"Seingat kita pada Marhein MahaGuru, Mahathir merupakan seorang mantan PM yang paling berkaliber pernah wujud di bumi Malaysia ini. Malah kita tidak pernah lupa bahawa zaman beliaulah segala kuku tajam (kuasa) Sultan dan raja telah ditumpulkan olehnya dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu kepada hal-ehwal agama dan adat istiadat Melayu sahaja.
Sekian lama, golongan Istana tidak berani meyampuk kepimpinan kerajaan BN dan AMENO yang melakukan sesuka hati mereka disebabkan keterbatasan kuasa, kini tiba-tiba ledakan kuasa istana mula menampakkan taringnya.Apa yang berlaku di Perlis, dan Terengganu merupakan mukadimah rasa ketidak puasan hati pihak istana terhadap pemimpin BN terserlah.MUngkin Mahathir berjaya mengurangkan kuasa istana dalam hal ehwal pentadbiran negara ada pro dan kontranya.Namun, sejak akhir-akhir ini, kebiadapan dan keterlanjuran pihak pemimpin BN /Ameno dalam mengalas tugas sebagai pemimpin rakyat telah mencuit lena pihak istana untuk turun campur tangan dan memberi satu amaran bahawa institusi itu perlu dihormati sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.Kenapa baru sekarang pihak istana bersuara?Mudah sahaja, w/pun banyak telahan, bagi saya inilah masa pihak istana mengambil peluang menasihati pemimpin Ameno /BN. Pertama; dengan kuasa 2/3 tidak diperolehi di Parlimen, ia akan menyukarkan pihak BN/Ameno mengubal dasar menghadkan lagi kuasa raja dan sultan di negara ini. Justeru, inilah masa sesuai pihak istana 'bangkit' menyatakan protes dan peranan mereka sebagai kuasa tertinggi yang perlu dihormati.Jika selama ini, golongan ini hanya 'boneka' kepada pemerintah dan mereka sering dibelakangkan dalam banyak aspek, pemimpin BN/ ameno tentu tersentak bagaimana mereka mula bersuara dan menetapkan beberapa ketetapan yang dalam tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita.Itulah yang berlaku di Perlis dan Terengganu, dan difahamkan turut terlibat dalam beberapa negeri majoriti dikuasai BN..tetapi tidaklah seteruk sebagaimana di kedua-dua negeri dimaksudkan.Ayuh bangunlah pihak istana dalam menentukan hak dan peranan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat. Selain pihak pembangkang yang mahu membela nasib rakyat, kami juga masih mempunyai Sultan dan raja sebagai tempat berlindung.

Sesungguhnya raja adil disanjung, raja zalim disanggah..Daulat Tuanku!Takbir.. Allahuakbar!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan