Followers

Selasa, 3 Jun 2008

Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang

Sekali pandang , peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas.. Tetapi , bila difikir secara sepintas lalu , ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan , dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna. Dengan perlu menjawab 10 soalan , bagi satu sesi peraduan , dengan setiap sms dikenakan bayaran RM5 , bermakna , Celcom tidak perlu mengeluarkan SATU sen pun bagi membiayai harga bagi setiap buah Camry kurang lebih RM190,000..00 atau RM19,000,000.00 bagi 100 buah semuanya. Ini kerana , dengan andaian , katakan kesemua pengguna Celcom , berjumlah 7.8 juta orang , 1.5 juta pasca bayar dan 6.3 juta pra bayar , bermakna sejumlah 7,800,000 x 10 x RM5 = RM390,000,000.00 berjaya dipunggut , walaubagaimanapun ini adalah mustahil.
Bagaimana kalau dengan mengambil kira hanya 10% sahaja yang mengambil bahagian , bermakna RM39,000,000.00 akan berjaya dikuitip. Ini bermakna ,bagi membiayai keseluruhan 100 buah kereta CAMRY , pihak Celcom dijangka masih berupaya memunggut keuntungan sebanyak RM 20,000,000.00. Angka ini adalah logik dan boleh diterima. Dengan slogan bagi menghargai pelanggan Celcom yang setia , sebenarnya , seluruh atau pelanggan – pelanggan dan pengguna yang lain akan DIPAKSA secara sukarela bagi membiayai atau menderma kepada bakal 100 orang pemenang. Tidaklah diketahui ,samada peraduan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN secara terancang dan diHALALkan oleh undang – undang negara ini.

Nota

Mungkin pihak berkuasa , yang diamanahkan menjaga sektor industri ini boelh melihat dan melakukan sesuatu bagi menangani kaedah yang begitu licik , yang dibenarkan oleh undang – undang negara ini. Mungkin juga pihak JAKIM dan Mufti boleh meneliti dan membuat tafsiran, samada menerusi hukum islam yang sebenar atau menggunapakai undang – undang islam yang ada di negara ini.
Wassalam. wbt..

Celcom tawar 100 Camry
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.
i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Tiada ulasan: