Suhaimi Taib Tue Mar 11, 08 9:11:28 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 11 Mac (Hrkh) - Kira-kira seribu pengikut Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu berkumpul menyambut kepulangannya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.15 malam, semalam. Idris dengan wajah muram tetapi tenang diarak keluar dari pintu terminal ke arah orang ramai yang berkumpul di situ. Suasana agak gamat dan kelam kabut dengan suara tempikan penyokong-penyokong Idris meminta orang ramai bertenang supaya mereka dapat melihat wajah pemimpin mereka yang dipercayai kini dalam dilema untuk menjadi menteri besar semula. Idris menemui mereka kira-kira lima minit sebelum beredar dengan menaiki kereta dipercayai pulang ke rumah beliau di Besut, melalui jalan pantai. Difahamkan terdahulu dari itu pihak istana tidak bersetuju melantik Idris sebagai menteri besar walaupun Terengganu berjaya dipertahankan dari jatuh ke tangan Barisan Alternatif (BA) dengan memperolehi majoriti dua pertiga dengan mendapat 24 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. PAS memperolehi lapan kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.
Istiadat perlantikan menteri besar terpaksa ditangguhkan dipercayai kerana beberapa masalah berbangkit. Idris dipercayai ke Kuala Lumpur untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafibillah Shah dan menemui Perdana Menteri Datto' Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyelesaikan urusan mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu. Difahamkan tiga nama telah dikemukakan termasuk Idris yang juga ADUN Jerteh, Mohamad Awang Tera, ADUN Cukai dan Dato' Rosol Wahid, ADUN Ajil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan