w.t memerintah kamu supaya kamu menunaikan amanah, kamu memberikan amanah kepada ahlinya yakni kepada sesiapa yang layak dan memerintahkan kamu agar apabila kamu berhukum, menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Allah memberi kurniaNya dengan Dia menasihatkan kamu sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi mengetahui," katanya memetik ayat AlQuran dari Surah AN-Nisa' ayat 58. Memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim katanya, "sesungguhnya roh, roh insan, roh kita ini, berbagai-bagai jenis. Apa yang dia kenal di antara satu sama lain, maka dia akan cenderung kepadanya. Apa yang dia tidak kenal, maka dia akan berselisih pendapat. Roh orang-orang yang beriman akan cenderung kepada orang-orang beriman. Roh orang-orang yang fasik akan cenderung kepada orang-orang yang fasik. Roh orang-orang yang ingin kebaikan akan cenderung kepada orang yang inginkan kebaikan. Roh orang-orang yang inginkan kejahatan, akan cenderung kepada orang-orang yg inginkan kejahatan. Justeru beliau mengingatkan seorang yang ingin dipilih sebagai pemimpin itu haruslah seorang yang sentiasa dilihat bersama-sama mendirikan solat berjemaah. "Sesungguhnya yang menjadi pemimpin kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang menunaikan solat, yang mengeluarkan zakat, dan mereka itu rukuk bersama dengan orang-orang yang rukuk," ujarnya memetik sepotong ayat al-Quran dalam surah Al Maidah. Tambahnya, tidak boleh seorang pemimpin itu hanya hadir ke masjid untuk tujuan tertentu sahaja. "Apabila pemimpin tidak kelihatan wajahnya di masjid, hanya wajahnya menjelang apabila ditampal posternya atau menjelang penamaan pemilihan namanya, maka dia bukan pemimpin orang-orang yang beriman. Mestilah rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Kelihatan pada solat fajar bersama jemaah, kelihatan pada solat isyak bersama jemaah, mempunyai kaitan perasaan dengan masjid, bukan hanya hadir ke masjid apabila ada program rasmi sahaja, menunaikan zakat, membelanjakan harta untuk perjuangan pada jalan Allah, membelanjakan harta untuk kebaikan umat Islam. "Ramai orang boleh membelanjakan ribuan, ratusan ribu hartanya untuk politiknya. Tak ramai yang boleh membelanjakan hartanya semata-mata kerana Allah Azza Wajalla, untuk kepentingan agama, tanpa dicampur-adukkan dengan kepentingan diri. Jika ciri itu dimiliki dia adalah pemimpin orang beriman," ujarnya. Beliau turut memberikan peringatan bahawa seorang pemimpin juga perlu terdiri dari kalangan orang yang berilmu. "Hendaklah kamu faqih mempelajari agama, mempelajari hukum-hakam, mempelajari ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemerintah. Tidak boleh orang jahil menjadi pemerintah, tidak boleh orang jahil menjadi pemimpin. Mestilah kita umat Islam pandai dalam membuat pemilihan.
"Sesiapa yang selalu menghadirkan diri dalam pengajian di masjid dan mendengar pengajian yang benar, mendekatkan diri kepada Allah, dia layak menjadi pemimpin kita kerana dia telah menjadikan dirinya memahami agama. Bukan sekadar menganjurkan majlis agama tetapi dia mesti memahami agama, mesti memahami syariat Allah, mesti memahami hukum-hakam syarak, hadir memahami agama. Jangan akhirnya dia bercakap sesuatu yang bercanggah dengan agama. "Maka jika dia tahu agama, zahir pada dirinya ciri-ciri kesolehan dan dari segi penampilannya, tanda-tanda orang yang tunduk dan ruku’ kepada Allah, pakaiannya, pakaiannya anak isterinya melambangkan dia faham hukum-hakam Allah. Maka jika itu berlaku, itulah yang disebut oleh Allah s.w.t, yang disebut Rasulullah s.a.w yang ditegaskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin," serunya sambil memetik hadis dar Umar Ibnu Al Khattab r.a yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dr Mohd Asri sekali lagi mengingatkan pemilihan pemimpin harus berlandaskan akal dan iman. "Mimbar ini tidak berkempen untuk sesiapa, bukan kepentingan kita untuk berkempen, kita menyeru umat Islam menggunakan akal dan imannya, apabila mereka menentukan kepimpinan untuk dirinya. Janganlah ketaksuban kepada puak golongan parti menyebabkan kita membutakan mata dalam menentukan keputusan yang diredhai oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. "Allah s.w.t menyebut dalam al-Quran, Jadilah orang-orang yang menegakkan kebenaran, saksi yang adil kerana Allah, janganlah kamu jadikan kebencianmu kepada sesuatu puak menyebabkan kamu tidak adil. Adillah, sesungguhnya adil itu dekat kepada taqwa. Takutlah kamu akan Allah, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang kamu lakukan. "Marilah kita bertaqwa, beristikharah kepada Allah di dalam memilih sesiapa sahaja di kalangan kita supaya pemilihan itu mendapat keredhaan dari Allah," serunya lagi

Ahli JKKK dan Puteri Umno sertai PAS

Adnan Ibrahim Wed Feb 27, 08 3:21:12 pm MYT
MARANG, 27 Feb (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Abdullah Mamat, 65 bersama anak beliau Ahli Puteri Umno, Shamsiah Abdullah menyertai PAS kerana Umno gagal memberikan kebajikan kepada mereka. Ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Asing, di sini, malam tadi, beliau menceritakan bagaimana pemimpin Umno mengasingkan beliau daripada mendapat hak sebagai ahli JKKK. "Setiap Ahli JKKK ada empat kouta wang ehsan untuk diagihkan kepada rakyat di bawah urusan ahli JKKK masing-masing.
"Bagaimanapun saya dinafikan hak tersebut untuk diberikan kepada penduduk di kawasan saya," ujarnya. Beliau juga melahirkan kekesalan terhadap pemimpin Umno kerana tidak megagihkan secara adil wang ehsan sebaliknya ingin mengaut sesama sendiri. Mereka mahukan pengaruh jadi peimpin ini membolot agihan wang ehsan yang sepatutnya disalurkan kepada Ahli JKKK," tambah beliau. Beliau bersama anaknya membuat pengisytiharan itu ketika menyerahkan borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhajaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik. Beliau dan anaknya cukup berkeyakinan menyertai PAS sehingga bersedia menjadikan rumah beliau sebagai tempat ceramah calon PAS, Mohd Deraman yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan. Mengulas peluang PAS di kampung ini, beliau berkata tawaran PAS kepada pengundi sebenarnya cukup menarik terutama untuk memastikan rakyat miskin mendapat pembelaan, memiliki tanah dan rumah sendiri. "Anak-anak muda di sini juga mahukan pekerjaan dan jika PAS diberi peluang memerintah ingin memastikan setiap rakyatnya mendapat peluang pekerjaan dengan langkah mengurangkan pekerja asing. "Bilangan pekerja asing yang semakin ramai ke negeri ini turut mengundang masalah sosial dan jenayah. Jadi langkah PAS itu bersesuaian memastikan rakyat mendapat kerja di samping memastikan negeri kurang jenayah," katanya. Menurut beliau dalam soal pekerjaan bukan sahaja golongan belia tidak mempunyai pekerjaan malah orang dewasa juga ada yang kerja tidak menentu. Keadaan inilah kata beliau menyebabkan rakyat Terengganu masih dalam arus kemiskinan

Rabu, 27 Februari 2008

Laungan 'ustaz sepak tong mai lagi' bergema di Permatang Pauh

Mohd Sabri Said Mon Feb 25, 08 5:14:15 pm MYT
PERMATANG PAUH, 25 Feb (Hrkh) - "Ustaz sepak tong mai lagi," itulah laung yang paling menarik kedengaran ketika penamaan calon di Parlimen Permatang Pauh yang diadakan di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam semalam. Semalam orang ramai berpusu datang memberikan sokongan pada Barisan Alternatif (BA) dengan memenuhi ruang padang yang menempatkan pembangkang manakala sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) nyata jelas kurang memberangsangkan apabila hanya sekitar 2,000 orang sahaja berbanding BA sehingga mencecah hampir 8,000 orang. Bendera hijau putih bulan pernama dan biru muda berlambangkan mata kelihatan tegak mengibar berbanding bendera kati atau keris lebih sugul dan layu bagaikan sudah tergambar kekalahan. Suara laungan Allahuakbar, reformasi, selawat Nabi, jatuhkan BN, dan sebagainya mengatasi nyanyian lagu Umno, lagu tema hari kebangsaan, hidup BN, Umno serta melayu mahupun sesekali terdengar pekikan Allahuakbar di celah-celah kumpulan berbaju putih berkain dan bertudung merah terang. Namun apa pun, pekikan 'kami tak mahu Ustaz sepak tong' begitu menarik perhatian sekali kerana ia dilagukan dengan seorang tok dalang. Omar Khalid, 47, berkata, kali ini pertandingan pasti sengit kerana BN mahukan kemenangan dan tidak mustahil mereka mempergunakan berbagai cara untuk menang. Ujarnya, namun begitu BN dan Umno kena bekerja keras kerana sokongan pada BA sukar digugat tambahan lagi kemunculan semula Dato' Seri Anwar sendiri. "Saya kira ia satu fenomena biasa ketika hari penamaan calon. Apa yang penting ia satu perbuatan yang kurang sopan kepada seseorang yang bergelar 'Ustaz' dan pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, " ujarnya. Nurul Fatihah Kamaruddin, 27, pula berpendapat, penyertaan Dato' Pirdaus Ismail menentang penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh sekarang merupakan satu perbuatan untuk membalas dendam walaupun tahu ia satu perkara yang sukar. Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 8 Mac nanti menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parti KeAdiLan Rakyat Malaysia (KeADILan), PAS dan BN. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dua Dun milik KeADILan iaitu Seberang Jaya berlaku pertandingan antara Ramli Bulat menentang penyandangnya, Arif Shah Omar Shah. Di Penanti pula muka baru KeAdiLan, Mohamad Fairuz Khairudin menentang Dato' Jalil Abdul Majid manakala Dun Permatang Pasir, Mohd Hamdan ditentang oleh orang baru calon BN, Sahar Shuib

Manifesto BN tidak janji halang kenaikan harga minyak

Adnan Ibrahim Wed Feb 27, 08 4:01:14 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 27 Feb (Hrkh) - Walaupun Barisan Nasional (BN) menyangkal dakwaan harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini tetapi tidak bermakna ia menafikan kemungkinan naik pada tahun ini juga sebagaimana yang diramalkan banyak pihak dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata malah dalam manifesto BN bertema 'Selamat, Aman dan Makmur' tidak menegaskan bahawa minyak tidak akan naik pada tahun ini. "Kalau BN tidak mahu naik harga minyak dia sepatutnya menegaskan dalam manifesto sebagai tindak balas kepada tawaran pembangkang yang mahu menurunkan harga minyak jika diberi mandat memerintah Malaysia," ujarnya yang ditemui di sini. Tambah beliau, ini bermakna sekali lagi BN cuba bermain teka-teki selepas rakyat tertunggu-tunggu tarikh pilihan raya sebelum itu. Menurut beliau, rakyat masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sehari sebelum pembubaran parlimen berkata beliau tidak bersedia untuk membubarkan parlimen pada hari esok. Kenyataan itu mendapat liputan meluas akhbar pada 13 Mac lalu yang melaporkan parlimen tidak dibubarkan hari ini untuk menjawab ramalan ramai bahawa parlimen dibubar pada angka 13 yang diminati perdana menteri itu salah. Sebaliknya pada tengahari Rabu itu ternyata Abdullah membubarkan parlimen. Pembohongan yang terangan kepada rakyat dan media sokongan mereka sendiri. Mohamad Sabu berkata peristiwa itu cukup ironis kepada rakyat bagaimana rakyat boleh mempercayai bulat-bulat bahawa minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum nanti. Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas, katanya: "Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik." Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema "Selamat, Aman dan Makmur" di Kuala Lumpur. Mohamad Sabu mengingatkan pengundi supaya menolak kerajaan BN dan memberi mandat kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP. Menurut masyarakat kampung harus ingat bahawa kenaikan minyak turut melibatkan meraka dan orang miskin kerana pengangkutan barangan keperluan yang dihantar ke kedai-kedai di kampung menggunakan pengangkutan yang berasaskan minyak. "Minyak naik bererti barangan keperluan harian ikut naik. Kita jangan sekadar marah kepada kerajaan semasa minyak naik sahaja bahkan kita perlu tukar kerajaan kerana PAS dan KeADILan menjanjikan harga minyak akan diturunkan jika kami diberi kuasa," ujarnya. Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Haji Ahmad Othman dalam satu kenyataannya berkata: "Tak kan bawang seulas datang bergolak ke rumah pengguna, ia tentunya diangkut dengan kenderaan, dan kenderaan menggunakan minyak untuk bergerak. Apabila harga minyak naik sudah tentu tambang akan meningkat." "Mengarut, kerajaan jangan hanya tahu bergantung kepada subsidi minyak untuk mencari modal bagi pembangunan rakyat, walhal banyak lagi cara untuk atasi masalah tersebut jika mereka pandai mengurus wang negara. "Mengapa tidak diuruskan dengan betul permit import (AP) sebagai contoh, yang mana berbilion ringgit negara rugi, begitu juga dengan masalah rasuah dan pembaziran wang yang tidak ditangani dengan baik bagi melegakan bebanan rakyat," komen penulis-penulis yang dipetik daripada laman web yang menzahirkan kekesalan kepada pemerintah yang diberi mandat tetapi gagal berkuasa secara bijaksana

Umno/BN seleweng kemudahan awam untuk berkempen... Kat Melaka Ade Ker ??

Zain el-Din Hashimi Wed Feb 27, 08 3:38:06 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) – Tinjauan Harakah mendapati para pemimpin Umno/BN telah melakukan banyak penyelewengan bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini, sekali gus memerintah negara. Penyelewengan yang dilakukan bukan sahaja menggunakan media cetak (surat khabar), media eletronik (stesen tv, radio), malah terkini menggunakan segala kemudahan awam seperti papan-papan iklan (billboard) di lebuh raya, stesen LRT dan sebagainya. Inilah tindakan tidak bertamadun Umno, menggunakan apa sahaja walaupun melanggar etika dan arahan Pengerusi Suruhanha Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid minggu lalu yang memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik yang bertanding agar tidak menggunakan kemudahan awam. Kerakusan pemimpin Umno/BN berkempen untuk pilihan raya kali ini tidak mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan kerana mereka telah berkempen sakan sebelum tarikh pembubaran parlimen. Menjelang hari pembuangan undi, Malaysia tidak lagi diperintah oleh pemimpin-pemimpin Barisan nasional, tetapi ditadbir oleh kerajaan sementara, justeru mereka tidak boleh menggunakan jawatan seperti Perdana Menteri atau timbalannya, mereka hanya boleh sebut Pengerusi Umno atau BN.
Dalam tempoh tersebut mereka tidak berkuasa hingga sampai hari mengundi. Maka mereka tidak boleh muncul dalam televisyen, kalau mereka dibenarkan, pembangkang juga mesti juga boleh berbuat demikian, tetapi semua itu mustahil boleh berlaku, semua pegawai di mana-mana jabatan bagaikan petugas BN untuk memastikan kemenangan parti itu. Seorang pengguna LRT yang ditemui menegaskan, kerajaan pimpinan Umno/BN sudah tidak lagi relevan, kalau di Thailand, Pakistan parti pembangkang boleh meraih kemenangan dengan berhadapan parti pemerintah dalam pilihan raya, angin kemenangan itu juga tidak mustahil akan bertiup pada 8 Mac di Malaysia. "Saya berkata demikian kerana tidak berpuas hati mereka menggunakan segala kemudahan awam tanpa batasan, sedangkan pilihan raya saya ibaratkan macam peperangan, dari segi logiknya, tentera yang memiliki segala persenjataan canggih akan menang berbanding dengan tentera yang hanya menggunakan senapang patah, tetapi Allah penentu pada 8 Mac nanti," tegas beliau dengan nada kesal. Pendapat beliau itu disokong oleh seorang Pengurus Besar sebuah syarikat swasta yang tidak mahu dikenali Beliau kesal dengan tindakan pihak berkuasa. Katanya tidak cukup dengan itu semua, mereka menjadikan para pegawai SPR sebagai balaci khususnya pada hari penamaan calon 24 Februari lalu. Katanya lagi, beliau mendapat maklumat terdapat seorang calon pembangkang (PAS) yang bertanding di salah sebuah Dun di Selangor ditawarkan sejumlah wang dari calon BN agar menarik diri supaya tidak bertanding sebelum jam 3.00 petang tadi (Rabu 27 Feb). Menurutnya, jika semua calon bertanding secara ‘gentlement’ dalam pilihan raya tanpa bantuan SPR, media cetak atau eletronik tidak berpihak mana-mana, rasanya ia satu kemenangan yang amat berharga kerana pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil

BN hadapi PRU ke-12 dalam keadaan yang paling kecoh

Fuad Rahim Wed Feb 27, 08 1:37:21 pm MYT
Rasanya kali inilah pilihan raya yang paling kecoh dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan calon, walaupun media massa arus perdana sedaya upaya 'menutupnya' dari pengetahuan umum. Bantahan di mana-mana, termasuk kubu kuat Umno/BN di Johor membuat protes besar-besaran membantah Dr Robiah Kosai dicalonkan semula di DUN ungai Balang dalam Parlimen Muar. Rasa tidak puashati itu diketuai sendiri Ketua Umno Bahagian Muar, Dato' Mohd Ismail Mohd Shah walaupun Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman tetap berkeras mahu Dr Robiah dikekalkan. Dr Robiah akan berdepan dengan calon PAS, Malik Mohd Diah dalam pertandingan satu lawan satu. Tidak mustahil, PAS akan dapat menawan kawasan ini jika pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN mahu memberi isyarat kepada MB Johor, supaya tidak membuat pilihan sesuka hati. Dari sejarah lalu, Parlimen Muar pernah kehilangan satu kerusi, apabila DUN Parit Bakar dimenangi calon Parti Melayu Semangat 46, apabila calon BN, Zakaria Mahadi ditewaskan Haji Kahar Ahmad. Sementara itu di Perlis, 'pertelingkahan' Setiausaha Agung Umno, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad dengan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim diliat pemerhati politik sebagai 'angkara biasa' Radzi. Radzi yang mengetuai Umno Bahagian Kangar juga pernah 'bertelingkah' dengan Menteri Besar Perlis terdahulu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang mengetahui Umno Bahagian Arau, hingga menyebabkan di kalangan pemerhati politik mengelarkan Perlis yang hanya mempunyai dua bahagian ketika itu, sebagai Korea Utara dan Korea Selatan. Malahan, Radzi dalam tahun 1988 pernah dilaporkan mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kangar dan mahu bertanding semula, ekoran kejayaan Dato' Shahrir Abdul Samad di Johor Baharu, mengalahkan calon Umno/BN dengan majoriti besar. Di Kedah, calon BN DUN Jitra, Aman Khan Hussein nyaris-nyaris memalukan Umno/BN jika tidak menarik diri disaat-saat akhir dan sempat digantikan dengan bekas Senator dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Saad Man. Di Kelantan, hubungan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan 'renggang' dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa ekoran peristiwa calon BN di DUN Kijang. Umno/BN Kelantan sebenarnya tidak yakin dapat menguasai Kelantan dengan 'memujuk' Dato' Dr. Awang Adek Hussein bertanding dua kerusi, Parlimen dan DUN bagi memastikannya boleh diselamatkan jika Umno/BN tewas. Satu sumber dalaman Umno memberitahu, Dr. Awang Adek enggan dicalonkan di peringkat DUN sahaja kerana tidak yakin Umno/BN boleh menang di Kelantan tetapi disebabkan Perdana Menteri tidak yakin dengan kepimpinan Annuar, maka nama Annuar tidak disenaraikan sebagai bakal MB Kelantan jika Umno/BN berkuasa. Di Terengganu, peluang PAS kembali berkuasa di negeri yang dikenali sebagai Kuwait Malaysia ini akan tercapai kali ini apabila Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh dilihat terlalu angkuh dengan kedudukan dan jawatannya. Pengguguran Dato' Abdul Rahman Bakar dan Dato' Rosli Mat Hassan yang dilihat sebagai 'menjauhkan pesaing jawatan Menteri Besar' dan sekaligus membuktikan Umno Terengganu sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang cukup besar. Pengaruh Rahman dan Rosli ditambah dengan sokongan Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh dipercayai akan meruntuhkan 'populariti' Idris di peringkat nasional, sekaligus akan menyaksikan Terengganu akan mendapat khidmat Menteri Besar baru, walaupun Umno/BN menang, dalam masa yang singkat.

Beratus juta dihabiskan, tetapi jamban kristal tidak senonoh

Adnan Ibrahim Wed Feb 27, 08 1:02:39 pm MYT
Dalam usaha kerajaan menghabiskan wang rakyat lebih 270 juta bagi pembinaan pembangunan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu sebaliknya jamban yang dikatakan mewah itu cukup mengaibkan untuk membuang hajat. Pada kebiasaannya apabila memasuki tandas pengguna akan melihat sekeliling terutama di atas dan siling bimbang kalau ada kamera litar tertutup (CCTV). Sebaliknya tanpa disedari apabila dipandang ke bawah rupanya 'CCTV semulajadi' boleh menyebabkan pengguna tandas mendapat aib. Apa yang dimaksudkan ialah air yang membasahi lantai bertindak seperti cermin apabila mozek lantai berwarna hijau gelap menjadikannya sebagai objek pembalikan. Ditambah lagi dengan dinding tandas (partition) antara satu sama lain tidak rapat ke lantai iaitu tinggi dalam anggaran hampir satu kaki manakala pintunya juga setengah kaki dari paras lantai cukup untuk membayangkan keaiban. Pengguna tandas boleh melihat objek bayangan sebelah begitu juga kepada mereka yang menunggu giliran di luar untuk melepaskan hajat. Bukan itu sahaja malah ia turut menghasilkan bunyi yang cukup memualkan. Sepatutnya wang berjuta dihabiskan akan melahirkan keselesaan kerana pembangunan yang menampakkan gah sebaliknya kemegahan itu tidak melahirkan ketamadunan moral. Jenayah meningkat Indeks jenayah Terengganu meningkat 6.2 peratus gagal diatasi sebaliknya pemimpin Terengganu sibuk dengan replika Taj Mahal, Masjid al-Aqsa dan banyak lagi di pulau tersebut. Ketamadunan Terengganu hanya mementingkan bangunan dan kebendaan yang nampak hebat seumpama tamadun Piramid Firaun, Tembok Besar Dinasti Ming, Namrud, kerajaan Madyan, Saba', Himyar dan lain-lain lagi. Sebaliknya indeks jenayah di Terengganu bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun 2007 meningkat sebanyak 119 kes atau 6.29 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.Perkara ini didedahkan Ketua Polis Terengganu, Dato' Md Lazim Ahmad pada 13 Ogos lalu. Mengapa keadaan ini berlaku? Ini kerana Terengganu sekarang lebih menerapkan tamadun berbentuk menterialistik. Ini berlainan dengan tamduan kerajaan Kelantan terdapat Dataran Ilmu sebagai tempat imarahkan pengetahuan setiap hujung minggu. Cuti dua hari seminggu dimana hari Jumaat dijadikan hari ilmu. Kejayaan tamadun ilmu ini boleh dilihat pada hari tersebut dan orang ramai yang cukup asyik dengan majlis ilmu. Ini tidak berlaku di Terengganu. Rakyat itu mengikut agama dan cara hidup pemerintah. Apabila pemerintah mengajak rakyat ke surau dan masjid, maka rakyat akan berduyun ke situ. Sebaliknya, apabila para pemimpin memenuhi pentas konsert dan menganjurkan hiburan maksiat, maka ke situlah pula aliran budaya dan pemikiran rakyat. Begitu juga bila pemimpin menekankan soal kebendaan dan pembangunan yang berkonsepkan sedemikian maka budaya dan pemikiran rakyat juga ke arah tersebut sedangkan kemampuannya tidak mengizinkan maka sudah tentu ia lebih melahirkan jenayah, salahguna kuasa dan rasuah. Soal halal haram diketepikan. Terdapat laporan akhbar pada Jun 2004 bertajuk `Kedai batik dipecah setiap hari' melaporkan lebih 70 peniaga kain batik, sutera dan songket di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu dalam kebimbangan kerana kedai mereka dipecah masuk pencuri hampir setiap hari. Akhbar lain juga melaporkan lebih 100 batang tiang pagar padang bola di Kampung Tanjung, Batu Rakit didapati hilang dan dipercayai dicuri untuk dijual sebagai besi buruk. Terengganu di bawah pemerintahan Islam Hadhari juga tidak terlepas daripada gejala jenayah ragut yang menular di serata negara. Dua akhbar utama pada 9 September 2004, sebagai contoh, melaporkan dua wanita kerugian lebih RM3,000 dalam dua kes ragut berasingan yang berlaku di Besut dan Dungun. Juga dilaporkan seorang ustazah dari Kampung Simpang Tok Ku, Kuala Terengganu yang kerugian RM23,000 apabila begnya diragut ketika melalui lorong menuju ke sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, di bandar ini. Akhbar mingguan, bertarikh 12 September 2004 pula memaparkan berita seorang guru wanita kerugian wang tunai dan barangan kemas bernilai RM6,000 setelah beg tangannya dicuri ketika sedang mandi di rumahnya di kawasan perumahan Wakaf Baru, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu.

Dakwa Presiden PAS angkuh, fitnah jahat Idris Jusoh

Anis Nazri Tue Feb 26, 08 4:24:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh, bahawa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang angkuh kerana kononnya enggan bersalaman dengan calon Barisan Nasional merupakan satu fitnah.
Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, menjelaskan perkara tersebut tidak berbangkit sama sekali memandangkan Ustaz Hadi tidak diperkenalkan dengan calon BN ketika rombongannya bertembung dengan rombongan calon BN. "Selepas proses bantahan, Presiden bergegas turun ke bilik media untuk menghadiri sidang media tergempar berhubung protes mengenai duti setem yang dimatikan. Ketika itu beliau bertembung dengan rombongan BN dan sama-sama memberi salam, namun beliau tidak kenal dengan calon tersebut dan mereka juga tidak menghulurkan tangan untuk bersalam. Jadi, tidak timbul soal Presiden enggan bersalam, tetapi ia dimanipulasikan pihak akhbar dan ini adalah fitnah," jelas beliau kepada media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Roslan, yang melahirkan kekesalan presiden atas insiden tersebut turut menegaskan bahawa perbuatan pihak akhbar itu seolah-olah menggambarkan pemimpin nombor satu PAS itu dengan gambaran negatif, sedangkan ia berlaku sebaliknya. Tambah beliau, pihak media yang membuat liputan pada hari penamaan calon di sana, tentunya lebih arif tentang perkara sebenar yang berlaku di situ. Malahan, dakwaan Idris itu juga tidak dibuktikan dengan gambar mahupun video insiden tersebut. "Kita telah menghubungi wakil media bebas di sana untuk mendapatkan gambar, bagaimanapun dimaklumkan tiada insiden berkenaan. Idris boleh menambah apa saja dalam memastikan kemenangan berpihak kepada BN," jelas Roslan. Mengulas bentuk tindakan yang mungkin diambil berhubung fitnah tersebut, Roslan menegaskan PAS tidak akan mengambil tindakan sekarang untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pilihan raya umum ini.

Isnin, 25 Februari 2008

Sekitar Penamaan Calon PRU 12

Parlimen Jasin ( P139 ) : Zulkefly bin Othman ( PKR )

Datuk Wira Ahmad bin Hamzah ( BN )


N24 Bemban : Chuo Kheng Hwa ( BN )

Steven Ho Kia Kim ( DAP )


N25 Rim : Azmi Kamis ( PKR )

Mohd Yazed bin Khamis ( BN )


N26 Sekam : Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek ( PAS )
Ghazale bin Muhamad ( BN )


N27 Merlimau : Mejar ( B ) Jasme bin Tompang ( PAS )

Mohamad Hidhir bin Abu Hasan ( BN )


N28 Sungai Rambai : Aminudin bin Abd Jalil ( PAS )

Hassan Rahman ( BN )






Sabtu, 23 Februari 2008

calon kami Bakal YB Kami ...


SENARAI CALON PAS NEGERI MELAKA

BERIKUT ADALAH SENARAI CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING DALAM PILIHANRAYA KE 12 DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

PARLIMEN

P.134 MASJID TANAH UST.ABD GHANI ABD RAHMAN

P136 TANGGA BATU Zainon binti Jaafar

P137 BUKIT KATIL Khalid bin Jaafar

P139 JASIN Zulkefly bin Othman


SENARAI DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

N.01 KUALA LINGGI UST.JULASOPIAH HJ KASSIM

N.02 TANJUNG BIDARA IMRAN ABD RAHMAN

N.04 LENDU DATUK MOHD AMIR HJ YAAKUB

N.05 TABOH NANING ABD HALIM SAID

N.09 DURIAN TUNGGAL UST.ABD GHANI ABD RAHMAN

N.10 ASAHAN AMDAN SUDIN

N.12 PANTAI KUNDOR MOHAMAD NOOR OMAR

N.17 BUKIT BARU HJ BAKRIN SIDEK

N.18 AYER MOLEK SALEM HJ TAHIR

N.23 TELOK MAS UST. ABD RAHMAN JAAFAR

N.26 SERKAM UST. KAMARUDIN HJ SIDEK

N.27 MERLIMAU MEJER (B) JASME TOMPANG

N.28 SUNGAI RAMBAI SAUDARA AMINUDIN ABD JALIL

Bekas Adun Derga isytihar keluar BN, bertanding atas tiket KeADILan

BN Kedah menerima tamparan hebat apabila bekas Adun Gerakan, Cheung Khai Yan bagi kerusi Dun Derga hari ini mengisytiharkan diri keluar parti dan menyertai Parti KeADILan seterusnya akan bertanding atas tiket partiKhai Yan mengumumkan keputusan itu kira-kira pada jam 3.40 petang tadi di pejabatnya di Jalan Putra, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.
Sejurus mengumumkan keluar parti Gerakan dan menyertai KeADILan, Zamri bertindak mengumumkan Khai Yan sebagai calon KeADILan bagi kerusi N.11 Derga. Khai Yan sebelum ini pernah dilantik sebagai Exco Kerajaan BN Kedah dan kembali sebagai Adun biasa bagi penggal lalu dan pernah beberapa mengakui dia dan Dun Derga telah dianaktirikan dalam soal projek pembangunan. Ini bermakna, Khai Yan akan mempertahankan kerusinya di Derga yang berada dalam Parlimen Pokok Sena dengan hanya menukar warna parti. barunya itu untuk mempertahankan kerusi Dun Derga.

Negara kebajikan bukan negara subsidi

Muhammad Abu Zahra Fri Feb 22, 08 6:47:49 pm MYT
Kebanyakan ulasan-ulasan dangkal para pemimpin BN tentang Negara Kebajikan menganggap bahawa negara seperti itu akan memberikan subsidi sepenuhnya kepada rakyat. Mereka menyebut apabila rakyat diberi subsidi maka mereka akan malas bekerja justeru Malaysia akan kekurangan daya saing. Sedangkan konsep Negara Kebajikan yang diketengahkan oleh PAS bukannya negara yang pemerintahnya memberikan subsidi sepenuhnya kepada rakyat. Pemberian subsidi kepada rakyat hanya disalurkan kepada perkara-perkara berikut:

a. Keperluan asasi
Ataupun dalam konteks ekonomi Islam disebut 'dharuriyat', iaitu keperluan yang diperlukan oleh manusia, sekiranya manusia tidak memperolehinya boleh menyebabkan bencana yang besar. Keperluan asasi ini telah cuba diperjelaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri melalui Laporan Brundtland 1987 iaitu termasuk kesihatan, pendidikan, penempatan dan lain-lain. Dalam konteks ini kerajaan bertanggungjawab memaksimumkan penyaluran subsidi supaya seluruh rakyat boleh memperolehi keperluan yang sangat asas seperti ini.
b. Golongan yang tidak berupaya
Seperti golongan cacat, orang tua-tua, kanak-kanak, ibu-ibu tunggal dan lain-lain. Dalam sesebuah Negara Kebajikan, subsidi diberikan bagi membolehkan semua golongan ini hidup selesa seperti rakyat yang berupaya. Golongan-golongan seperti ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap, sehingga boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar.Sebagai contoh pernah berlaku baru-baru ini ibu tunggal terpaksa mengurung anak mereka ketika keluar bekerja, disebabkan terpaksa berbuat demikian untuk menyara kehidupan keluarganya. Akhirnya anaknya telah terperangkap dalam kebakaran. Maka pemerintah dalam Negara Kebajikan akan menyalurkan subsidi yang munasabah demi memastikan kesejahteraan rakyat.

c. Melibatkan kepentingan strategik
Ia membabitkan kepentingan seluruh rakyat seperti gas, petrol dan diesel. Kesemua bahan bakar ini merupakan perkara yang diperlukan oleh seluruh rakyat daripada golongan terkaya sehingga golongan termiskin. Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan seluruh barangan keperluan yang akan menjejaskan kehidupan rakyat terutama golongan miskin. Oleh sebab itu pemerintah dalam sebuah negara kebajikan wajar menyalurkan subsidi bagi memastikan kepentingan strategik seperti ini boleh mengekalkan kehidupan rakyat yang selesa.

d. Demi menjamin keselamatan rakyat
Pemerintah bertanggungjawab menyediakan prasarana yang boleh memberi jaminan tinggi kepada keselamatan rakyat. Dalam konteks Malaysia, contoh yang terbaik ialah keselamatan jalan raya. Penggunaan lebuh raya sudah pasti lebih selamat berbanding penggunaan jalan raya sempit dua lorong. Sepatutnya subsidi diberikan untuk menggalakkan rakyat menggunakan lebuh raya bukannya dikenakan tol untuk mendorong rakyat memilih jalan raya sempit. Malah sepatutnya pemerintah menyediakan kemudahan percuma yang selamat kepada rakyat dalam aspek keselamatan pengangkutan ini. Bukankah di Malaysia kemalangan jalan raya antara pembunuh nombor satu negara?-

Mohon permit 48 jam sebelum ceramah... Siap Kau !!!

MELAKA: Semua calon yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini atau wakil mereka, perlu memohon permit 48 jam sebelum mengadakan ceramah dengan mengemukakan tempat dan kawasan ceramah jika ia diadakan di kawasan orang ramai. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata langkah itu bertujuan membantu pihak berkuasa membuat penilaian dan persiapan bagi memantau perjalanan ceramah berkenaan. "Semua pihak diminta patuh kepada undang-undang dan arahan polis. Tugas kita hanya membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat persiapan polis Melaka menghadapi pilihan raya umum di sini, semalam. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hussin Ismail; Ketua Polis Melaka, Datuk Mortadza Nazarene dan Ketua Cawangan Khas Melaka, Asisten Komisioner Mohd Ab Rahman Harun. Musa, yang melawat setiap negeri untuk mengetahui persiapan polis menghadapi pilihan raya berkata, setakat ini persiapan pasukannya lengkap dan sangat teliti. Pasukan bantuan daripada Unit Tindakan Ringan (LSF) dan Pasukan Gerakan Am turut memantau dan membuat rondaan untuk mengenal pasti pihak atau kumpulan yang cuba menggugat perjalanan pilihan raya ini. Beliau turut mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti yang bertanding mengelak melakukan perkara yang boleh menimbulkan ketegangan seperti mengoyak poster atau membuang bendera parti lawan. Sambil menyifatkan perbuatan itu seperti kanak-kanak, Musa berkata, semua pihak berhak menampal poster atau bendera parti masing-masing bagi menarik sokongan pengundi selaras peraturan dan undang-undang pilihan raya. "Tidak perlu mengoyak poster parti lain kerana semua mempunyai hak berbuat demikian. Tampal elok-elok kerana perkara ini bukan tidak baik, tetapi bertujuan memperkenalkan calon kepada orang ramai. "Kita sudah lama merdeka dan banyak kali mengadakan pilihan raya... jadi janganlah berkelakuan seperti budak kecil. Bersifat rasional seperti orang dewasa kerana perkara seperti ini bagi saya remeh dan jika ia tidak berlaku, lagi seronok kita menghadapi suasana pilihan raya... sama seperti menyambut hari raya," katanya. Musa juga berkata, polis mengenal pasti tujuh kawasan panas di Melaka dan semua kawasan itu akan dipantau rapi bagi memastikan orang ramai keluar mengundi dengan selamat tetapi enggan menamakan kawasan itu. Katanya, seramai 2,560 pegawai dan anggota ditugaskan di semua kawasan pilihan raya di negeri ini untuk menjaga perjalanan dan memastikan kelicinan di semua tempat mengundi.

Jumaat, 22 Februari 2008

PAS tergugat dengan formula 3 + 1 BN?

Intan Abdullah Fri Feb 22, 08 2:30:48 pm MYT
Setelah menerajui negara sejak 50 tahun yang lalu, Umno-BN dikatakan mempunyai resepi kejayaan 3 + 1 yang sukar ditandingi pembangkang.Pendapat itu diutarakan oleh Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohamad Agus Yusof yang merasakan ia adalah formula yang sukar ditandingi oleh pembangkang. "Tiga formula tersebut adalah kekuatan ekonomi, keharmonian hubungan antara kaum dan kestabilan politik dalam negara. Manakala satu lagi adalah kerjasama politik antara kaum yang sehingga kini sukar untuk ditandingi pembangkang," katanya ketika dihubungi Harakah. Tambahnya, isu terbesar yang boleh memberi kesan dan mempengaruhi rakyat adalah isu ekonomi. "Kerajaan telah mengetahui bahawa jika rakyat berasa selesa, mereka tidak akan berganjak untuk mengubah tampuk kepimpinan negara," ujarnya. Katanya permuafakatan politik antara parti-parti komponen BN ternyata lebih utuh berbanding pakatan pembangkang yang tidak stabil dalam jangka masa panjang. Selain itu, Agus berpendapat, pengundi muda perlu diberi perhatian kerana mereka adalah pengundi baru yang masih lagi belum memiliki apa-apa ideologi atau fahaman politik.
"Mereka inilah yang akan menentukan kedudukan dan senario politik negara pada masa akan datang, dan jangan kata mereka ini kuat dipengaruhi bahan internet kerana mereka lebih terkesan dengan apa yang ditonton di televisyen," ulasnya. Ujarnya, satu kajian menunjukkan bahawa 67 peratus daripada golongan muda suka menonton televisyen, manakala 57 peratus membaca akhbar dan 12 peratus gemar melayari internet. "Ini bermakna, generasi muda hari ini sememangnya suka menonton televisyen. Jadi, tidak hairanlah apabila kita melihat Umno-BN bersungguh-sungguh menyebarkan segala propaganda dan mesej politik mereka melalui media tersebut," katanya mengaitkan dapatan kajian tersebut dengan strategi yang sedang digunakan parti tersebut. Ketika ditanya mengenai jangkaan mood pengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini, Agus melihat undi Melayu dijangka tidak berubah lebih-lebih lagi di kalangan pegawai kerajaan seperti yang berlaku pada pada pilihan raya umum 1999. "Sungguhpun begitu, saya menjangkakan terdapat 'swing' pengundi bukan Melayu ekoran masalah kenaikan harga minyak yang menjejaskan harga barang makanan dan keperluan, seterusnya mengakibatkan kesan negatif rakyat terhadap keadaan ekonomi negara," tambahnya. Jelasnya, pengundi bukan Melayu peka kepada isu ekonomi kerana majoriti daripada mereka tidak bergantung kepada kerajaan. "Mereka tidak terikat dengan akujanji atau apa-apa akta kerana kebanyakan mereka bekerja sendiri atau makan gaji di syarikat swasta," katanya lagi. Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa tiga faktor atau formula tersebut masih boleh disanggah oleh pembangkang. Tetapi formula '+ 1' yang dimaksudkan iaitu kerjasama politik antara kaum itu masih merupakan suatu keadaan yang sukar dicabar pembangkang sehingga kini. Pembangkang ujarnya masih boleh menyatakan bahawa ekonomi Malaysia kini tergugat dengan situasi kenaikan harga barang, apatah lagi hubungan antara kaum kini kian terjejas selepas isu perhimpunan Hindraf serta kestabilan politik yang tercalar dengan masalah dalaman Umno-BN yang terdedah dengan masalah salah laku dan penyelewengan. Justeru, beliau mengingatkan semua pihak terutamanya pembangkang agar berada dalam keadaan sentiasa bersedia dengan segala strategi untuk berhadapan dengan Umno-BN setiap masa jika ingin merampas kembali kuasa kepimpinan daripada parti itu.

Bekas Pengerusi Kelab Penyokong BN persoal laporan PM

Abdul Halim Mohd Rashid Fri Feb 22, 08 2:18:36 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad mempersoalkan, adakah pengundi di kampung-kampung faham dan mengambil peduli apa yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kad laporannya kepada rakyat. Beliau juga membangkitkan tentang merebaknya presepsi bahawa kerajaan pimpinan Abdullah seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing, dipercayai Singapura. Begitu juga dengan soal keterlanjuran menantu Abdullah (Khairy Jamaludin) yang kian menghantui pemikiran rakyat. "Hebat. Memang cukup hebat. Ini bermakna seolah-olah era Abdullah jauh lebih baik daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bermakna seolah-olah Abdullah adalah Perdana Menteri yang amat cemerlang prestasinya," kata beliau, yang dilihat sebagai menyindir Perdana Menteri. Soalnya, adakah pengundi di kampung-kampung yang menjadi pendukung setia Barisan Nasional (BN) sejak merdeka, faham hakikat di atas? Adakah mereka pedulikan seluruh perangkaan tersebut? Tidak mungkinkah mereka akan bertanya, kalau prestasi kerajaan Abdullah mencecah trillion ringgit, kenapakah harga barang mahal? Kenapa harga petrol naik? Kenapa duit mereka seolah-olah semakin menguncup nilainya?" beliau mempersoalkan. Menurut Ruhanie, beliau mengemukakan soalan tersebut kerana itulah persoalan orang-orang kampung sejak akhir-akhir ini. "Sepatah kata orang Jawa di kampung saya, mereka masih lagi memikirkan soal “sandang-pangan” atau soal pakaian dan makanan. Mudahnya, soal kehidupan yang asas – soal perut!"
Pada waktu yang sama, katanya lagi, adakah para pengundi di kawasan bandar terpesona dengan laporan di atas? "Mereka akan mengungkit, indeks rasuah negara bagaimana? Soal kemiskinan di bandar di mana tahapnya? Mereka akan menghujjah, soal kredibiliti kerajaan ketika ini di mana tarafnya? "Soal presepsi bahawa kerajaan mutakhir seolah-olah menggadaikan kedaulatan negara kepada kuasa asing mengapa kian merebak? Soal kronisme mengapa terlalu rancak dipolemikkan? "Dan, soal keterlanjuran menantu Abdullah mengapa kian menghantui pemikiran rakyat?" bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu mempersoalkan.
Golongan idealis pula, katanya, akan bersuara sudahkah Abdullah memberikan semangat, roh dan jiwa kepada kata-kata beliau yang termaktub di dalam puisi Damai Abadi yang menghiasi Manifesto BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-11. "Dan, sudahkah propaganda puitis Abdullah yang kononnya beliau mahu mencari “Al-Ghazali dan Al-Shafie” kerana beliau pemimpin yang berpedomankan “rahsia kitab suci” dan berpandukan “sunnah nabi,” menjadi realiti?" Sebenarnya, kata Ruhanie lagi, senarai persoalannya amat panjang sekali. "Bagaimanapun, seluruh persoalan di atas sewajarnya menginsafkan Abdullah bahawa kesejahteraan hidup rakyat jelata yang sedang diraihkan sokongannya ketika ini bukan hanya berpaksikan kepada perangkaan trillion ringgit nilainya," beliau mengingatkan. Kesejahteraan total rakyat ketika ini, katanya lagi, sewajarnya merangkumi soal perut, roh dan jiwa; sewajarnya meliputi soal prinsip dan integriti; sewajarnya mencakupi soal minda, akal, budi dan kredibiliti, semestinya memfokus kepada soal maruah, jatidiri dan kedaulatan negara-bangsa.

Awang Adek mahu jadikan Kelantan 'Serambi Maksiat'? Pak Ali ???

Wan Nordin Wan Yaacob Fri Feb 22, 08 11:01:10 am MYT
Nama Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek Hussin disebut-sebut semalam sebagai 'bakal Menteri Besar' jika Umno/BN berjaya menawan Kelantan. Gah bunyinya, lantang slogannya mahu menawan Kelantan setelah 18 tahun PAS menerajui negeri 'Serambi Mekah' itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa sebarang rasuah mahupun penyelewengan yang dilaporkan. Rakyat Kelantan sendiri seakan sudah 'lali' dengan pemerintanan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikenali dengan panggilan 'Tok Guru' di sana.
Umno mahupun PAS, semua menghormati 'Tok Guru'.Cuma beberapa kerat dari kalangan kelompok yang 'gilakan' kuasa mahu melihat Kelantan kembali menjadi seperti negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir BN. Paling menarik, 'Tok Guru' cukup dikenali kerana mengimami solat dan menyampaikan tazkirah setiap Jumaat di Kelab PAS Kota Bharu. Kelantan dan negeri-negeri lain cukup berbeza, dari sudut budaya, adat setempat mahupun kegiatan ekonominya.Ramai yang menyatakan bahawa Kelantan sebuah negeri yang 'miskin' namun berapa kerat sahaja yang berkeadaan demikian di sana berbanding di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor mahupun Kuala Lumpur sendiri. Kelantan sendiri bukanlah negeri yang tertinggi dalam statistik kemiskinan tegar.Tabiat rakyat Kelantan sendiri sebenarnya tidak memungkinkan mereka 'jatuh papa' kerana mereka amat dikenali dengan masyarakat yang pandai berniaga. Justeru kemiskinan yang biasanya dikaitkan dengan Kelantan oleh media-media pro BN hanyalah 'retorik' kerana jika ada kalangan rakyat Kelantan yang miskin sekalipun, bukanlah kerana dasar Kerajaan Kelantan sebaliknya kerana 'kemalasan' individu.
Bumi Kelantan cukup subur dengan aktiviti perniagaan makanan, boleh dikatakan Kelantan adalah hub makanan murah.Sebut sahaja Kelantan, kalangan 'orang luar' mesti terbayang akan keseronokan menjamu makanan murah di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Malangnya kini kelompok tertentu di kalangan orang yang cintakan 'kuasa' mahu mengubah lanskap masyarakat di Kelantan.Pengaruh Islam Hadhari yang menjadikan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 'syurga' maksiat mahu dibawa ke Kelantan. Mereka ini loghatnya sama seperti loghat orang Kelantan, namun jiwa besar mereka untuk merampas Kelantan bagi mendapatkan kuasa membuatkan semua ini dilupakan. Usaha itu jika setahun dua yang lalu dikepalai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa, tetapi kini kelompok pengampu mula mengangkat Awang Adek sebagai 'wira sebelum menang' untuk dinobatkan kononnya sebagai Menteri Besar. Melihat ketokohan, sesungguhnya Awang Adek bukanlah sebenarnya tokoh yang sepatutnya diketengahkan untuk jawatan sebesar itu.Di peringkat Parlimen sendiri, Awang Adek bukanlah 'ayam sabung' yang mampu menaikkan imej Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun selayaknya Awang Adek diangkat menjadi calon MB yang dikriteriakan oleh PM kerana, Awang Adek memiliki gaya 'mengantuk' sama seperti PM. Di Parlimen beliau jarang menjawab bagi pihak kementeriannya, sebaliknya Dato' Dr Hilmi Yahya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan) adalah orang yang paling kerap menjawab soalan bagi pihak kementeriannya. Awang Adek adalah seorang anak Kelantan bekas Penolong Gabenor Bank Negara. Beliau memiliki kelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat. Tetapi sejak menyertai Umno dan duduk di bawah selimut parti itu, kelihatan tuntutan politik kadangkala mengatasi ilmu dan daya intelek beliau. Sebelum ini ketika Kelantan melancarkan Emas Dinar nya pada bulan September 2006, Awang Adeklah antara pemimpin Umno yang terawal memperlekeh dan memandang rendah usaha kerajaan negeri PAS itu. Rekodnya di Parlimen Bachok sendiri kurang memuaskan memandangkan ada juga rungutan kalangan rakyat di sana tentang ketidakprihatinannya terhadap masalah rakyat setempat. Kemegahan beliau terhadap Islam Hadhari yang dicipta 'imam Umnonya' sedikitpun tidak pernah menjadikan azimat kepadanya untuk memperbetulkan kepincangan 'akhlak' di kalangan pemimpin Umno/BN yang terpalit dengan skandal peribadi. Pernahkah rakyat Kelantan melihat Awang Adek menjadi penyampai tazkirah setiap minggu atau setidak-tidaknya memimpin solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib atau Isya' setiap hari seperti yang dilakukan 'Tok Guru' Rasuah yang membarah di bawah kerajaan kepimpinan 'Imam Hadharinya' tidak pernah cuba diperbetulkan Awang Adek, sebaliknya beliau bercita-cita besar untuk menawan Kelantan yang sudah dikenali sebagai 'Serambi Mekah'. Jika suatu ketika dahulu sewaktu BN memerintah Kelantan, adakah rakyat Kelantan merasai nikmat pembangunan yang melimpah-limpah?Adakah ketika itu tiadanya orang miskin di Kelantan? Adakah hanya dengan kehadiran Awang Adek boleh menjadikan Kelantan sebagai 'syurga' dunia kepada sang miskin untuk bertukar menjadi orang kaya? Secara logiknya, kehadiran Awang Adek membawa idea Islam Hadhari dengan pembangunan mengkayakan kroni sebenarnya hanya akan merosakkan rakyat Kelantan. Lihat sahaja Terengganu, selepas BN menang besar mereka membawa pembangunan ke sana.Namun siapa yang merasa nikmat pembangunan itu kalau hanya segelintir kroni Perdana Menteri sahaja yang membolot semua projek di sana. Nama Patrick Badawi tentunya tidak asing di Terengganu kerana bukan sahaja projek biasa yang diperolehinya, pembinaan Masjid Kristal juga diberikan kepada kroni 'bukan Islam' itu.Akhirnya masjid tersebut tidakpun diimarahkan seperti masjid-masjid kecil di Kelantan, sebaliknya hanya menjadi kemegahan sahaja. Adakah rakyat Kelantan mahukan 'masjid' yang dijanjikan BN untuk dibina di sana turut disapu oleh Patrick Lim dan akhirnya hanya menjadi 'halwa mata' tanpa boleh diguna rakyat marhaen. Justeru impian Awang Adek dan konco-konconya untuk menawan Kelantan perlu dilihat rakyat negeri itu dengan teliti.Jika pembangunan 'ala Umno' yang dibawa tidak mustahil Kelantan akan menjadi 'Serambi Maksiat' seperti negeri-negeri lain milik Umno. Jangan terpedaya dengan gendang 'palsu' yang dipalu Awang Adek dan konconya tatkala rakyat patutnya berbangga Kelantan sudah dikenali dengan 'Serambi Mekah'

Ahli Umno berpiket bantah calon di Kedah

Azamin Amin Fri Feb 22, 08 10:58:44 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Umno Kedah mendapat kejutan besar semalam apabila dilaporkan ribuan ahli Umno berpiket di Sik, sebagai protes pada calon Parlimen Dato' Othman Desa. Bantahan juga ditujukan kepada calon Belantek, Tajuddin Abdullah kerana kedua-dua mereka didakwa bukan calonyang disetujui penyokong-penyokong Umno di sana.
Dari segi senarai calon Umno tidak berlaku berubahan besar kecuali memindahkan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin dari Merbok ke Sungai Petani manakala Dato' Mukriz Mahathir yang disebut-sebut akan ke Langkawi diletakkan di Jerlun. Dengan itu, penyandang Ahli Parlimen pulau itu, Dato' Abu Bakar Taib akan bertahan lagi untuk kali keempat, menurut laman web Agendadaily.com. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom yang menjadi fokus umum tidak berapa lama dahulu kerana tohmahan kononnya beliau menerima RM5 juta untuk melepaskan beberapa orang tahanan, dikekalkan di Parlimennya, Kubang Pasu. Menurut laman web terbabit kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pula, akan menjadi warisan keluarga kerana bekas Menteri Penerangan, Dato' Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan diganti oleh adiknya sendiri iaitu Dato' Aziz. (Berita piket akan menyusul kemudian.
Untuk maklumat lanjut tentang berita sensasi politik dan pilihan raya, dapatkan segera KEMPEN FOKUS KHAS yang dijual pada harga RM2.00 termasuk Kempen 1,2 dan 3 yang diedarkan percuma oleh pejabat PAS Kawasan.) (Bagi yang ingin mendapatkan info segera di telefon bimbit sila taip ONHARAKAH dan hantar ke 77770. Khas untuk pengguna Celcom sahaja. Bayaran dikenakan RM5.00 sebulan untuk purat berita sejumlah 5- 8 berita sehari)/

PAS Johor bertanding 9 Parlimen, 34 Dun, 1 wakil India

Salman Hussin Fri Feb 22, 08 7:29:40 am MYT
BATU PAHAT, 22 Feb (Hrkh) – PAS Johor akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 34 Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, 8 Mac depan.
Pada PRU 2004, PAS Johor bertanding 14 kerusi Parlimen dan 37 kerusi Dun.Perkara ini diumumkan Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamed, pada sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada 43 calon PAS yang bertanding kerusi Parlimen dan Dun di negeri ini, yang diadakan di Pejabat Pentadbiran PAS Johor, di sini, hari ini. Katanya, "calon-calon yang ditampilkan PAS Johor pada pilihan raya kali ini terdiri dari kalangan Ulama, profesional, aktivis parti, pesara pegawai kerajaan dan juga pelbagai kerjaya seperti ahli perniagaan dan juga peneroka Felda." PAS Johor juga katanya, memperuntukkan satu kerusi Dun kepada Kelab Penyokong PAS Johor (India) pada PRU kali ini, kerusi Dun ini diwakili, Kumutha Rahman, seorang peguam. Bagaimanapun menurut Dato' Mahfodz, Kumutha akan menggunakan simbol KeADILan pada pilihan raya ini. Selain Dato' Mahfodz, yang akan bertanding di Dun Bukit Serampang, beberapa pimpinan PAS Johor turut bertanding, antaranya, Timbalan Pesuruhjaya (TPJ), Ustaz Atan Gombang; di Parlimen Simpang Renggam, Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein (Dun Macap); Bendahari PAS Johor, Mustafha Abd Rahman (Dun Parit Raja) dan Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil (Dun Mahkota). Sementara itu Dr Mohd Ramli Md Kari, akan mempertahankan kerusi Dun Senggarang yang dimenanginya pada PRU 2004, manakala Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, di Dun Kempas. Senarai penuh calon-calon yang akan bertanding kerusi Parlimen adalah seperti berikut, Ustaz Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz (Pagoh), Haji Faisal Ali (Parit Sulong), Haji Hussin Sujak (Air Hitam), Ustaz Atan Gombang (Simpang Renggam), Haji Shahar Abdullah (Mersing), Haji Salleh Farmin (Tenggara), Onn Jaafar (Kota Tinggi), Haji Roslani Sharif (Tebrau) dan Haji Abdullah Ideris (Pulai). Calon Dun pula adalah, Firdaus Masood (Buloh Kasap), Othman Selamat (Pemanis), Haji Mohd Saim Siran (Tenang), Dato’ Dr Mahfodz Mohamed (Bukit Serampang), Haji Othman Hashim (Jorak), Ustaz Kassim Ibrahim (Gambir), Rusman Kemin (Serom), Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh (Sungai Abong), Dr Mohamad Taslim (Maharani), Malik Md Diah (Sungai Balang), Ustaz Mekraj Patani (Sri Medan), Haji Alliar @ Ilyas A.Bakar (Semarang), Ustaz Salam Othman (Parit Yaani)dan Mustafha Abd Rahman (Parit Raja). Dr Mohd Ramli Md Kari (Senggarang), Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos (Rengit), Ustaz Abdullah Hussein (Macap), Khairul Faizi Ahmad Kamil (Mahkota), Ustaz Haji Ahmad Said (Endau), Haji Abd Rashid Abu Bakar (Panti), Minhad Awab (Pasir Raja), Haji Mona’im Hassan (Sedili), Haji Kamaldin Haji Tahir (Johor Lama). Paimon Jasimin (Penawar), Kumutha Rahman (Tiram), Syed Othman Abdullah (Permas), Rahmatullah Abdul (Pengkalan Rinting), Suhaizan Kaiat (Kempas), Ustaz Mohd Shah Lamat (Nusa Jaya), Mohd Badzihar Mohd Basri (Bukit Permai), Haji Raden Sarobo Ponoh (Benut), Shamsuddin Jaafar (Pulai Sebatang) dan Ustaz Ahmad Sani Haji Kemat (Kukup).

Siap kau makcik izat !!! Puteri Reformasi Pujaan Hati dah Mari

KLpos.com Fri Feb 22, 08 8:31:54 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Anak sulung Dato' Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai. Nurul dalam jawapan singkat kepada sms yang dihantar oleh wartawan KLpos.com memberitahu beliau beliau jadi bertanding di Lembah Pantai. "Sementara itu, Pengarah Operasi Pilihanraya KeADILan Lembah Pantai, Mat Zaman Tasi memberitahu persiapan jentera di Parlimen berkenaan sudah hampir selesai.
"Kami tunggu masa untuk berkempen sahaja, dan kami menjanjikan cara berkempen baru yang dicipta untuk menarik sokongan pengundi wanita," katanya kepada KLpos.com. Menurut beliau, perarakan calon Nurul Izzah akan bermula dari depan CIMB Bangsar menuju ke Komplek Sukan Bangsar. "Ribuan penyokong PKR dan PAS dijangka turut serta pada hari berkenaan," katanya.
Mengenai peluang Nurul Izzah, kata Mat Zaman sehingga kini, berdasarkan culaan akhir, Nurul Izzah di depan dengan 55 peratus sokongan berbanding penyandang Dato' Seri Shahrizat Jalil.
"Shahrizat sudah empat penggal di sini, terlalu lama, orang sudah jemu dengan gaya beliau, mereka berjanji kali ini mereka akan mengundi calon muda," kata Mat Zaman. Bagaimanapun pengumuman penuh senarai calon KeADILan seluruh negara dijangka diumumkan Dato' Seri Anwar hari ini.

PAS Melaka isytihar calon malan ini !!!!!


Zaili Muhammad
Wed Feb 20, 08 2:57:16 pm MYT
MELAKA, 20 Feb (Hrkh) - PAS Melaka akan mengadakan majlis pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 pada 22 Februari ini. Pengisytiharan itu bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil dan akan dimulakan dengan solat hajat beramai-ramai bagi memohon pertolongan serta kemenangan dari Allah pada pukul 8.15 malam. Seterusnya pada pukul 9.00 malam akan diisytiharkan senarai nama calon PAS yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun di dalam negeri Melaka. PAS akan bertanding di 1 kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN yang membariskan calon-calon muka baru dan lama dalam PRU kali ini. Orang ramai dijemput hadir dan pada malam itu juga akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

Rabu, 20 Februari 2008

Tolak Islam Hadhari, kembali kepada Islam sebenar - Presiden PAS

Harakahdaily Wed Feb 20, 08 11:05:41 am MYT
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Islam Hadhari adalah satu konsep mengelirukan dan menggugat akidah umat Islam Malaysia. "Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Namanya yang bermaksud Islam Bertamadun menggambarkan seolah-olah ia adalah Islam yang baharu yang lebih bertamadun daripada Islam al-Quran yang asal. Ia tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal," kata Ustaz Abdul Hadi dalam satu kenyataannya semalam. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan dan mempelopori satu gagasan baru kepada rakyat Malaysia sejak tahun 2003, yang dinamakan sebagai Islam Hadhari, atau dalam bahasa Melayunya Islam Bertamadun. Islam Hadhari mempunyai rukun-rukunnya tersendiri yang baharu berjumlah 10 kesemuanya. Islam asal yang diturunkan Allah SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w.pula mempunyai lima rukun. "Islam Hadhari sejak penubuhannya lebih banyak membawa kekeliruan dan masalah kepada pemahaman Islam di kalangan rakyat. Bukan sahaja mereka yang bukan Islam bertambah menjadi sangat keliru, mereka yang beragama Islam, khususnya golongan muda dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi menjadi kelam-kabut," katanya. Menurut Ustaz Abdul Hadi, antara perkara-perkara yang membawa kekeliruan adalah:
1. Penerusan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak, perjudian,dan lumba kuda terbesar di Asia Tenggara. Kegiatan-kegiatan ibu kemaksiatan ini terus berkembang dan dilesenkan oleh pentadbiran Islam Hadhari.
2. Konsert dan program hiburan yang melampau secara 'live' dan melalui media massa meningkat lebih 100 peratus sejak Islam Hadhari dilancarkan.
3. Isu murtad. Bilangan orang Islam yang mengisytiharkan keluar daripada Islam (murtad) secara rasmi meningkat dari setahun ke setahun. Setakat ini belum ada sebarang inisiatif daripada pentadbiran Islam Hadhari untuk mengekang masalah dan menjaga kemurnian akidah rakyat secara jelas. Bahkan cadangan PAS di Parlimen ditolak mentah-mentah.
4. Gejala maksiat di kalangan pimpinan. Kebejatan moral yang begitu parah di kalangan pimpinan kerajaan Umno-BN sendiri, khasnya daripada mereka beragama Islam yang diketahui umum tidak menggambarkan kesungguhan di peringkat tertinggi dalam menghayati Islam Hadhari.
Ustaz Abdul Hadi berkata, cara Islam Hadhari diperkenalkan, kandungannya yang kosong, pelaksanaan yang terlalu bercelaru, sokongan kepimpinan sendiri yang tidak lebih daripada tepian bibir mulut, pertentangan secara jelas dengan syariat dan akidah Islam ajaran al-Quran, benar-benar telah mengelirukan rakyat. Bahkan ia juga mudah membawa kepada kegelinciran akidah Islam sebenar, katanya. "Dengan demikian, PAS dan rakyat Islam yang prihatin serta menyintai kemurnian akidah dan syariat Islam dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia seluruhnya menolak segala usaha yang membawa kepada kekeliruan dan kerosakan akidah dan kembali kepada Islam yang sebenarnya," katanya

PAS Melaka isytihar calon 22 Februari

Zaili Muhammad Wed Feb 20, 08 2:57:16 pm MYT
MELAKA, 20 Feb (Hrkh) - PAS Melaka akan mengadakan majlis pengisytiharan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 pada 22 Februari ini. Pengisytiharan itu bertempat di Pejabat PAS Bukit Katil dan akan dimulakan dengan solat hajat beramai-ramai bagi memohon pertolongan serta kemenangan dari Allah pada pukul 8.15 malam. Seterusnya pada pukul 9.00 malam akan diisytiharkan senarai nama calon PAS yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dun di dalam negeri Melaka. PAS akan bertanding di 1 kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN yang membariskan calon-calon muka baru dan lama dalam PRU kali ini. Orang ramai dijemput hadir dan pada malam itu juga akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

BN tidak yakin mampu rampas Kelantan

Saidah Hairan Wed Feb 20, 08 4:14:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Tanpa rasa malu BN terus menggunakan media arus perdana untuk meracuni fikiran rakyat supaya terpengaruh dengan dakyah atau fitnah yang dilemparkan terhadap pimpinan PAS. Bermula dengan pembubaran parlimen 13 Februari lalu, siaran TV khususnya RTM 1 dan 2 terus memainkan isu kemiskinan dan jenayah yang melanda rakyat Kelantan dan diulang tayang sehari lebih lima kali. Mengulas tindakan dangkal BN itu, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yakin dalam pilihan raya ke-12 mood rakyat akan berada dalam keadaan lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2004. Ini kerana katanya, ketika pilihan raya 2004 rakyat memberi peluang kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi disebabkan imej buruk mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Rakyat ketika itu melihat Abdullah sebagai `Mister Clean' tetapi dalam pilihan raya kali ini rakyat sudah tahu dan boleh menilai kewibawaan Abdullah sebagai Perdana Menteri," katanya. Berhubung keangkuhan pimpinan BN yang mahu merampas Kelantan katanya, setiap kali pilihan raya BN mengggunakan pendekatan yang sama mahu merampas Kelantan dengan membuat propaganda buruk. Katanya, cakap besar dan bersikap angkuh memang sudah sebati dengan pimpinan BN daripada zaman Tun Dr Mahathir, Tengku Razaligh Hamzah, Mustapha Mohamad hingga Dato' Anuar Musa. PAS telah membuktikan kejayaan memerintah Kelantan selama 18 tahun walaupun mendapat tekanan daripada kerajaan Pusat, tegasnya. Insya-Allah jentera PAS akan mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN sebab kita percaya dengan ketentuan Allah dan kita telah buat yang terbaik untuk rakyat," katanya. Beliau berkata, beberapa orang pimpinan BN mengakui kesukaran dan tidak yakin boleh merampas Kelantan daripada PAS. "Sampai bila pun pimpinan BN tidak akan mengakui kelemahan mereka dan sedar tentang kekuatan PAS walaupun tanpa bantuan media arus perdana," tegasnya

"Putar, putar, jangan tak putar"

Abdul Halim Mohd Rashid Wed Feb 20, 08 4:11:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu tergelak besar apabila diberitahu tentang berita Bernama yang disiarkan laman web berita mStar bertajuk "Mat Sabu tidak yakin menang di Terengganu". "Saya kata saya mematuhi arahan parti untuk bertanding di sini (Kuala Terengganu). Saya juga kata, memanglah Umno Terengganu kuat kerana banyak duit. Maksud saya kuat kerana banyak duit, bukan banyak sokongan," katanya lagi ketika dihubungi. Mohamad Sabu pernah mengundurkan diri dari "kawasan menang" kerana mematuhi arahan parti dalam tahun 1999. Selepas itu, katanya, pemberita berkenaan bertanya adakah beliau mahu bertanding di Pulau Pinang. "Saya kata, memanglah. Pulau Pinang kampung saya. Tentulah saya lebih suka bertanding di kampung saya," katanya lagi sambil menyifatkan perasaan suka kepada tempat sendiri sebagai sesuatu yang lumrah. Beliau juga menyatakan, kalau bertanding di Pulau Pinang, beliau yakin memang. "Adakah saya nak kata, kalau bertanding di Pulau Pinang, saya akan kalah? Sama seperti di Terengganu, pembangkang ada peluang besar di Pulau Pinang," tanya beliau sambil mejangkakan Barisan Nasional menghadapi masalah yang besar di Pulau Pinang. Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, Mohamad Sabu berkata, dari segi kerusi Parlimen, parti itu mungkin hanya akan menang tiga kerusi sahaja. Beliau enggan menamakan kawasan-kawasan tersebut "kerana saya nak tengok BN kalah dahulu".. Bernama melaporkan, "Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berharap tidak akan dicalonkan bertanding di Terengganu, sebaliknya dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-12 ini. "Katanya walaupun tercalon bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, hatinya amat berharap untuk bertanding di Pulau Pinang berikutan tidak yakin akan menang di Terengganu. "Bercakap kepada Bernama di sini Selasa, beliau mengakui pengaruh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno kini amat kuat di Terengganu dan sukar untuk PAS menang di negeri itu". Bagaimanapun, Mohamad Sabu yang terkenal dengan sikap tidak mahu melayan karenah polis dan media-media pro-Barisan Nasional tidak marah kepada berita itu. "Biasalah, dekat pilihan raya ni. Putar, putar, jangan tak putar. Kalau tak 'spin' macam mana nak bersih sebab (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata dalam Barisan Nasional dan Umno ada banyak calon yang tidak bersih," katanya. Malaysiakini melaporkan, Dr Mahathir mempunyai satu misi dalam pilihanraya umum ini - masanya sudah tiba untuk 'membersihkan' kerajaan BN, khususnya parti tulang belakangnya, Umno. Sehubungan itu, beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan tunggul mati" dalam pilihanraya umum akan datang. Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri. Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka dan "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno". Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

Che' Mat Nak Bertanding Di Penang ??

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana kekuatan luar biasa UMNO di negeri itu.Justeru, beliau berharap namanya akan dicalonkan oleh pucuk pimpinan Pas untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.Beliau dipetik oleh Bernama hari ini sebagai berkata: ‘‘Saya mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kali ini. Walaupun kerusi DUN di Pulau Pinang menjadi pilihan kedua yang diberikan kepada saya, saya yakin menang.‘‘UMNO amat kuat di Terengganu. Sukar untuk Pas menang di negeri itu.’’Sebelum ini, Mat Sabu, 54, dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu yang pernah ditandingi oleh anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Syed Azman Syed Nawawi.Langkah itu, jika menjadi kenyataan, bermakna beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Kuala Kedah yang ditandinginya sebanyak dua kali pada pilihan raya umum 2004 dan 1999.Pada pilihan raya umum 1999, Mat Sabu menang dengan majoriti sebanyak 991 undi menentang calon BN, Fauzi Abdul Hamid tetapi tewas pada pilihan raya umum 2004 kepada Hashim Jahya (BN) dengan majoriti sebanyak 10,214 undi.Mat Sabu memberitahu Bernama, keputusan muktamad mengenai pencalonannya hanya akan diketahui selepas pucuk pimpinan Pas menentukan kawasan mana yang akan ditandinginya.Beliau berkata, kerjasama dengan DAP diharap dapat membantunya bertanding di kawasan Cina di Pulau Pinang.

Mohd. Ali kekal di Melaka

MELAKA 20 Feb. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beliau disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi Bukit Baru.
Pengumuman itu menafikan desas-desus sebelum ini yang mengatakan Mohd. Ali akan berpindah ke kerusi Parlimen.- Utusan

Turun Pun ....

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedia berundur daripada parti itu sekarang dan tidak bertanding pada pilihan raya umum bulan depan, jika masyarakat India tidak mahukannya lagi. Beliau yang menerajui MIC sejak 1981 dan genap berusia 72 tahun pada hari pengundian 8 Mac ini, bagaimanapun berkata, keputusan itu perlu dibuat masyarakat India seluruh negara dan bukan pihak luar. “Saya bercadang berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal lagi dan ia mungkin menjadi penggal terakhir saya dalam politik... saya akan pergi selepas itu. “Tapi, jika masyarakat India seluruh negara memutuskan tidak mahu saya mewakili mereka lagi dalam kerajaan, saya sedia untuk pergi sekarang,” katanya selepas melancarkan Persidangan Perkhidmatan Perdagangan Profesional Pan Komanwel di sini, semalam. Samy Vellu yang juga Menteri Kerjaraya mula bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada 1974, mengalahkan calon DAP, P Patoo dengan majoriti 644 undi. Sejak itu, beliau terus mempertahankan kerusi berkenaan. Ditanya sama ada tindakan beberapa pihak mencemuh dan menyuarakan kemarahan terhadapnya memberi gambaran bahawa beliau perlu berundur daripada politik sekarang, Samy Vellu berkata, beliau tidak boleh meninggalkan parti begitu saja. “Memang berita saya melepaskan jawatan ditunggu-tunggu tapi ini bukan perkara main-main... ini politik, tentang masyarakat dan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka. “Saya akan melepaskan jawatan kepada calon yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Saya mengetahui parti ini lebih daripada orang lain. Ini bukan pilihan raya pertama MIC, kerana kita sudah 11 kali bertanding. “Saya tidak akan mengetuai parti selama-lamanya. Jika saya tinggalkan parti sekarang, tentu parti akan kucar-kacir... tapi ia tidak bermakna saya akan menjadi Presiden sehingga 100 tahun. Hayat saya tidak sampai 100 tahun. Dalam politik akan sampai masa semua orang berundur apabila tiba masanya,” katanya. Sabtu lalu, kira-kira 100 lelaki dipercayai daripada pertubuhan tidak berdaftar mengepung kereta Presiden MIC itu selama 15 minit ketika beliau hendak beredar dari majlis sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa 3 di Butterworth. Bagaimanapun, Samy Vellu tidak diapa-apakan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu kerana pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan. Menteri itu menjelaskan, kumpulan itu memintanya membantu membebaskan beberapa orang yang ditahan dalam satu perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada hari berkenaan. “Tidak ada pun tanda mereka membenci saya. Mereka datang ke kereta saya meminta saya memberitahu Perdana Menteri supaya membebaskan mereka (yang ditahan). Itu saja yang mereka minta. Mereka tak bercakap mengenai politik,” katanya. Pada 13 Februari lalu, Samy Vellu turut dikepung sekumpulan belia pada majlis penyampaian geran peruntukan untuk sekolah Tamil dan upacara pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Seaport, Sungai Way di Selangor. Dalam kejadian itu, kumpulan berkenaan dikatakan mempertikaikan sumbangan MIC kepada pembangunan masyarakat India negara ini. Mengenai khabar angin pergeseran antaranya dengan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, beliau secara sinis berkata: “Oh, itu berita baik. Jika anda mahu memusnahkan sebuah parti, anda harus mengapi-apikan pemimpin parti itu. “Memang ramai cuba berbuat begitu, tapi kami tidak biarkan ia terjadi. Saya akan menyerahkan parti kepada timbalan saya dan berundur (bila sampai masanya).” Samy Vellu berkata, ramai muka baru MIC diketengahkan dalam pilihan raya umum kali ini kerana beliau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebahagian wakil rakyat parti itu. “Saya tidak gembira dengan perkhidmatan yang mereka berikan kepada rakyat dan membuat keputusan untuk merombak secara besar-besaran senarai calon pada pilihan raya kali ini. “MIC hanya mahu calon wakil rakyat yang terbaik dan senarainya sudah disiapkan, tetapi ia boleh bertukar pada saat akhir jika ada calon yang lebih baik perlu disenaraikan,” katanya. Beliau berkata, MIC sudah mempunyai senarai akhir calonnya, tetapi tidak dapat mendedahkannya tanpa restu Perdana Menteri kerana perubahan akan dibuat berdasarkan keadaan. “Saya bersedia berjumpa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengemukakan senarai calon, jika beliau mahu berjumpa saya. Perubahan saat akhir dibuat kerana saya mahu pastikan MIC memilih calon yang terbaik untuk pilihan raya kali ini,” katanya. Samy Vellu juga menasihatkan pemimpin MIC pada peringkat bahagian bahawa kerusi yang diperuntukkan adalah untuk parti, bukan untuk bahagian. “Ada kejadian di mana mereka yang mahu dicalonkan (peringkat bahagian) datang menuntut kerusi mereka sendiri kerana kerusi itu berada dalam kawasan mereka. “Jadi lain kali saya tidak boleh bertanding di Sungai Siput. Presiden parti mana ada tempat hendak pergi (bertanding) kerana saya di ibu pejabat,” katanya.