Ketua Perusuh
Susah sebenarnya hendak menggambarkan perasaan saya bilamana pertikaian mengenai Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akhirnya menyebabkan Singapura mendapat laba. Walaupun mengikut fakta sejarah dan lokasi, Singapura tidak berhak sama sekali untuk memperolehi Pulau Batu Puteh. Namun atas kelemahan dan kekhilafan yang ditonjolkan oleh barisan para peguam yang mewakili Malaysia di ICJ, maka akhirnya yang untung hanyalah Singapura. Isu ini mungkin nampak tidak akan menimbulkan apa-apa masalah di masa akan datang, namun sebenarnya inilah satu daripada "Precedence Case" yang pastinya akan digunakan oleh Singapura bila mana mereka akan cuba untuk mendapatkan beberapa lagi kawasan yang strategik seperti mana yang ditonjolkan oleh laman blog ini. Apa yang pasti di masa akan datang Singapura pastinya akan mencabar Malaysia sekali lagi di ICJ mengenai hak-hak kedaulatan bagi beberapa kawasan termasuklah satu kawasan yang dijangkakan akan juga tergadai kepada Singapura iaitu WPI. Janganlah kita semua terkejut bilamana hak-hak mengawal ruang udara dan perairan Selat Melaka dan Selat Johor nantinya akan dicabar di ICJ oleh Singapura kerana sememangnya sejak dari dahulu lagi telah ada semacam perjanjian mulut oleh beberapa pihak di Semenanjung Tanah Melayu yang memberikan kuasa mentadbir Selat Melaka dan Selat Johor kepada Kompeni Inggeris. Malah Singapura juga pastinya akan mencabar hak-hak Malaysia dalam usaha mereka mendapatkan kawasan lebih luas untuk latihan Tentera Udara Singapura. Dan kawasan yang mungkin akan dicabar oleh mereka ini boleh melangkaui sehingga ke Rompin/Tg Gemuk/Mersing di sebelah Timur dan Muar/Batu Pahat/Naning disebelah Barat. Jika ini berlaku maka benarlah satu peribahasa Melayu lama iaitu "Seperti Belanda Mintak Tanah". Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan bahawa perlulah kiranya Malaysia membentuk satu jawatankuasa kedaulatan negara untuk mengambil tindakan tegas demi menyelamatkan kedaulatan negara daripada tergadai. Pandangan peribadi saya ialah perlunya tindakan agresif diambil terhadap apa-apa pencerobohan kedaulatan negara (laut/darat/udara) jika ianya dilakukan oleh pihak Singapura dimana tindakan proaktof seperti menembak mana-mana pesawat tentera udara/laut mereka yang masuk menceroboh wilayah Malaysia dimasa akan datang. Ini penting demi untuk memastikan bahawa jika kita membenarkan pencerobohan ini dilakukan oleh Singapura, maka satu hari nanti kawasan yang diceroboh (udara/laut) pastinya akan dibawa kehadapan ICJ untuk Singapura mendapatkan hak keatasnya. Kes Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) akan dijadikan kes contoh (precedence case) bagi Singapura dimasa akan datang. Jika Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional tidak mahu mengambil tindakan, pastinya kita rakyat Malaysia perlu menukar pimpinan negara kepada pihak yang lebih prihatin.
SUMBER : http://ketuaperusuh.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan