Followers

Ahad, 16 Mac 2008

Zahid Hamidi Lupa daratan: RTM & TV3 suku mengapikan perkauman

Oleh yb_pmn
"Zahid Hamidi semakin menyerlahkan kejaguhannya sejak kebelakangan ini. Beliau berlagak seolah-olah sebagai seorang Hero mabuk yang kemaruk mengeluarkan kenyataan yang kononnya membela orang Melayu, sedangkan dialah di antara golongan yang mendapat habuan besar dasar DEB berbanding rakyat jelata.Kenapa beliau berlagak sebagai hero? Mudah saja...kini ramai bekas menteri kabinet yang gugur di panah petir dan gelombang tsunami. So, inilah peluangnya menunjukkan bakat berhujah membela orang Melayu. Tetapi sebenarnya apa yang dihujahnya itu tidak banyak isi pun, tatkala disebalik berhujah itu adalah untuk menarik perhatian PM Bodolah supaya beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri penuh.Beliau menggunakan sepenuhnya title timbalan menteri penerangan bagi melancarkan serangan terhadap DAP.Sedarkah beliau apa yang diutarakannya itu menyemarakkan api perkauman? Malah usaha beliau menggunakan pelbagai saluran media menjadikan keadaan semakin memporak-perandakan suasana.Sebagai seorang Melayu Islam yang bertanggungjawab dan tahu kedudukannya, sepatutnya Zahid dan rejim AMENO menunggu dulu apakah perancangan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru Pulau Pinang.Jika seorang yang paling rapat dengan pentadbiran Pulau Mutiara (Tsu Koon) itu boleh bertolerasnsi bersama musuh politiknya, nampaknya Zahid dan pihak media elektronik menunjukkan kedangkalan mereka menangani isu DEB. Apa yang jelas, kenyataan demi kenyataan dan hasutan berbaur perkauman yang dimainkan oleh golongan ini akan memburukkan keadaan. Mereka akan melenting jika rakyat menegur dasar yang dijalankan oleh kerajaan BN yang banyak teori drp praktikalnya. (Sebab bila sampai praktikal hanya lekat pada kroni sahaja). Tetapi tidak memberi ruang langsung kepada kerajaan lain untuk bertindak dengan dasar mereka sendiri. Percayalah, dasar yang akan dilakukan oleh pakatan BA adalah lebih telus dan mesra rakyat berbanding dasar DEB BN. Bukan menyokong DAP membuta tuli, tetapi kebodohan pemimpin AMENO begitu ketara dalam menangani isu ini.Selama 18 tahun Pulau Pinang di bawah pemerintahan Cina Gerakan, apa Ameno Pulau Pinang buat untuk orang Melayu? Malah semakin banyak tanah dan aset Melayu tergadai namun tidak ada pun bantahan balaci-balaci Ameno yang tiba-tiba menjadi hero orang melayu Pulau Pinang sekarang ini.Inilah perumpamaan yang dikatakan BODOH LAGI SOMBONG.Selayaknya itulah gelaran yang patut diberikan kepada AMENO Pulau Pinang.Bagi media elektronik pula (TV3 suyku dan RTM), mereka hanya layak menyiarkan rancangan kanak-kanak tadika sahaja kerana segala rancangan provokasi mereka itu akan memakan diri mereka sendiri nanti. Susoh sungguh kalu puak-puak tak reti base nih. Kalau Allah SWT turunkan bala macam zaman Nabi dulu baru mereka nak sedor kot!

Tiada ulasan: