Followers

Sabtu, 5 Julai 2008

ANWAR PATUT GUNA PELUANG SEBAIKNYA

ISLA MAGARITA (Venezuela: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menggunakan forum debat pada 15 Julai ini dengan sebaiknya untuk menyampaikan pendapat dan pandangan beliau mengenai isu minyak, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, debat adalah platform yang lebih bertamadun untuk menyuarakan pandangan pada masa kini berbanding platform jalanan. Katanya, Anwar harus mengambil kesempatan daripada kesediaan beliau untuk berdebat mengenai isu minyak supaya rakyat dapat menilai perkara itu.

“Ini peluang bagi dia untuk menyatakan pendapat dia. Saya ada pendapat yang mewakili kerajaan. Mari bersemuka, biar rakyat mengadili,” katanya semasa menghadiri Mesyuarat Menteri Penerangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (COMINAC) kali ketujuh di sini hari ini. Ahmad Shabery berkata Anwar tidak perlu menggunakan platform jalanan seperti mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu minyak itu.
- Bernama

Tiada ulasan: