Followers

Rabu, 12 Mac 2008

Terkejut Kahiry, Pembangkang Negeri Sembilan berjaya nafi majoriti dua pertiga BN

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan KeADILan di Negeri Sembilan berjaya dalam misi menafikan majoriti dua pertiga Umno/BN di sana untuk memastikan kedudukan pembangkang antara yang terbaik dalam sejarah di Negeri Sembilan.Ini kerana untuk membentuk kerajaan yang majoriti dua pertiga, BN perlu menang bagi 24 kerusi Dun, tetapi kali ini BN yang diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan hanya memperolehi 'simple majoriti' sejumlah 21 kerusi.Kemenangan pembangkang di 15 Dun menyaksikan DAP menghantar 11 wakil Dun, sementara KeADILan (4) dan PAS (1) masing-masing di kebanyakan kawasan kerusi di bandar dan pinggir bandar sekitar Seremban, Port Dickson, Bahau dan Rembau.Wakil tunggal PAS, Mohd Taufek Abdul Ghani (Dun Paroi) setakat ini akan mengadakan kerjasama dengan KeADILan yang diwakili antaranya Timbalan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Chai Tong Chai (Chuah) ; Aminuddin Harun (Sikamat); Rahsid Latiff (Ampangan) dan M.Ravi (Port Dickson).Sementara bagi kerusi Parlimen, pakatan BA hanya diwakili oleh Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas (Parlimen Teluk Kemang) yang menewaskan Naib Presiden MIC, S.Sothinathan.Persaingan di kerusi bandar kali ini amat ketara dikuasai pembangkang terutamanya DAP yang menguasai hampir kesemua kerusi dalam Parlimen Seremban dan Rasah yang dahulu didominasi MCA serta Gerakan.Isu yang paling banyak melingkari kekalahan BN di negeri tersebut antaranya ialah isu pekerja kilang, isu kenaikan cukai pintu, isu kerajaan adik beradik yang melingkari pentadbiran Mohammad Hassan, isu nasional seperti isu kenaikan harga barang dan minyak selain perpecahan kerana kehadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin di Negeri Sembilan.Meskipun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan Kahiry sebagai pubca kekalahan, namun angin kencang yang melanda Umno/BN mengenai khabar itu tidak dapat dinafikan.Rakyat sebenarnya tidak setuju dengan kempen yang dijalankan secara 'angkuh' oleh Khairy memandangkan BN adalah kerajaan yang memerintah yang tidak perlu hingga ke tahap menggunakan pendekatan 'budak nakal' dalam berkempen.

Tiada ulasan: